Buat masa ni aku tengah sibuk dengan mencari lokasi tanah-tanah yang diiklankan untuk disewa bagi tujuan pertanian. RUpa-rupanya memang ramai umat manusia di Malaysia ni tengah cari tanah juga untuk bercucuk tanam. Nampaknya gelombang usahawan tani tu dah hinggap ramai orang termasuklah aku dan geng-geng ASK (Alam Shah Kroni). Slogan Pertanian Adalah Pertaniah dah mula menjadi slogan popular di kalangan orang muda. Ko cuba bayangkan ni, engineer yang kerja hampir 10 tahun di PETRONAS Carigali pun sibuk cari tanah untuk bercucuk tanam? Hahahaha, tu yang buat aku lagi berkobar-kobar untuk projek pertanian kami.
Sabtu lepas aku dengan beberapa orang kawan baru menjenguk kebun tanaman secara fertigasi di Sg Buloh. Wah, memang bersemangat habis aku bersoal jawab dengan pekerja Indonesia di kebun tu. Masa tu kami berempat kebanyakannya ada background technical (ada yang engineering dan computer science), jadi soalan yang ditanya semuanya berkaitan dengan soal teknikal dalam menjalankan fertigasi ni. Otai betul Abg Indon tu jawab soalan-soalan kami pasal kaedah fertigasi and SOP nya sekali. Bila aku nampak saja paip, tong bancuh, pump dan dripper, terus aku bayangkan CSTR yang aku belajar dengan Prof. Janna Maranas di Penn State dulu.
Jadi hari Ahad ni kitorang berlima akan ke Muar untuk melawat kebun pisang Abg Fauzi. Well, Abg Fauzi ni salah seorang daripada client unit trust aku and kenalan lama aku sejak aku belajar di Amerika lagi. Dia salah seorang contoh profesional yang bekerja di syarikat komunikasi (sebagai Pengurus) tapi menghabiskan masa hujung minggunya untuk berkebun. Dari kebun pisangnya seluas 2 ekar, sudah pun bertambah hingga jadi 10 ekar lebih.
Memang aku sangat bersemangat dalam projek pertanian ni. Dalam kepala otak aku, dah terbayang dah beberapa pelan yang bakal dilaksanakan. Aku cadangkan pada kawan-kawan aku untuk mulakan projek pertanian ni dengan tanaman pisang dan cili separa fertigasi (kos permulaan yang tinggi untuk fertigasi). Mungkin lepas kami sepakat untuk putuskan urusan pembahagian ekuiti dalam syarikat, barulah kami akan buat cost-benefit analysis untuk pemilihan fokus tanaman kami. Kalau nak untung cepat, ada orang dah cadangkan tanam pokok popi. Aku pun pikir camtu jugak, tapi aku tak nak kena hukum gantung bawah Akta Dadah Merbahaya 39B. Unless ini Myanmar atau pun Siam, mungkin kitorang boleh jadi exporter popi terbesar kot. Hahahaha.
Kalau ikutkan my gut feeling, aku rasa tahun ketiga baru company start untung bersih kot. Tapi tak tau la, kami belom buat cost-benefit analysis. Aku bukannya ada background dalam accounting, cuma harapkan kawan-kawan hak mana yang ada skil sikit-sikit bab accounting. Aku fikir, salah satu kaedah untuk aku kurangkan kos operasi ialah dengan menggunakan segala jenis geran yang kerajaan sediakan untuk bantu usahawan baru. Cara kedua baru aku fikir untuk apply loan. Seboleh-bolehnya tak nak guna loan bank pasal ada interest. Kalau dapat cari business angel, memang sangat menarik la projek ni! Mungkin kami boleh pakat-pakat join mana-mana koperasi dan mohon pinjaman daripada koperasi. Interest pun rendah berbanding dengan interest yang bank kenakan. Yang penting, business plan kena mantaplah. Bab goreng-goreng dalam kertas kerja ni aku dah biasa, cuma bab figure ni kena buat kasik kaw-kaw punya. Or else, kena rejek bodo jek.
Random Thoughts
Hurmm...tambah tolak darab bahagi, tinggal lagi 6 tahun untuk aku cecah umur 35. Aku dah janji pada diri sendiri untuk jadi jutawan bila umur aku cecah 35 pada 31 Ogos 2015. Cikgu aku masa di sekolah rendah dulu pernah pesan - biar menangis sekarang, jangan menangis kemudian hari. Betul kata dia, bukan senang nak senang. Tapi bukan susah juga untuk jadi susah. Hari-hari aku berdoa lepas solat, "Ya Allah, jadikan aku jutawan yang dermawan!". Tuhan kata, mintalah kepadaKu, nescaya Aku akan perkenankan. Hmm..tu dah mintak la tu kan.
Aihh, terkenang pulak masa zaman-zaman aku mula bisnes unit trust. Nangis dalam hati tu toksah kata, banyak kali dah. Kena perli dengan bapak sendiri. Kena reject dengan potential clients. Aku takkan lupakan dorongan kawan aku, Seri, sebab dialah client cash aku yang pertama. Tapi berkat sabar dalam unit trust, aku belajar banyak benda dalam urusan bisnes. Kenal orang-orang yang banyak bantu aku untuk fahamkan cara berniaga dan peluang perniagaan. Dengan bisnes unit trust ni juga aku dapat melancong sampai ke Australia (untuk patah hati) dan Jepun (layan urut kaki dengan awek jepun). Tahun ni akan ke Bandung/Jakarta pulak.
Lepas tu aku buat side project dalam bidang IT. Pernah merasa tandatangan check sendiri sampai RM 10,000. Itulah manisnya berniaga. Hilang rasa penat dan pressure bila hasilnya kita nampak. Tersengih-sengih aku and business partner aku masa tu lepas tandatangan sorang satu check sejumlah tu. Aku beruntung sebab dapat business partner yang sangat cermat jaga kewangan syarikat kami. Tapi kami berhenti berniaga IT pasal terlalu kompetitif ruang niaga untuk bidang tu. Dia sekarang dalam bisnes fotografi pulak dan berjaya. Aku masih lagi dengan bisnes unit trust dengan Public Mutual tapi sentiasa aktif untuk explore bidang perniagaan lain.
Kerja makan gaji? Aku nekad ikut pesan nabi, "Perniagaan ialah 9/10 punca pendapatan". Orang kata bekerja makan gaji tu selamat. Terjamin kata orang lagi. Entahlah, bila ekonomi meleset, ramai juga orang kena buang kerja. Atau pun gaji dipotong. Bila aku kenen-kenen makcik yang berniaga nasi lemak, sedap juga dia buat untung dalam seratus dua sehari walau pun ekonomi meleset. Aku rasa, aku tak malu nak berniaga nasi lemak atau goreng pisang, asalkan aku terus berniaga. Mungkin kerja makan gaji tak sesuai untuk aku ni kot.
Dan mungkin bila satu hari nanti, bila aku sudah berjaya dalam kareer aku nanti, aku akan mencari orang-orang muda yang nak ikut jejak langkah aku. Mungkin aku akan jadi mentor dan curahkan segala ilmu dan pengalaman yang aku ada untuk memulakan perniagaan kepada orang-orang muda yang datang mencari mentor. Sebagaimana mentor aku sekarang ni yang sedang lakukan kepada aku. Hidup memberi lebih bermakna daripada hidup menerima.
Pepatah orang Melayu ada menyebut, rezeki secupak takkan jadi segantang. Bagi aku, rezeki secupak kalau diusahakan betul-betul, boleh datangkan nikmat segantang.
What say you?
No comments:
Post a Comment