Saturday, September 27, 2008

farid penn state

Hari Raya Datang Lagi

Masa berlalu dengan cepat sekali. Aku terasa macam baru seminggu lepas aku mula puasa tapi minggu depan dah nak Aidilfitri. Aduhh, masa berlalu macam ribut tapi kadang-kadang life berlalu macam semut.

Apa-apa pun aku nak wish kepada semua rakan Muslim; Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin. Mintak maap dan mintak ampun kalau tersakitkan hati, terbuat korang berbulu atau pun ber ignore existence korang. Ikhlas dan tulus dari hati saya yang diberi nama F*rid.

Pada sapa-sapa yang akan drive untuk balik ke kampung, jaga-jagalah pemanduan korang. PDRM skang ni kuat buat roadblock. Kalau takmo kurang RM300 buat downpayment duit raya pada PDRM, sila-sila lah buat adjustment pada F1 style driving korang ye. Lesen memandu kena check, kot2 dah expired ke macam lesen L motor aku ni (next week aku renew lah aih).

Sapa-sapa nak datang ziarah aku di Ampang, sila-sila lah call dulu. Silap aribulan aku tak dak kat rumah, korang dok telan air liur ajer laa ye.

Tahun ni aku beraya seperti biasa di Kelantan. Ni jer la peluang aku nak guna untuk visit kawan-kawan Alam Shah yang berasal dari Kelantan juga; Hafiz Zahri, Labu, Dr Md Nor, Dr. Sobrie aka Moie, Awe etc. Plus visit Linda & Anis di Wakaf Che Yeh. Cari baju golfer yg cantik2 kat Rantau Panjang ke kan.

By the way, hari Isnin lepas Raya...ada sapa-sapa nak main golf tak? Hehehehehe....

No comments: