Thursday, August 21, 2008



Next week I will be 28. Yes, August 31st is my birthday. Almost 4 years ago I wrote something very intimate in this blog. Oh well, Anthony Robbins was right when he said, if the life is worth living..it is worth to be recorded. So there I was, recorded a journal of how I felt at the moment (refer entry Nov 24, 2004).

This piece of entry gave me a gentle knock to my soft spot.

Saya memang sayang pada awak cuma saya belum ketemu awak lagi. Tapi saya akan teruskan pencarian saya. Dan nanti bila satu hari nanti saya jumpa awak, saya doa supaya tuhan limpahkan rasa cinta saya yang tidak berbelah bahagi pada awak dan rasa cinta awak yang tidak berbelah bahagi pada saya, dan saya harap kita dapat hidup rumahtangga bahagia.
Susah saya akan jadi susah awak juga, dan susah awak akan jadi susah saya juga. Saya bukan lelaki sempurna dan saya bukan juga manusia hebat. Saya cuma seorang lelaki biasa dan saya juga mahukan seorang wanita biasa dalam hidup saya. Saya tak mahukan Miss Universe, sebab saya bukan Mr. Universe.
Saya mahu mengenali awak, zahir dan batin dan saya juga mahu awak mengenali saya zahir dan batin. Saya bukan orang kaya untuk beri awak harta, tapi akan saya usahakan selagi ada kudrat di badan saya untuk berikan kesenangan berpatutan pada keluarga yang bakal kita bina.
Percayalah, setiap ujian yang datang melanda kita berdua, saya harap kita tanganinya dengan hati yang cekal dan percaya antara satu sama lain. Dan kalau ada ketikanya rumahtangga kita berkocak hebat, hanya dua perkara saya minta; tolong berdoa pada Tuhan minta dipermudahkan urusan rumahtangga kita dan tunjukkan jalan keluar bagi masalah rumahtangga kita, moga selamat semuanya. Akhir sekali, saya sayangkan awak, sayang yang sungguh teramat sayang. Cuma saya belum tahu siapa awak dan di mana awak. Sabarlah ya sayang?


Aku tak sangka yang aku sendiri tulis entry ni. It was when I was 24. Adik aku kata, aku sekarang ni agak hati kering compare dulu-dulu. Errmm, banyak lagi yang dia kate aku berubah tapi takyah lah tulis kat sini banyak-banyak. Yelah, soal hati dan perasaan ini soal yang halus. Tapi perkara yang halus bila sudah lama dilasakkan dengan bermacam cabaran, pasti akan jadi kasar juga akhirnya.

Beginilah yang aku rasa. Hati dah jadi agak kering. Soal cinta dipandang sepi. Cita-cita yang mahu dikejar. Mungkin sebab aku letih bila bicara soal emosi. Lambat laun emosi mungkin sudah tiada, yang tinggal mungkin hanya nafsu? Mungkin sebab aku dah tak merasa nikmat cinta. Adakah ini bermaksud aku sudah putus asa? Tidak juga. Orang kata apa, just follow the flow.

Orang kata, falling in love is as natural as breathing the air. It could be. Hmmmm..

Sabarlah ya hati.

No comments: