Wednesday, May 28, 2008

Gile, memang betul gile. Aku rasa kekok gila bila menulis dalam bahasa melayu. Dulu aku bermati-matian bertekak dengan Napie masa kat sekolah pasal peri pentingnya bahasa Melayu. Tapi sekarang aku pulak yang kekok nak menulis dalam bahasa sendiri.

Apa-apa pun meneruskan cerita kat sini, aku rasa aku dah lama tak menulis dalam diari aku. Selalunya aku akan tulis satu dua perkara dalam buku tu. Mungkin sebab aku sendiri tak fokus dalam hidup sekarang, sebab tu tak banyak perkara yang aku rasa berbaloi untuk dimasukkan dalam buku tu.

Okay, aku rasa ada satu benda yang berbaloi untuk aku tulis di sini. Abang telepon aku hari Sabtu lepas bila dia habis program Basic Course kat AsiaWorks. Dia kata terima kasih sangat-sangat lah sebab perkenalkan kat dia pasal program ni. Dia rasa cam best sangat-sangat. Aku pon tak tahu nak kata apa. Dok terharu sangat gamaknya. Maklumlah, tak pernah lagi aku dapat phone call macam tu daripada dia. Dia mintak aku datang graduation pada hari Ahad esoknya tapi sayang aku dah ada komitmen lain di Ipoh. Tapi bila memikirkan pasal apa yang dia kongsi dengan aku dalam phone call tu, aku terus kenselkan tiket bas aku ke Ipoh. So petang hari Ahad kelmarin aku datang graduation dia. Mama dan Babah pun ada sekali.

Itu satu.

Lagi satu bila Hj Saari Sungib telepon aku petang hari Ahad lepas aku hantar sms pada dia. Aku ucapkan tahniah pada dia sebab keluar berita pasal dia dalam majalah TELL. Aku kenal Hj Saari ni dengan nama Pak Abu. Dia dulu bekas presiden JIM yang pertama. Dulu masa aku student di Amerika, aku pernah bawak Pak Abu dan bininya berjalan dari Pittsburgh sampai ke New York, turun pulak ke North Carolina, naik pulak ke Michigan dan last sekali sampai balik ke Pittsburgh. Aku gilir-gilir drive sama dengan Syawal sampai aku demam lah bila sampai di Michigan sana. Mana tak nya, total driving hours almost 60 jam.Memang gila betullah road trip tu tapi berbaloi lah share road trip tu dengan Pak Abu.

Macam-macam yang aku dapat tahu pasal gerakan Reformasi, pasal Anwar Ibrahim, pasal pengalaman Pak Abu kena masuk dalam kem Kamunting pasal ISA. Siapa sangka, dua kali kena tahan ISA tapi sekarang dia dah jadi ADUN. Dari menjadi seorang usahawan, hidup agak senang tapi selepas tu bisnes dia bungkus sejak melibatkan diri dalam Reformasi. Kali pertama aku jumpa dia semula bila aku balik dari Amerika awal tahun 2005 dulu, aku nampak dia jual buku-buku hasil tulisan dia di majlis makan malam di Klang anjuran PAS. Ya, memang aku masih lagi aktif bersama PAS walau pun aku bukan ahli PAS. Ada rasa terpanggil sebab aku dulu Setiausaha MISNA di Amerika.

MISNA ni adalah satu NGO yang ditubuhkan sejak tahun 90an oleh para pelajar kita masa tu untuk semua professional dan pelajar-pelajar yang cenderung fikrahnya ke arah PAS. Kebetulan masa aku berusrah di ITM dulu, fikrah aku dibentuk oleh naqib usrah aku yang memang dulu bekas ahli MISNA sewaktu dia study di Amerika. Jadi bila aku lama aktif dalam MISNA sejak dari freshman sampai ke senior year, aku dilantik jadi Setiausaha (padahal aku tak ndak pun jawatan tu). Aku berhubung terus dengan Dr. Hatta Ramli, AJK Pusat PAS di M’sia. Aku juga berhubung terus dengan Ustaz Idris Ahmad, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. In fact, masa aku kena gantung untuk tempoh 3 bulan dalam tahun 2003 dulu atas tuduhan aktif bergiat dalam aktiviti pembangkang, Ustaz Misbah (Setiausaha Pemuda PAS waktu tu) offer pada aku untuk minta lawyer dari Lujnah Perundangan PAS untuk negotiate kes aku dengan PETRONAS. Aku tolak tawaran dia sebab aku rasa aku boleh handle masalah aku sendiri. Padahal diorang tak tahu yang aku menangis masa sujud atas tikar sejadah bila aku tahu aku kena balik M’sia pasal kena gantung. Aku doa pada tuhan, kalau betul lah Dia nak uji aku, aku mintak Dia kuatkan semangat aku. Aku yakin Tuhan buat cenggitu pada aku sebab Dia nak persiapkan aku untuk sesuatu yang lebih hebat dalam hidup aku pada masa depan nanti. Alhamdulillah dapat settle jugak kes tu.

Jadi sebelum Pak Abu letak telefon, dia tanya pada aku. “Haa, macam mana nak bantu kerajaan Selangor sekarang ni?”. Terkedu jugak aku dengan soalan tu. Macam mana nak jawab tu?

Nota kaki: Kalau sekarang ni aku tengok balik gambar-gambar masa aku aktif dalam MISNA dulu, aku dapat tengok muka-muka yang dapat jadi Ahli Dewan Undangan Negeri lah, Ahli Parlimen la dan macam-macam lagi. Syabas kerana antum semua masih istiqamah dalam perjuangan. Sekarang aku Cuma membantu dari jauh, berkempen dari jauh dan mengundi dari jauh. Heheheheh. (teringat wakil rakyat Wakaf Bharu, YB Pak Lah mintak kami alumni MISNA untuk datang bagi ceramah di Kota Bharu....segan silu aku tolak pelawaan dia. Maaf Pak Lah, ana segan nak berceramah!)

No comments: