Mata sebenarnya sudah mengantuk tapi hati terasa berdebar-debar. Terasa nak saja mengutuk diri sendiri bila terlanjur mulut bercakap sayang hari ni. Memanglah hati sayang, tapi kenapalah mulut aku ringan saja nak cakap sayang pada dia. Bukan saja setakat rasa sayang, tapi rasa macam-macam lagilah.
Tapi lepas tercakap tu, hati sebenarnya rasa seronok. Tak apalah, bukannya selalu sebut. Tuhan saja yang tahu betapa seksanya hati menahan diri dari nak luahkan perasaan sayang, biarpun hanya dengan perkataan. Aku selalu ingatkan diri, actions speak louder than words. Tak perlu dikatakan sayang, yang selalu terzahir ialah perbuatan.
Petang tadi waktu aku terlelap di sofa, termimpi-mimpi aku pada dia. Ini kali kedua aku berjumpa dengan dia dalam mimpi. Kali ni aku mimpi aku berjalan dengan dia sambil berpegangan tangan. Kami berdua seronok berborak sambil berjalan, ketawa bersama-sama. Mungkinkah akan terjadi di satu hari nanti? Harap-harap begitulah. Wallahu'alam.
Kawan aku kata aku mimpi macam tu sebab aku tak dapat buat macam tu in real life. Maksudnya, itu semua angan-angan aku. Hurmmm......
No comments:
Post a Comment