Tuesday, March 27, 2007

Hari ini aku berjumpa dengan rakan lama di SAS dulu. Walau pun aku tak pernah sekelas dengan dia dulu, tapi kita sama-sama among the few breed of SAS 9397 who went to the States together. So, the bond was very strong. It reminded me of my visit to his university in Michigan years ago and had a good Japanese lunch near Plymouth Road, courtesy of this brother.

Banyak perkara yang kami sembang-sembangkan. Masing-masing bercerita pasal keadaan kerja, keadaan hidup dan juga rancangan masing-masing untuk masa depan. Bad ada lagi beberapa bulan sebelum kontraknya tamat dengan ExxonMobil. Sebenarnya dia memang nak cabut pun dari situ sebab tak tahan dengan working environment kat sana. Bad kata, “I should have known that I sold my soul to the devil”. Dia pun mencari-cari juga peluang untuk mengembangkan pengalaman dia. Aku cadangkan pada dia supaya kita berdua bekerjasama untuk satu rancangan perniagaan berasaskan IT. Aku nampak peluang untuk memaksimumkan penggunaan IT dalam loji penapisan. Bad memang otak yang bergeliga bila bercakap pasal IT and its application in O&G industry.

Setakat ini, idea masih lagi atas kertas sebab kami sibuk makan malam di Chilli’s KLCC.

Sambil bersembang tu, tersentuh pulak cerita pasal hal-hal peribadi. Tak terlepas juga dia bertanyakan khabar Cikgu Norashikin pada aku. Yelah, cikgu tu dulu mak angkat aku di sekolah. Sebenarnya, aku masih lagi berhubungan dengan Cikgu Norashikin, atau pun mama, yang aku sentiasa panggil dia sejak aku tamat SPM dulu. Aku masih lagi menziarahi mama kalau aku ada kelapangan selepas waktu kerja. Kadang-kadang bila aku tiba di rumah dia kepenatan, terus saja aku terlentang di kerusi panjang di ruang tamu. Aku dah terlalu biasa dengan rumah mama sehinggakan aku buat macam rumah sendiri. Sejak kebelakangan ni, mama selalu bertanya pasal hal girlfriend. Pasal future commitment. Katanya, dia dah bosan dengar aku cerita pasal kerja-kerja aku. Bukannya aku tak mahu bercerita, tapi aku tak ada bahan untuk diceritakan. Takkan nak cerita pasal kena reject pada mama kot? Kadang terasa sayu juga bila mengeluh pada mama, “Ayed penatlah mama...kena reject dengan orang yang kita suka. Then I need to start all over again”.

Mungkin orang akan lebih appreciate kita bila kita sudah tak ada depan matanya kot?

I guess that is why I devoted my time so much to work - to fulfill the empty slot in my life. Teringat pulak cakap Dayang, junior aku, “Abg F@rid suka jadi workaholic. Pastu ignore kitorang semua..”. Yep, I did that to them. When they were in the freshmen year, they came to my room because they wanted to celebrate my birthday but I wasn’t around. I was working the graveyard shift in Pollock Library that night. And after that they never come to celebrate my birthday again. Hahahaha..i wasn’t really ignoring them. I thought they prefer to be among themselves. Well, I was wrong kot. Anyway, among many things which I could remember about them when they were freshmen was the time they watched Apa Ada Dengan Cinta in my room. The girls were crying their heart out and I was there feeling nothing. Barely understood of what the movie was about. Dayang was sobbing in my bed and said, “Abg f@rid tak paham cerita ni....tak pahammmm”. One of the hilarious moments for me in penn state.

Anyway, aku cakap kat Bad pasal idea aku nak beli kereta idaman aku. Pasal aku nak belanja sikit daripada duit yang bakal aku dapat nanti untuk buat kenduri tahlil untuk arwah atuk dan nenek sebelah ayah aku dan arwah nenek aku sebelah mak aku. Pasal nak buat kenduri kesyukuran sikit sambil jemput anak-anak yatim yang aku bagi tusyen free tu. Nak bagi duit sikit pada mak ayah aku pergi bercuti di Langkawi. Mummy kata dia teringin benar nak ke sana. Tak apalah, ada rezeki lebih sikit. Mudah-mudahan sampailah hajat dia ke sana. Aku pun mungkin akan buat umrah. Terlalu banyak benda yang aku nak minta pada Dia di sana nanti.

Hidup jangan putus asa. Soal wang, kita boleh usahakan. Wang boleh dicari. Cara untuk cari wang seringgit atau pun sejuta tu, sama saja sebenarnya. Harta kekayaan ada merata-rata. Yang penting kena ada keyakinan diri. Soal hati dan perasaan, ini aku tak boleh nak kata. Tuhan kata hati kita ini sentiasa bergelora. Kita usaha bagai nak rak pun, tapi Tuhan kata itu bukan hak kita, pun kita tak boleh nak kata apa. Cuma doalah, mudah-mudahan hati orang yang kita hendakkan tu lembut jadinya. Aku selalu doakan untuk dia, hari-hari tak lekang nama dia dalam doa aku. Doakan kejayaan dia dalam kehidupan. Mat saleh kata, actions speaks louder than words. Kita tak perlu kata sayang hari-hari, tapi lakukan dengan perbuatan. Selalu bagi kata-kata motivasi untuk dia, selalu tunjukkan pada dia peluang yang ada untuk dia maju ke depan. Hari-hari aku bangun tidur, aku tengok gambar dia di meja study. Hari-hari sebelum aku tidur, aku tengok lagi gambar dia. Ceria ajer. Mudah-mudahan dia terus ceria. Itu yang lebih penting. Kita patut gembira bila kita nampak orang yang kita suka and sayang tu gembira. Bila dia berduka, kita pun patut tumpang kesedihan itu sama. Barulah lengkap maksud bersama-sama. Tak kira susah, tak kira senang. Samada dia tahu dan sedar pasal hal tu, itu belakang kira.

So malam tadi, sebelum aku dan Bad berdua berpisah untuk pertemuan akan datang, kami sama-sama mendoakan agar kami sama-sama berjaya dalam masa depan kami. Setiap pertemuan untuk tujuan baik dan berpisah secara baik, mudah-mudahan datang rahmat tuhan dalam setiap langkah kami meninggalkan satu sama lain.

No comments: