Tuesday, January 16, 2007

Aku sekarang tengah melepak di kedai makan India. The only reason aku lepak kat sini sebab di sini ada free wireless. Hebatkan? Aku menunggu-nunggu bilakah kedai Melayu akan ada wireless internet untuk tampung keperluan orang menggunakan internet.

Aku pun juga pelik bila baca analisis ekonomi pasal orang Mamak berniaga. Mengikut kajian, katanya industri yang dijana oleh kedai makan Mamak memberi pulangan RM 4 billion setahun. Aku terfikir, kenapa kedai makan orang Mamak (atau pun Hindu totok) mampu mengaut keuntungan yang besar tapi tidak dengan kedai makan orang Melayu? Apakah kerana orang kita belum cukup hitamnya? Atau mungkin sebab layanan cokia yang memang tak semenggah?

Aku suggest kalau kita boleh buat pilot project dengan mengumpul dana sebanyak RM 300K untuk buka satu kedai mamak yang lengkap (serve North Indian food, Western food and Malay food). Kemudian kita hire agent yang boleh membawa orang-orang India muslim dari India sana untuk jadi pelayan di sini. Kemudian lagi cash register kena letak orang Melayu. Manager mesti orang Melayu yang memang pandai senyum, pandai cakap and pandai bahasa Tamil (Makcik Jah jiran aku dulu memang pandai cakap Tamil). Kemudian lagi jangan lupa letak tv besar and skrin untuk tayang football game (especially time EPL or UEFA Cup). Lagi cun kalau ada wireless internet yang subscribe corporate broadband connection. Memang masyuk budak-budak melepak kat sini ajer la download movies.

Aku yakin kalau buat camtu, memang gerenti boleh maju. Duit keuntungan yang terkumpul pulak boleh digunakan untuk menjana ekonomi yang lain-lain. Sebagai contoh digunakan untuk beli tanah di lokasi strategik untuk tujuan pembangunan tapak komersil. Sebahagiannya boleh dijadikan tabung biasiswa. Cash mesti ada dalam tangan. Surplus masukkan dalam mutual fund yang bagus (yang boleh bagi return between 14% - 15% per year macam Public Mutual Berhad bagi..hehehehe) untuk pastikan wang berkembang biak.

Wahhh..aku dah boleh nampak duit juta-juta dah beranak-anak dalam kepala otak aku. Pokoknya sekarang, macam mana nak kumpul duit RM 300K?

No comments: