Dalam surat khabar hujung minggu baru-baru ni, Ramli MS ada memberi komen tentang peranan bahasa dalam muzik. Lebih-lebih lagi pada senikata lagu orang Melayu kita. Katanya, lagu dulu-dulu banyak nasihat dan kaya dengan kehalusan seni bahasa. Berbanding dengan lagu sekarang, ianya ada banyak bercirikan puitis. Kata orang muda, ianya 'jiwang'.
Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang
Aku berkesempatan mendengar lagu-lagu Melayu asli masa pulang dari Kuala Krai ke Kuala Lumpur. Bayangkan 6, 7 jam dalam kereta sambil dengan lagu nyanyian Tan Sri SM Salim semasa konsert yang diadakan bersama MPO dulu.
Lagu-lagu dulu memang banyak selitkan unsur-unsur nasihat. Terutama dalam perjalanan hidup, baik sebagai orang muda mahu pun sebagai seorang yang sudah 'veteran'. Tapi tak kurang juga lagi-lagu lama yang 'jiwang'. Jiwang orang dulu-dulu tak sama dengan jiwang orang zaman sekarang. Kata mak pada seorang kawan aku dulu, orang dulu-dulu kalau rindukan seseorang, biar dapat tengok atap rumah orang tu pun jadilah. Orang zaman sekarang, bila rindukan seseorang, di sms nya orang tu sampai habis kredit. Tak pun, sampai habis bateri cellphone.
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi, hamba terkorban
Inikah dia, lakonan hidup
Di pentas dunia, insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda - Tak Seindah Wajah, Tan Sri SM Salim
Dulu-dulu, orang kita suka gunakan bahasa berlapik. Bahasanya halus tapi makan dalam. Bunyinya hormat tapi maksudnya sampai jauh ke perdu hati. Itulah orang dulu-dulu kata, "Tak paham bahasa!", maksudnya dah habis bersembur air liur nak berlapik cakap tapi tak faham-faham juga. Elok ditampar ajer! Eh, eh, eh...tak lah macam tu. Elok disepak ajer.
Tapi orang kita zaman sekarang, oleh kerana masa berlalu dengan cepat dan kita terkejar-kejar dengan banyak urusan, boleh jadi tak sempat-sempat nak fahamkan bahasa. Sebab tu kita suka guna bahasa direct. Akhirnya kita jadi kasar. Bahasa kita jadi hambar, tiada bunganya dan tiada serinya. Bukanlah kita nak suruh berbunga-bunga selalu bahasanya. Menyampah pulak orang mendengarnya. Cuma lebih elok dan lebih manis kalau bahasa kita teratur, lembut dan bersopan.
Okay ler, nak tamatkan entry ni dengan satu lagu Melayu asli. Setulus bahasa orang kita, seindah hasratnya dan secantik gubahan lagunya.
Mohon Kasih
Ku bermohon kasih, Ku bermohon sayang
Padamu wahai kumbang
Dalam rindu kasih hamba tak berdaya
Menempuh jiwa siksa (2 x)
Kasihanilah hamba....
Merayu sehingga merana...
Wajahmu menawan hingga tertawan
Menjadi idaman (2 x)
Hai muda bistari
Kumbang madah suci
Yang menawan hati
Hamba mohon kasih, harapan nan bersih
Ku puja dikau saja (2 x)
Kasihanilah hamba
Merindu balasan darimu
Hati ku tertawan tak dapat kutahan
Engkaulah idaman
No comments:
Post a Comment