Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Mohon maaf zahir dan batin pada sesiapa yang saya kecilkan hatinya, yang saya terkasar bahasa dengannya atau pun yang terkurang ajar dengannya. Kalau ada sesiapa yang rasa tak berpuas hati dan mahu bersemuka dengan saya, bagitaulah saya cepat-cepat sebelum saya pulang ke Kuala Krai pada hari Ahad ni selepas waktu bersahur.
Mohon maaf pada kawan di Australia sebab saya buat dia marah pada saya, sebab buat dia terasa kecik ati dengan saya and sebab buat dia rasa dangkal dengan saya. Terima kasih banyak-banyak kerana bersabar dengan saya. Saya sangat-sangat menghargai kesabaran anda. Awak selalu ada dalam doa saya.
Mohon maaf pada kakak kawan di Kuala Terengganu sebab buat dia rasa marah dan juga kurang senang pada saya. Saya manusia biasa saja, cuma lakukan terbaik untuk beroleh hasil yang terbaik. Kadang-kala tersilap langkah, tersungkur juga. Mohon maaf, usahlah marah berpanjangan ya kawan?
Pada rakan semua, jemputlah datang berhari raya di rumah raya. Apa yang ada, itulah yang saya akan sajikan. Duit raya pun tak dapat nak bagi banyak. Hari raya untuk meraikan kemenangan, bukan membuat 'pelaburan'. Hehehehehe....
No comments:
Post a Comment