Friday, October 06, 2006

Baru saja lepas berbual dengan mama di telefon. Mama sekeluarga hari ni berbuka puasa di rumah Tok Mak. Alah, bukannya jauh sangat rumah Tok Mak. Setakat depan rumah ajer. Seronok dapat berbual dengan mama sebab aku dah lama tak datang melawat dia di rumah. Ada banyak juga benda yang nak dibualkan dengan Mama.

Mungkin kalau jumpa Babah nanti, boleh juga kenen-kenen dia untuk ajarkan aku main golf. Yeah, another new game to learn. Sebenarnya bukan aku beriya sangat nak belajar main golf ni, tapi dah ada orang dok suruh-suruh. Dia kata mana tahu, boleh main golf dengan ayah dia pulak one day. Satu kerja pulak!

Mama pernah juga minta datang ke rumah untuk berbuka puasa dengan family dia. And lepas berterawikh sekali. Segan aku walau pun aku dah buat rumah dia macam rumah aku sendiri ajer. Lama juga tak sembang-sembang dengan Abang, Kakak, Amer dan Ayet. Amer mesti ada banyak benda nak tunjuk kat aku tu. Riuh nak melayan budak tu.

Nantilah, lepas raya balik dari Kelantan nanti...aku datanglah. Erkk..kena bawak duit raya ke?

No comments: