Aku berkata-kata dalam pelbagai gaya. Ada kalanya dalam bentuk karangan. Ada kalanya dalam bentuk cerita. Sekali sekala dalam puisi dan sajak berkala. Mungkin ada yang faham dan mungkin ada yang tak faham. Bagi yang faham, maksudnya hanya untuk kamu sahaja. Bagi yang tidak faham, mungkin memang karangan itu tidak ditujukan kepada kamu. Sungguh pun yang tertulis itu kasar bentuk dan bunyinya, dalamnya tersirat satu maksud halus. Jika dapat dibacai apakah itu, aku yakin dia dapat melihat sebagaimana aku melihat, dia dapat berfikir sebagaimana aku berfikir dan dia dapat merasai sebagaimana aku merasai.
Penghuni dunia itu penunggu sepi
Menanti hari yang abadi datang kembali
Kami datang kosong jiwa dan raga
Kami pulang nanti bawa dosa, bawa pahala
Jejak terletak tak pulak jelak
Jejak yang padam hanya dilupakan
Berdikit-dikit cari pedoman
Tersenggut-senggut cari perkataan
Buat bekalan di hari pengakhiran.
No comments:
Post a Comment