Aku suka tengok matahari terbit dan matahari terbenam. Bagi aku, itu satu tanda kekuasaan tuhan di mukabumi. Sangat hebat dan sangat cantik. Tak ada lukisan yang dapat gantikan apa yang kita lihat dengan deria mata sendiri.
Aku mula-mula sekali minat dengan pemandangan matahari terbit dan terbenam masa aku bercamping di Pulau Pangkor sebelum kami berlepas ke US kira-kira 7 tahun dulu. Melepak di pantai sama-sama dengan kawan-kawan dalam batch ATU 1. Waktu tu nampak langit jingga. Orang puisi panggil langit jingga tu langit kirmizi. Aku pun tak tahu sangat apa maksud kirmizi. Mungkin dalam bahasa arab kot.
Gambar yang aku letak di sini ialah gambar semasa aku tinggal di South Hall dulu. Masa tu aku baru lepas solat subuh. Sementara nak tunggu pagi...aku halakan kamera aku ke arah Nittany Mountain. Merentasi pemandangan ialah satu pekan kecil namanya Lemont. Di situlah rumah keluarga room mate aku yang pertama, Faisal. Orang Pakistan. Masa tu aku first year dan dia dalam final year. Dia suka sejuk...aku takut sejuk. Bukan apa, masa tu tak biasa dengan sejuk kat US. Now, letak la aku kat Minnesota pun..blasah ajer! Gua takde hal (kerek nak mampos sial).
Masa pandang matahari naik perlahan-lahan dari balik gunung tu memang membuatkan aku rasa tenang. Rasa senang hati. Sama juga dengan waktu matahari terbenam. Rasa nyaman sekali. Kalau nak ulang balik saat-saat macam tu, memang tak dapat. Aku tak tahu bila lagi aku akan kembali ke State College. Aku tak tahu, bila lagi aku akan dapat bercamping di Pulau Pangkor macam dulu-dulu.
Mungkin satu hari nanti, aku dapat buat semua-semua tu dengan orang yang aku sayang kot. That would be very nice.
No comments:
Post a Comment