Belasungkawa Buat Cikgu Ghafar Baba
Angin tetap berhembus
Tak henti...
Walau pun sampai akhir hayatku
Tapi tak lagi kau berada
Di sisiku - Angin Malam, Broery Marantika
Pertama kali aku bertemu dia semasa aku bersekolah rendah di Kampung Klang Gate. Ketika itu dia datang atas kapasitinya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk merasmikan Dewan Besar Abu Bakar Ali Basha. Aku ketika itu berada di tepi jalan, mengibarkan bendera Malaysia, menyambut kedatangannya ke situ.
Itu saja yang aku mampu kenang tentang dia. Selebihnya aku baca dari media. Selebihnya hanya tekaan-tekaan nakal.
Barangkali dia seorang pemimpin rakyat. Barangkali dia mewakili aspirasi politik bangsa. Barangkali dia juga seorang suami dan juga ayah yang baik.
Tapi itu tak penting sekarang. Yang penting, doa anak-anaknya dan juga amal jariahnya semasa hidup. Al Fatihah untuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba.
p/s: Orang-orang kapitalis UMNO perlu ambil iktibar tentang liku-liku kehidupan individu ini. Dialah antara pewaris akhir semangat tulen politik bangsa Melayu pra kemerdekaan dan pasca kemerdekaan.
No comments:
Post a Comment