Wednesday, March 01, 2006

Saudara Dan Kawan

Image hosting by Photobucket

Mak Ngah Ati Suria ialah makcik aku. Dia sepupu kepada ayah aku. Aku berkawan dengan dia sejak dia darjah 6 sampai ke hari ini. Dulu-dulu, waktu Mak Ngah di sekolah menengah, dia selalu menulis surat untuk aku semasa aku di Alam Shah. Lepas tu, dia kenalkan aku pada kawan-kawan dia. Semua kawan dia tak percaya yang dia ada anak saudara muda setahun dari dia di Alam Shah.

Now, dia dah kahwin. In fact, baru saja kahwin pada 28 Januari lepas. Suaminya ialah kenalan dia waktu di Southampton dulu. Aku still blur..patut ke aku panggil husband dia 'Pak Ngah'? Atau pun just guna, kau aku saja?

Image hosting by Photobucket

Mak Long dan Mak Ngah ialah kawan-kawan aku dalam lingkungan sedara mara aku. Mak Long Ati Kesuma sudah lama jadi idola aku. Sejak aku kecil lagi, aku selalu menjadikan Mak Long sebagai role model aku. Mak Long seorang saja dari kalangan saudara mara aku yang termasuk dalam circle of trust aku. Aku ceritakan kepada dia pasal semua benda. Semua yang aku buat, semua perempuan-perempuan yang aku minat waktu dulu-dulu, pasal problem aku kat sekolah dulu. Aku memang kowtim habis dengan Mak Long. Malah, aku pernah berjanji dengan dia untuk jadi 'good boy' dia. Ermmm..tak sure la kalau aku still 'good boy' or not. Whatever it is, aku perlahan-lahan dapat mengikuti jejak langkah dia. Cuma aku tak bekerja dengan PETRONAS. Aku buka business sendiri.

Mak Long kahwin dengan Pak Long agak-agak dalam 3 4 tahun sudah. Yang aku ingat tarikh perkahwinan diorang sebab sama dengan birthday Asiah, 9 September. Pak Long ialah housemate Along waktu di Loughborough. Hmm..what a coincidence!!

No comments: