Monday, February 20, 2006

hitam putih masa depan
sendirian menentukan
hidup ini usah persiakan - Sheila Majid, Hitam Putih Kehidupan


Semalam aku datang ke kenduri kahwin ex girlfriend pada kawan aku. I mean, aku datang dengan kawan aku. Sebelum ni aku hanya pernah berjumpa dengan mak ayah dan adik beradiknya saja, kira-kira 6 tahun dulu, iaitu sebelum aku pergi ke USA. Subhanallah, ayah dia masih ingat nama aku and rupa aku. Hebat memori ayah dia!

So inilah kali pertama aku bertentang mata dengan ex girlfriend kawan aku. Kawan aku nampak macam tak betul sikit otaknya. Aku tak tahu, mungkin hatinya rasa sebak. Or maybe, terasa kurang selesa dengan keadaan itu. Aku boleh nampak kemesraan yang sungguh nyata antara kawan aku dengan ibu bapa dan adik beradik ex girlfriend dia. Macam kata dia pada aku semasa kami dalam perjalanan ke sana, "Aku ni kira dan confirm nak jadi menanti dia!".

Barangkali, tuhan itu lebih hebat membuat perencanaan. Dia tak dapat jodoh dengan ex girlfriendnya sebab ada halangan dari pihak luar. Aku kesian dengan kedua-dua orang. Tapi apa nak buat, sekarang kedua-duanya sudah pun berumahtangga. Member aku cakap, "Aku harap mamat tu jaga baik-baik dia. Kalau tak, aku belasah-belasah dia cukup-cukup. She's gone through a lot of hardship in her life". Aku hanya angguk saja.

Image hosting by Photobucket

Bila aku balik rumah...aku berfikir panjang sebelum tidur. Aku berfikir panjang setiap kali aku terpandang patung koala. Kadang-kadang aku bercakap sendirian dengan patung mati tu. Mungkin meluahkan perasaan dalam hati. Aku sedar, cabaran itu boleh datang dari pelbagai arah, baik dari diri sendiri, dari belah sana, mahu pun dari luar. Tapi mudah-mudahannya, janganlah sampai merobek perhubungan.

Setiap malam sebelum tidur, aku peluk cium patung koala tu. Setiap kali aku terjaga dari tidur, patung koala tu mesti ada dekat dengan aku. Kalau aku terbuka mata dan aku rasa patung tu tak ada dekat dengan aku, aku akan cari sampai dapat dan letakkan semula di tepi aku.

Adik aku kata, "At your age, I dont think you can take another heart broken episode". Truly agree with her.

What I am doing right is to remain optimistic. When I say I want to make it and make it right, I'll do it. For better or worse.

No comments: