Friday, February 24, 2006

Belasungkawa Untuk Abah Kak Anim

Takziah buat keluarga Kak Anim di atas pemergian ayahandanya, Haji Satari Bajuri semalam. Arwah kembali ke rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan di pekan Banting. Kak Anim yang sempat aku telefon semalam, masih lagi dalam keadaan terisak-isak. Tersentuh juga hati aku dengan keadaan kakak aku. Itulah kali pertama aku terdengar suara esakan Kak Anim.

Aku doakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan moga-moga kakak aku tidak bersedih lagi, bahkan redha dengan kepulangan bapanya ke kandil-kandil di bawah Arasy untuk bertemu tuhannya, Rabbul Alamin.

Al Fatihah.

No comments: