Friday, October 21, 2005

Pergi Tak Kembali

Image hosted by Photobucket.com

Kini telah lama kita berpisah
Rintihan asmara kian berubah
Tiada lagi mengharap, tiada lagi belaian manjamu
Semua telah berakhir - Tiada Lagi Tangisan, Aishah


Allahyarhamah Puan Seri Endon telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.55 pagi di kediamannya di Putrajaya. Aku yakin buat masa ini ramai rakyat Malaysia masih lagi dalam keadaan bersedih mengenangkan pemergian arwah. Aku mendoakan moga-moga roh arwah dicucuri rahmat dan juga ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman. Harap Pak Lah bersabar banyak-banyak di atas kehilangan isterinya.

Sebenarnya di sebalik berita kematian ini, banyak yang kita ketahui tentang latarbelakang arwah. Perkahwinan arwah dengan Pak Lah juga disebutkan oleh pihak media sebagai satu role model bagi rakyat umum di mana arwah dan Pak Lah sudah mendirikan rumahtangga selama 40 tahun.

Petikan daripada sumber berita AFP menyebut,'"He will always give me a peck on the cheek before leaving home or at least call from downstairs that he is leaving. He will always phone when he is away and we always tell each other we love each other," Endon said last year'.

Hmmm..masing-masing punya cara untuk tunjukkan kasih sayang. Pak Lah juga memecahkan tradisi orang-orang politik dengan bersemuka secara terus dengan rakyat tentang keadaan kesihatan isterinya. Tindakan ini dilihat sebagai jarang-jarang dilakukan oleh pembesar-pembesar negara. Aku angkat topi untuk Pak Lah.

Aku yakin ramai orang mahukan pasangan yang sebegitu. Serius, siapa tak mahu partner yang loving and caring? Orang gila ajer tak mahu kot!

Apa Kita Boleh Buat Pada Pasangan Kita?

Mudah untuk kita jatuh cinta dengan pasangan kita. Tapi the real thing is, how long can we sustain that love? Yang inilah yang susah untuk kita buat. Bukan susah, tapi mencabar sebenarnya! Ramai orang termasuklah aku sendiri selalu bertanya, apa yang dia boleh buat untuk aku? Tapi soalan yang sepatutnya aku tanya ialah, apa yang aku boleh buat pada partner aku?

Image hosted by Photobucket.com

Aku sebenarnya mahu buat partner aku happy. Aku nak buat dia rasa happy bila dia bersama aku. Aku nak buat dia rasa dia yang paling cantik dalam dunia. Aku nak buat dia sebagai kawan karib aku. Partner in crime aku. Aku nak buat dia kawan lawan bercakap, berbincang tentang macam-macam. Aku nak berlawak-lawak dengan dia..nak buat dia ketawa..nak buat dia lupakan semua masalah dia bila dia bersama aku. Setakat ni, ada dua tiga orang yang aku dah jumpa. Tapi tak dapat buat kesemuanya. Mungkin sebab aku belum berjumpa dengan orang yang betul-betul serasi dengan aku. Atau pun, mungkin dah jumpa tapi dia milik orang lain. Hampeh betul!

Bak kata Cik Lily pada aku, "Maybe sebab pasangan awak tu special sangat kot, sebab tu tuhan biarkan awak jumpa orang-orang lain dulu, kemudian baru Dia jumpakan dengan bakal awak!". Make sense juga apa yang dia kata. Lama kita nak mencari dia, nanti lama jugalah kita nak hidup bersama dia.

No comments: