Sunday, September 04, 2005

Merdeka dari Pandangan Anak Merdeka

Aku rasa mungkin tak terlewat bagi aku untuk menulis pasal merdeka. Aku bukanlah orang yang arif sangat pasal merdeka tapi aku rasa aku ada hak untuk cerita mengenai apa yang faham dengan merdeka.

Bagi aku, merdeka maksudnya bebas dari belenggu pemikiran sosial, ekonomi dan juga politik dari mana-mana pengaruh negatif. Kita merdeka selagi kita dapat memikirkan apa jua yang mampu memajukan diri sendiri, tak kira dari sudut mana sekali pun selagi ianya membawa faedah dan manfaat pada diri sendiri dan juga orang di sekeliling kita.

Orang melayu pada zahirnya kelihatan 'merdeka' kerana mereka nampak bebas mengamalkan apa saja yang mereka mahukan. Mahu bersekedudukan, diorang dapat. Mahu bertuhankan kerajaan langit, diorang dapat. Mahu kerajaan Islam Hadhari, diorang dapat. Mahu sistem politik yang korup, diorang dapat. Jadi, mereka merdeka. Dan bila mereka merasa mereka itu merdeka, mereka akan kibarkan bendera Malaysia. Bagus! Sangat patriotik.


Pada malam kemerdekaan, aku saja merayau tengah-tengah KL untuk lihat macam mana cara orang sambut kemerdekaan. Ramai orang bawak bendera Malaysia, ramai juga orang yang jatuhkan bendera Malaysia.

Aku tegur sorang brader motor ni, "Bang, berapa harga satu bendera ni?". "Tak mahal, RM1.50 ajer", katanya. "I see..hati - hati yang bang bawak bendera di motor tu. Mahal harganya kalau kita biarkan bendera tu jatuh ke tanah", balas aku. Aku senyum ajer kat dia.

Maksud mahal bukanlah maksud duit seringgit lima kupang yang dikeluarkan brader motor tu (dan mungkin kos tu dishare dengan awek yang membonceng motornya kot). Mahalnya letak pada nilai perjuangan orang orang dulu yang mahukan merdeka. Yang mahukan berdikari, yang mahu merasa apa itu bebas mentadbir negara sendiri dengan kemampuan dan kebolehan diri sendiri. Mahukan merasa apa rasanya mencipta perlembagaan sendiri dan juga mempunyai sistem politik sendiri. Tapi sayang, setiap kali merdeka hadir, setiap kali itulah orang kita memijak-mijak bendera Jalur Gemilang sendiri. Kita hina negara kita sendiri di tanahair sendiri.

Orang mengerti maksud merdeka dengan maksud yang mentah - bebas. Sebab itu kita bebas merogol orang, bebas meragut orang, bebas menumbuk orang dalam tahanan, bebas membelanjakan duit cukai rakyat untuk tembolok sendiri, bebas mengkhadamkan rakyat sedangkan jawatan sendiri bermaksud khadam rakyat dan bebas bermacam-macam lagi. Tapi bila diminta untuk berfikir jauh ke hadapan dengan berani mengambil risiko, kita ditakut-takutkan dengan istilah rusuhan kaum, perangai tamak orang Cina, perangai malas orang Melayu, gangsterisme Tamil estet. Apa ini? Merdeka ke ini? Kenapa tak dibiarkan rakyat berfikir secara merdeka, bebas dari hasutan liar yang tak berasas, secara bertanggungjawab.

Aneh, baru-baru ni aku tengok rancangan segmen Mari Tanya Linda Onn di Astro Ria mengenai merdeka. 4 orang bertelagah tentang maksud merdeka. Dua dari wakil pimpinan pelajar (dari universiti yang dipimpin oleh golongan aspirasi), dua lagi mewakili orang dewasa. Dua wakil pelajar jelas menunjukkan kedangkalan dan kecetekan akal berfikir dengan juga adab berdebat. Dua wakil dewasa pula kurang jelas dalam memberikan contoh-contoh yang mampu ditafsir akal oleh wakil pelajar yang agak kurang sikit akalnya. Kadang aku tergelak sendiri bila dengar hujah yang dikemukakan oleh wakil-wakil Persatuan Mahasiswa di kampus-kampus pro aspirasi ni. Terlalu mentah sangat maksud merdeka diorang. Lepas tu, terlalu dalam pulak maksud merdeka oleh orang dewasa. Hmmm..padanlah orang muda and orang tua selalu clash. Kita melihat merdeka dari perspektif yang berbeda-beda tanpa cari apa yang sama, selalu keliru dengan apa yang tak sama.

Tapi aku nak gebang banyak pun tak boleh, sebab aku ini hanya rakyat bodoh pimpinan kerajaan. One thing aku percaya, in order for the world to change, I must change first! So, world Mawi? Eh, apa aku merepek....

Kita juga harus merdeka dari gelombang tsuMAWI, yang jelas kosmetik semata-mata. Wallahu'alam...just two cents from me.

No comments: