Mencari Cinta
Sesetengah orang sangat senang dalam soal mencari cinta. Sesetengah orang sangat sukar dalam misinya mencari cinta sejatinya. Senang cerita, akulah yang termasuk dalam kategori orang-orang suwey itu. Orang-orang yang aku selalu ketemu, samada makwe orang, tunang orang atau pun bakal isteri orang. Dan bila saja aku ceritakan pada kakak, mesti kakak akan gelakkan aku. Aku tahu sebab apa dia gelakkan aku. Sebab aku rasa dia tahu aku memang malang giler dalam bab ni. Dah mungkin jadi takdir untuk aku sentiasa suwey bila berdepan dengan soal ini.
Kawan aku, cik lily pernah bagitau aku, mungkin perempuan yang bakal tuhan temukan untuk aku tu ialah seorang perempuan yang sangat istimewa. Sebab itulah aku susah benar nak ketemu dia. Benarkah?
Terus terang aku katakan, aku sunyi dengan dunia aku sekarang. Memang aku busy. Tapi kenapa aku menyibukkan diri? Sebab aku tak mahu fikirkan soal hati sunyi. Aku mengeluh pada adik, aku mengeluh pada kawan-kawan rapat aku. Tapi, benarkah diorang faham keluhan aku?
Orang mesti fikir aku ini desperate!! Kalau itu melegakan hati orang-orang lain, ya! Memang aku katakan...aku desperate. Aku desperate sebab aku terasa sunyi. Aku desperate untuk cari orang yang aku mahu sayangi dan sayang aku kembali. Aku mahu cari seorang kawan yang aku boleh kongsi semua cerita, baik cerita best atau pun cerita suwey. Apakah aku mahu kahwin? Entah..aku tak tahu. Tapi yang aku tahu..aku berasa sangat sunyi. Atau pun...mungkin aku berasa jauh dari rahmat tuhan? Nauzubillah.
Setelah beberapa lama..baru aku perasan dua tiga perkara yang aku rasa agak wajar untuk aku fikirkan.
Orang perempuan ..... atau pun keluarga orang perempuan takkan mahukan kau kalau kau tak ada apa-apa aset yang mahu ditunjukkan (contohnya macam kereta ke..motorsikal tak dikira dalam hal ni). Orang perempuan.... atau pun keluarga orang perempuan takkan mahukan kau kalau kau tak ada gaji tetap macam orang kerja makan gaji yang lain. Orang perempuan.... atau pun keluarga orang perempuan takkan mahukan kau kalau kau tak ada rupa macam orang-orang lain yang baik paras rupanya.
Bila tiap kali aku melabuhkan kepala di bantal...aku terfikir. "Sampai bila mahu jadi begini?". Di mana silapnya? Di mana salahnya?
Aku mahu cari suara yang melegakan lelah di hati bila sebelum aku melelapkan mata di waktu malam. Aku mahu cari suara yang mampu berikan aku satu senyuman di bibir bila saja aku teringatkan padanya. Aku mahu cari suara yang mampu mengukuhkan azam aku bila aku terjatuh, dan mengangkat komitmen aku kembali. Aku mahu cari wajah yang meleburkan rasa gusar, rasa duka, rasa gelisah setiap kali aku pandang wajahnya. Aku mahu cari wajah yang aku beroleh bahagia bila aku pandanginya.
Dan aku tahu..di mana aku boleh dapati wajah itu...suara itu. Tapi apakah dia mahu menerima aku? Itu persoalan yang terlalu mahal untuk aku jawap.
No comments:
Post a Comment