Tuesday, September 27, 2005

Adik Pulang ke Jepun

Adik pulang hari ini ke Jepun. Hati aku rasa sedih sikit. Bila adik pulang, aku rasa macam berkurang sikit member aku. Adik setia dengar apa yang aku nak bebelkan dengan dia. Pendek kata, adik layan apa menda yang aku merepek. Aku pun suka dengar cerita dari adik. Adik cerita pasal Fukui. Adik cerita pasal kawan-kawan adik kat sana. Pastu, adik cerita macam mana orang kat Jepun tu. Aku lak, cuma nak tahu ada tak senior-senior adik yang cun and single. Hahahahaha..adik dah tak larat dengar abang dia punya soalan. Sian adik.

Adik dah 4 tahun pergi ke Jepun. Kali terakhir aku berjumpa dengan dia masa tahun 2001. Itu pun aku balik bercuti dari US sekejap. Cuti sebulan setengah. Mana cukup masa nak lepak-lepak dengan adik. So bila dia balik untuk cuti ni..aku jadi happy. Sebab aku nak make up balik masa 4 tahun yang hilang. Memang tak cukup sebenarnya.

Adik kalau cakap dengan aku, mesti terbabas cakap Jepun. Aku pulak ternganga-nganga nak pahamkan nihonggo dia. Aku cuma tahu sikit-sikit ajer bahasa Jepun. Itu pun adik yang ajar. Shukudai, maksudnya homework. Mula-mula aku ingatkan 'cekodok', tapi lain rupanya. Ada sekali tu adik ajar kat aku masa kat KLIA, cara nak sebut 'saya suka awak' untuk orang perempuan dalam bahasa Jepun. Sorry, aku fail nak hafal. Tapi now aku dah tahu, orang Jepun ada slang lain-lain untuk lelaki dan perempuan.

Adik kalau turun KL, aku secara automatik rasa bertanggungjawab atas dia. Aku nak jaga keselamatan dia. Aku tak mahu benda-benda buruk jadi pada dia. Aku tahu, adik dah besar tapi aku tak boleh lari dari rasa risau. Mungkin sebab aku ni abang dia.

Aku nak yang terbaik untuk dia. Dalam semua sudut sebenarnya. But aku takkan buatkan keputusan untuk dia. Aku cuma cakap apa pilihan yang dia ada setiap kali dia datang pada aku dengan masalah dia. Aku tahu, dia takkan beri masalah pada sesiapa sebab dia sangat-sangat independent. Aku kagum dengan dia. In fact, aku hormat pada adik. Sebab itu aku sayang pada adik. Aku pun kadang-kadang rasa adik rasa rimas sebab aku macam terlalu kawal dia. Ermm..harap-harap tidaklah. Cuma ambil tahu apa yang dia buat.

Aku tunggu adik balik tahun depan. Adik kata dia tak balik masa Spring sebab mak nak pergi sana. Maybe masa summer baru balik M'sia. Hehehehe..aku dah demand dengan adik. Tahun depan aku nak digital camera SONY yang macam T7 tu. Boleh kan dik? Pastu nak minyak wangi sekali..huhuhuhuhu! Dulu-dulu takmo pow adik, sekarang baru terhegeh-hegeh nak pow! Hehehehe..

Bila aku tengok adik lepas gate ERL di KL Sentral, diam-diam dalam hati aku, aku doakan adik berjaya di Jepun. Dapatkan ijazah dari Fukui. Dapatkan pengalaman berguna di sana. Itu yang penting. Dan yang paling penting, aku doakan adik selamat pergi dan selamat pulang dari Jepun tahun depan.

No comments: