Bertemu Idolaku
Semalam dan kelmarin jadi sejarah bagi aku sebab buat pertama kalinya aku berjumpa dengan pemimpin idola aku, Dato Seri Anwar Ibrahim. Orang yang aku bahasakan saudara Anwar dalam surat yang selalu aku kirimkan kepadanya dari bumi Amerika akhirnya berjabat tangan dengan aku. Yang paling seronok bila dia ingat siapa aku, bila aku memperkenalkan aku sebagai "Farid, pengutus surat dari Amerika". Masakan tidak dia melupakan aku bila aku tiapkali aku kirimkan surat kepadanya, surat aku penuh dengan soalan-soalan yang tak bertapis dan bertepis. DSAI mengaku sendiri dalam surat balasannya kepada aku tentang kepedasan soalan-soalan aku.
Alhamdulillah aku bertemu dengan DSAI di mahkamah sivil, di mana beliau menyaman Khalid Jafri berkenaan penulisan/penerbitan 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM. DSAI telah menang dalam kes saman ini dan mahkamah telah menganugerahkan RM 4.5 juta pampasan dari pihak defendan kepadanya. Aku pun tumpang gembira dengan berita itu.
Sayang sekali aku tak dapat menghabiskan banyak masa untuk bersembang mengenai hala politik negara dengan beliau. Paling rapat yang aku dapat bersembang ialah dengan setiausahanya, Azmin Ali. Teruk juga aku dikenakan oleh Azmin di depan DSAI. Tapi tak apa, itu satu permulaan sahaja.
Insya Allah, jalan kita masih jauh lagi.
No comments:
Post a Comment