Tuesday, December 14, 2004

Years Go By



People Come & People Go
every minute and every hour
people come and people go
for when they will come back
we will never know

the only thing we can pray
is for them to stay
for how long we will never know
only until on the day they will go

people come and people go
let's pray happiness and joy they find
if someday they will know
how much we miss them fine
hopefully they will drop a line
- I wrote this poem on Feb. 10th 2004


Malam semalam aku call papa ngan mummy kat rumah. Entah, saja nak call. Nak bagitau pasal exam hari Jumaat lepas. Sambil sembang dengan papa, sempat aku tanya pasal banjir di Kelantan. Kawan aku di Kota Bharu bagitau, banjir teruk sangat area rumah dia and also di Kubang Kerian. Kereta Kancil dia pun tersangkut dalam banjir. Kesian.

Papa kata, mungkin banjir kali ni akan jadi sama macam banjir besar tahun 1967 di Kelantan dulu. Aku pun mengiyakan ajer, bukan tahu sangat. Tok Su telefon rumah pagi tadi, kata papa. Dia bagitau rumah Bak tak naik air. Cuma air dah masuk sikit bahagian dapur rumah Pok Jak, rumah pak sedara aku yang letaknya kat belakang rumah Bak. Alhamdulillah. Tapi bila memikirkan paras air yang sampai mencecah ke ruang dapur rumah Pok Jak, memang tinggi betullah paras air naik kali ni sebabnya kawasan rumah atuk aku tu tinggi la jugak.

Sempat cakap dengan mummy. Bagitau kat mummy, aku masak sambal berlada telur goreng ngan sayur masak air ajer. Nak kata sup, rasanya bukan sup kot. Itu pun pertama kali aku cuba masak sayur, sebelum ni buat sayur goreng saje. Itu pun kalau nak jamu orang. Kalau aku makan sendiri, memang masak lauk aje, sayur tolak tepi (ni dok imagine, mesti Caza dok membebel kat telinga aku suruh makan sayur!). Minggu lepas aku bagitau mummy yang aku masak nasik lemak untuk sarapan pagi. Mummy tanya, "Ni makan berapa orang ni?". "Lerr..orang makan sorang laa..", jawab aku. Ikut hati nak ajer jawap cenggini, "Takde lah mummy, Yed makan dengan bini laa. Makan sorang mana best!". Mahu pengsan mak aku kang dibuatnya! "Rajinnya!", mak aku kata. Dah aku kempunan nak makan sambal tumis ikan bilis, itu pasal aku buat nasik lemak tu. Kebetulan bangkit awal untuk buat solat sunat, alang-alang tu siapkan sarapan terus.

Aku rasa, lama benar dah aku tak makan sardin. Teringin sangat nak makan sardin yang mak aku masak. Aku masak macam mana pun, tak sama dengan masakan mak aku. Betul kata Cikgu Rosni kat Alam Shah dulu, jauh mana pun anak-anak pergi belajar, mesti nak juga balik sebab nak rasa masakan mak. Mak Acap tahu aku suka makan sardin. Tiap kali aku gi rumah dia, mesti dia suruh orang gaji dia masakkan sardin untuk aku. Mak aku pulak komplen, "Macam dah tak ada benda lain nak dimakannya!". Ehhh..sardin tu sedap apa?! Lagi satu, sardin ni banyak khasiatnya. Boleh cerdaskan otak sebab itu sumber 'fish oil', bagus untuk perkembangan otak.

Housemate aku tanya kat mana aku belajar masak-masak ni. Aku cakap, aku belajar dari kawan-kawan. Tak pun, aku tanya resipi dari mak aku. Americans tak pandai masak, bagi aku lah. Sebab diorang tahu buat spaghetti and milano sauce ajer. Bukan nak claim aku ni pandai masak, kalau aku pandai masak...lame dah aku berhenti belajar engineering and bukak restoran. Tapi nak kata, orang Americans jarang terbukak hati nak belajar masakan luar. Aku sekali dua makan spaghetti tu kira okay lagi. Tapi kalau hari-hari, mahu nak muntah gak dibuatnya! Lagi satu, diorang ni takut sangat nak curah sambal cili tu dalam kuali diorang. Takut mati kena kanser gamaknya!

Orang kita kan, suka benar makan makanan western. Maybe sebab nama dia hebat-hebat la kan. Kalau nak kira, sempoi sangat jek masakan diorang. Cuba kita tukar nama sambal tumis tu pada nama yang canggih sikit. Bunyik macam Latin name sikit, tak pun macam Italian sikit. Gerenti laku! Sebab orang kita jakun sikit bab-bab produk dari luar ni.

Terasa baru semalam ajer aku belajar masak kari dari Kak Minah, isteri Abang J. Ha ah, itulah first masakan aku. Kari ayam. Sebelah tangan pegang sudip, sebelah tangan lagi pegang telefon. Kesian Kak Minah kena entertain soalan-soalan merepek aku pasal masak. "Kak Minah, kenapa kari ni tak rasa macam kari? Kak Minah, naper kena letak bunga lawang dalam ni? Eh, masin sangat lah kari ni Kak Minah. Nak buat camner nak bagi kurang masin ni kak?". At the end, masak kari bagi aku sekarang ni takde hal dah.

Kalau boleh aku nak cuba semua jenis masakan tapi sayang, masa tak ada. Tambah lagi, duit pun tak ada sangat untuk beli bahan-bahan. Ada masa, ada bahan-bahannya, ada geng nak sembang time masak...aku rasa jadik kot! Tak nak ramai-ramai masak, serabut kepala otak aku. Kalau ramai-ramai sembang time aku masak, mungkin okay. Anyway, aku suka lagi masak sorang-sorang. Boleh nyanyi-nyanyi sampai tercabut anak tekak aku ni!

"Sepanjang jalan kenangan..kita selalu bergandingan tangan"
"Sepanjang jalan kenangan, kupeluk dirimu mesra..lalalaa.."

No comments: