Suatu Masa
Beberapa malam yang sudah aku dapat peluang untuk tengok movie Jersey Girl. Well, okay la movie tu, not bad. Maybe sebab Liv Tyler ada dalam cerita tu kot, tu yang buat best sikit. But I guess I am not that big fan of hers. Apa yang aku nak tulis kat sini, ialah pasal moral of the story.
Mak ayah. Anak-anak. Proses pembesaran.
Kalau cerita pasal ni, aku mesti teringat macam mana mak ayah aku besarkan aku. Mak ayah aku besarkan aku bukan dengan harta berlimpah ruah, apatah lagi dengan wang ringgit. Sebab aku tahu mak ayah aku tak ada semua tu. Papa setakat berkelulusan sekolah pertukangan, mummy dengan kelulusan SPM, apalah sangat yang nak diharapkan. Tapi tak bermakna luak penjagaan diorang pada kami adik beradik.
Aku membesar dengan penuh nasihat supaya rajin-rajin belajar. Belajar saja yang dapat ubah nasib hidup. Waktu sebelum tadika dulu, orang lain belum pandai mengeja ABC tapi papa dah ajarkan aku ABC. Huruf yang paling susah aku nak sebut masa tu ialah W. Tak tahu kenapa aku susah benar nak sebut W. Benak sangat kot otak aku masa tu. Aku takut sangat sebab tak dapat sebut W tu sampai aku menangis depan papa. Aku ingat lagi, papa gelak tengok aku menangis sebab aku tak dapat sebut W. Da-ba-li-yu. Hmmm..camtu la kot aku belajar sebut W.
Kemudian bila Along, Angah ngan aku dapat masuk sekolah rendah, papa mula ajar kami sifir kira-kira. Setiap malam kami bertiga akan duduk mengadap papa. Papa pegang getah paip sambil buku sifir depan dia. Aku darjah 1, Angah darjah 3 and Along darjah 5. Along yang paling cerdik antara kami bertiga. Kemudian aku dan lepas tu Angah. Aku bukan nak kata Angah tak cerdik, tapi menurut papa, komplikasi waktu nak lahirkan Angah dulu sebabkan Angah susah sikit nak tangkap. Angah ada sawan masa tu. Tapi Angah cerdik dalam hal lain. Dia pandai berjimat duit, dia pandai bertukang and baiki barang. Bab kemahiran tangan, itu kebolehan dia. And lagi satu, Angah berkulit cerah macam apek sayur. Mata sepet masa kecik-kecik dulu. Kalau orang tengok, mesti ingat anak Cina mana terlepas masuk dalam rumah melayu ni.
Setiap kali ambil peperiksaan, mesti aku takut nak beritahu kalau aku dapat markah rendah waktu di sekolah rendah dulu. Takut. Takut sebab papa akan compare kan dengan kedudukan anak orang lain. Dia nak anak-anak dia raih tempat yang bagus-bagus dalam kelas tu. Kalau dah dapat nombor satu dalam kelas, dia akan tanya pulak, macam mana keseluruhannya?
Bila makin besar, kami jadi makin nakal. Aku lah kot yang nakalnya. Along tak pulak sebab dia jenis suka belajar. Dia rajin belajar. Dia rajin belajar sangat sampaikan dia kunci pintu bilik untuk prepare study for UPSR. Papa tegur Along, suruh bukak pintu tapi Along tak buka pintu. Dia tertidur dan aku dan Angah tak dapat masuk bilik untuk tidur. Sudahnya, kunci sangga pintu bilik kami pecah sebab papa terajang pintu bilik tu. Hmmm..itulah first time aku nampak baran papa. Sudahlah takut dengan papa, makin menjadi-jadilah takut aku pada dia.
Walau pun papa garang, dia tak pernah pukul atau rotan aku. Mummy yang selalu rotan aku. Setakat rotan bulu ayam tu, dah biasa betis aku kena rembat dengan menatang tu. Tali pinggang pun pernah kena. Tak pernah pulak aku ingat mummy letak ubat lepas tu. Aku memang mengaku, aku memang nakal masa tu. Curi duit mummy nak beli gula-gula. Aku tahu kalau aku mintak, mesti tak dapat punya. Nak merasa makan aiskrim yang orang jual atas motorsikal tu, jangan haraplah. Atau nak makan biskut-biskut ala-ala Chipsmore tu, itu pun bercatu. Tak macam sekarang, anytime terasa nak makan, boleh beli sendiri.
Bila adik bungsu aku lahir, mummy happy giler sebab dapat anak perempuan. Satu-satunya anak perempuan. And aku lah yang jadi pendengkinya sebab aku biasa jadi anak bungsu. Akulah yang selalu kena buaikan adik aku. Bila aku malas and geram, aku buai dia laju-laju. Mujur tak tercampak adik aku keluar dari buaian. Kalau tak, mahu arwah dah dia. And silap haribulan, aku pun arwah sekali kot dikerjakan dek mummy aku. Anyway, jadi anak bungsu dalam keluarga aku tak dapat apa-apa kelebihan pun. Aku tak penah dapat hadiah harijadi, apatah lagi kek harijadi. Ucapan harijadi pun tak pernah dapat. Yang aku ingat, aku dapat hadiah permainan apa ntah, yang rupanya macam robot besar and ada benda bergantungan kat robot tu yang bergerak atas landasan sekeliling mengelilingi robot. Itu ajer. Kemudian aku, Angah dan Along dapat permainan robot. Robot aku robot yang jadi helikopter. Aku tak ingat Angah dan Along dapat robot apa. Aku ingat semua-semua ni sebab aku jarang-jarang sangat dapat hadiah.
Aku sebenarnya selalu rasa mak ayah aku bahagikan rasa sayang diorang tak adil pada kami adik beradik. Adik bungsu aku, selalu ajer dapat kek harijadi. Kami adik beradik laki ni tak pernah dapat. Tapi aku tak pernah cakap kat mummy. Aku tak berani nak cakap pada mummy. Kami cuma terima. Kami ada fungsi sendiri dalam keluarga. Kerja basuh pinggan, angkat baju di ampaian, sapu lantai rumah, kemaskan bilik. Bila pindah ke Ampang, aku dapat rasa perubahan sikit. Kami dapat duduk rumah batu, yang sebelum ni hanya rumah sewa papan. Masa tu pun, buat pertama kalinya aku rasa kagum sebab rumah aku ada telefon. Tak seperti sebelumnya, kalau nak telefon ajer kena pergi rumah Mak Mah, tuan punya rumah sewa yang tinggal di sebelah rumah sewa kami di Kampung Klang Gate. Walaupun rumah dah ada telefon, tapi kami tak berani nak guna telefon takut mummy marah.
Dan bila Along dapat masuk MRSM Taiping lepas dapat keputusan SRP cemerlang, dia pulak jadi tumpuan mak ayah aku. Satu-satunya ahli keluarga terdekat baik dari belah ayah aku mahu pun mak aku yang dapat masuk sekolah berasrama masa tu. Aku masa tu pulak, struggle nak berkawan-kawan sebab kami baru berpindah ke Ampang. Aku sebenarnya cukup marah dengan papa sebab kami kena berpindah dari Klang Gate ke Ampang. Aku dah punya ramai kawan di Klang Gate. Aku janji pada Azahari, kawan baik aku masa tu, aku akan tetap pergi balik ke Klang Gate kalau ada peluang. Yep, bila aku dah besar panjang ni, aku selalu drive kat area Klang Gate. Lalu depan rumah Azahari tapi sayang tak pernah ada peluang dapat jumpa dengan dia sebab dia belajar kat universiti kat Sabah ke Sarawak, aku tak ingatlah.
Hmm..kalau nak cerita, memang panjanglah kan. But no point pun cerita menda yang dah lepas sebabnya, yang hanya mampu diubah ialah masa hadapan dan bukannya masa lepas. Masa lepas untuk kita bersembang-sembang, masa depan untuk kita merancang-rancang.
Pokok pangkalnya, cara mak ayah mendidik kita dengan pelbagai cara. Diorang sebenarnya tak terima pun latihan formal cara macam mana nak menangani psikologi anak-anak. Semuanya tidak lebih daripada 'trial and error', dan juga melalui pengalaman mak bapak diorang besarkan diorang dulu. Papa titikberatkan pelajaran sebab dia tengok Pak Long mampu berjaya kerana atuk hantar Pak Long belajar sampai ke Kuala Lumpur dari ceruk kampung di Tanjung Karang sana untuk masuk Goon Institute dan akhirnya Pak Long dapatlah pegang jawatan yang selesa sedikit bila bekerja sebaik saja tamat bersara awal dari Tentera Laut. Mungkin juga papa rasa, dia tak dapat berjaya jadi dia mahu anak-anak dia berjaya. Pesan papa pada aku, "Papa tak mahu anak-anak papa jadi macam papa, setakat kerja polis ajer..gaji tak seberapa".
Pendidikan yang cukup keras juga mampu menjadikan kita 'keras' dengan persekitaran. Menyediakan kita menghadapi saat-saat getir dalam kehidupan. Kalau setakat sakit berbirat dilibas dengan rotan dan tali pinggan pun dapat dihadapi, inikan pulak sakit dilibas dugaan kehidupan. Dah tentu orang kata, "alah bisa, tegal biasa". Macam tulah yang aku nampak pada papa dan mummy, lasak menghadapi ujian kehidupan. Dan akhirnya, kita juga akan jadi seperti mereka. Akan tua dan akhirnya punya keluarga sendiri. Dan bagaimana kita mahu mendidik anak-anak nanti? Terpulanglah pada pengalaman sendiri dan juga ilmu keibubapaan yang dipelajari secara formal atau pun tidak.
Semoga berjaya pada semua bakal ibu dan bapa.
No comments:
Post a Comment