Banyak perkara yang disettlekan minggu lepas. Hidup kucar-kacir kejap disebabkan aktiviti-aktiviti hidup. Laundry yang baru buat hari semalam pun tak sempat nak dilipat, inikan pulak laundry yang buat minggu lepas. Nah, gambar tu ajer dah jadi bukti. Aku memang pemalas nak mampus lipat baju. Nak sangkut baju pun, hmmm...ikut mood la kot. Nasib baik kita orang bujang hidup jauh dengan mak ayah. Kalau tak, alamat tertanggal telinga ni kena leter dengan mak.
Makan pun seperti biasa, tak menentu. Kadang terasa nak makan, kita makan. Kadang terasa malas nak makan, masuk dapur pun malas. Telan air liur ajer buat basahkan tekak.
Malam hujung minggu dipenuhkan dengan aktiviti persediaan Malaysian Nite. Lagi dua minggu lagi Malaysian Student Association di Penn State University akan buat Malaysian Nite. Aku seperti biasa diminta mengajar step silat dan tarian. Hmm..silat dan tarian? Satu kasar, keras dan ganas; satu lagi lembut, gemalai and auwww..hahahaha! Ah selamba!
Silat dan tarian bukannya asing sangat. Dalam gerak tapak silat, ada senitari. Dalam senitari, ada seakan buah silat. Cuma nak diharmonikan dengan lagu ajer. Kalau bersilat, kita buat muka brutal. Kalau menari, kita banyakkan senyuman. Jadilah dua-dua tu.
Semalam baru hari pertama ajarkan buah silat, hari ni aku dah sakit-sakit badan. Padan muka, bersilat tak stretch badan, tak warm-up tak apa. Hari ni sakit sana sini. Badan dah berkarat, ke nak kata kita ni dah tua? Maybe dah tua kot, tulang empat kerat lama tak servis masuk gym.
No comments:
Post a Comment