Kemiskinan: Penyakit Sosial Yang Takkan Sembuh Dengan Serapah Ekonomi Moden
"Maka apabila telah ditunaikan solat, bertebaranlah kami di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlan akan Allah sebanyak-banyaknya. Mudah-mudahan kamu menang" - Ayat 10, Surah Al Jumu'ah.
"Last weekend, aku dapat buat benda yang selama ni aku memang nak buat. Aku dapat join Prof aku buat poverty survey kat kemaman.. (ini adalah susulan survey yang dia buat lima tahun lepas pada sample yang sama).. selepas lima tahun: setiap penghuni rumah yang aku pergi, meratapi nasib yang sama; kemiskinan.. dengan keluarga yang besar, rumah yang ala2 kadar dah macam nak roboh je, peluang kerja yang boleh dikatakan takde..agak2nya, macamane diorang boleh survive?? pada diorang, soal makan tak jadi hal..kalau ada, makan.. kalau takde, takyah makan... yang penting pada diorang adalah macamane nak menyekolahkan anak2?? dahlah tambang bas mahal gile.. YB ngan JKK kat situ macam tunggul je aku rase..seriously.. tunggul pun ade jugak gunenye kalau2 nak buat ikat tali khemah camping pengakap... pada makcik2 ngan nenek2 tu, politik memang sangat2 signifikan pada diorang.. yelah, diorang betul2 harapkan orang yang diorang undi tu dapat lakukan sesuatu yang boleh ubah nasib orang2 kat situ.. aku tengok2 bukannye takde peruntukan...ade.. tapi, tak sampai kat orang2 miskin nipun.. kerajaan bagi basikal, dapat kat cucu2 JKK.. kerajaan bagi bantuan repair rumah.. dapat kat kroni2 JKK .. orang2 yang betul2 miskin tu ape dapat? ape hasil? TAKDE... kalau korang lalu kemaman, memang nampak maju..jalan superb.. lampu jalan superb.. trafik light siap ade digit lagi... tapi, cube lah masuk kat kampung2 tu.. ya tuhan... menitik air mata aku tengok muka2 orang miskin tu duduk depan rumah, menung.. macam menanti sesuatu..menanti ape...diorang pun tak tahu... sedih gile beb... aku je tak reti nak tulis camne... rata2 pendapatan isi rumah dalam rm400.. poverty line malaysia rm540..
dah sah2 diorang ni miskin.. kenape tak dibantu?? aduhaii pemimpin.. bukak lah mata.. cakap berdegar-degar...baik PAS maupun UMNO...sama je (itu yang orang2 kampung tu cakap) (aku pun bersetuju)... manelah perginye duit zakat?? manelah lesapnye duit PPRT?? ('korang' tanggunglah dosa belasah duit anak2 yatim, orang2 tua, ngan janda2 tu oiii..berat tu beb...) rumah kayu dah dimakan anai2...suami sakit... anak2 ramai... ada yang suami nelayan, pegi kelaut umpama mencari barang yang hilang..ade ikan, adelah hasil... takde ikan..
termenunglah... rata2 orang yang aku interview sumenye menitiskan air mata.. taktau dah nak buat ape lagi..cukup menginsafkan.. so kawan2, kalau dah bekerja nanti, bile nak berbelanja mewah2, JANGAN lupe orang2 miskin ni... diorang tak mintak baju baru, makan sedap atau bini lawa... diorang cume mintak sesuap nasi dan sebatang pensel untuk anak pegi sekolah...
masa mintak tanah nak buat rumah, kerajaan charge rm1500.. ape lah salahnye, sultan bagi je tanah kat rakyat ni yang dah tentu2 miskin.. takde duit nak makan pun...early conclusion yang aku boleh buat, nasib diorang tetap sama susah walau setelah lima tahun berlalu....
wahai pemimpin ( baik kerajaan mahupun pembangkang), sudah2lah menyalak macam anjing... takde hasilnye berdebat berjam2 dalam parlimen pasal ISA, ni ha..orang2 kampung kau dah nak mati sebab miskin ni... sultan2?? ape cerita??? seronok2 je keje kau?... (satu makcik
tua tu cakap, diorang ni belaja tinggi2 tapi, otak dah berkecai..) (member aku cakap pulak, belajar 4 tingkat, bodohnye 14 tingkat).... damn...insaflah..."
Di atas ialah berita bulletin yang aku terima dari junior aku di SAS dulu. Well, dia muda 3 tahun dari aku.
Orang kata, "seeing is believing". Yes, it is true. Seeing is believing. Aku selalu tengok ramai orang yang miskin dan melarat bila balik ke kampung aku di Kuala Krai, Kelantan. Aku juga pernah tengok orang yang ada telefon kat rumah, tak tahu apa itu internet, macam mana nak on kan komputer di Sabak Bernam, Selangor masa program khidmat masyarakat di ITM dulu.
Masalah kemiskinan ini bukanlah masalah yang patut diletakkan pada parti pemerintah dan parti pembangkang semata-mata. Masalah kemiskinan ni masalah masyarakat. Penyakit dalam masyarakat. Tak silap, sabda nabi pun ada sebut, "Kemiskinan membawa kepada kekufuran", sampai begitu sekali dakwa nabi.
Untuk teliti di mana punca masalahnya, kita renung kembali apa yang dituntut oleh agama. Bekerja kuatlah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kamu seperti kamu akan mati pada esok hari. Familiar dengan ayat ni? Ni nabi sebut. Pernah juga diberitakan pada zaman pemerintahan bani Abbasiyyah, hampir dikatakan tiada orang layak menerima zakat dari Baitulmal kerana semuanya tidak dikategorikan dalam golongan fakir miskin. Waktu dulu, waktu tiada internet, tiada IMF, tiada President Bush, tiada UMNO dan tiada PAS atau pun Anwar Ibrahim. Tapi mereka masih mampu keluar dari kepompong kemiskinan.
Pokok pangkal pun, dalam segenap era, di setiap perbedaan zaman, perlu ada semangat gigih berusaha tidak kira dalam keadaan apa jua sekali pun. Andai kata badan sudah tua, maka bekerjalah dengan kudrat yang ada. Andai kata mata telah buta, maka usahakanlah dengan kekurangan yang ada. Tuhan sudah sebut, tiap kesusahan pasti diiringi dengan kesenangan. Itu janji tuhan. Kerja ini, bukan kerja individu sungguh pun hasilnya pada empirikalnya akan dilihat pada peringkat individual. Kerja ini, perlukan kekuatan kolektif. Kita sudah ada skema kolektif cuma kita tak perkasakan. Atau pun, kita tidak mahu perkasakan kerana kita sibuk kejarkan isi perut kita dulu. Nafsun nafsin. Hak aku, hak aku dan hak kau, hak kau. Kalau kita ambil semula hikmah pemberian zakat dan semangat zakat itu sendiri, ternyata kita mampu keluar dari serungkup kemiskinan.
Aku rasa hal ni disebabkan keyakinan diorang pada rezeki yang tuhan beri. Yakin ni, soal yang sangat penting. Diberitakan 70,000 umat Nabi Musa berdoa tak berhenti-henti minta diturunkan hujan, tapi tuhan tu tak mahu turunkan hujan. Sampailah Nabi Musa a.s diperintahkan untuk cari seorang pemuda yang hitam yang hidup bersendirian. Bila si pemuda ini berdoa, terus dimakbulkan tuhan disebabkan keyakinannya yang sangat tinggi pada tuhan.
Tapi hati-hati ya, jangan pulak kerana keyakinan sahaja, usaha kita tinggalkan. Kita tidak mahu jadi seperti golongan Jabariyyah, yang percaya dengan hanya berdoa tanpa berbuat apa-apa kerana yakinkan Qada' dan Qadar. Perlu kita ketahui dan fahami, ada perkara yang tak dapat diganggu gugat lagi dan ada perkara yang kita mampu ubah bersesuai dengan kudrat yang kita ada.
Usahalah dengan cara apa sekali pun, janji halal.
Kembali kita pada ajaran asal, mengambil semula semangat yang ada dalam hadith dan sunnah nabi, akan memungkinkan kita keluar dari masalah kemiskinan ini. Toleransi perlu ada dalam seluruh penghuni masyarakat, ini mengambil kira juga hubungan di antara pemerintah dan yang diperintah. Janganlah disusah-susahkan Wakil Rakyat Parti Pembangkang yang memohon bantuan untuk kawasan masing-masing atas kerana PERBEDAAN idealogi politik, jangan pulak kita meminta berlebih-lebihan dari KERAJAAN yang memerintah. Keadilan membahagikan kek kekayaan ekonomi negara mesti diamalkan.
Soal kesenangan ini soal yang relatif sifatnya. Definisi senang berbeda-beda dari satu tangga masyarkat ke satu lagi tangga masyarakat.
Masalah birokrasi mesti diatasi dengan segera. Kaedah mengatasinya - pertama sekali, HAPUSKAN SEMANGAT ASSABIYYAH YANG BERTERASKAN PERBEDAAN HUKUM POLITIK, PERKAUMAN DAN AGAMA. Hal ini sangat penting. Semua orang mesti memaksa diri sendiri untuk berlaku gentleman pada semua orang, berlapang dada dalam menghadapi krisis dan juga karenah. Masalah berat bagi kita, umumnya umat Melayu, kita sangat suka bersuku-suku, lebih-lebih lagi bila kita akan mendapat keuntungan secara terus. Tambah lagi, kita pulak senang lupa yang setiap harta kita ni, ada juga hak orang lain ke atasnya. Nak bayar zakat, sangatlah liat. Last minute baru nak bayar zakat. Sedekah atau infaq, sangatlah jauh sekali dari hati. Hal ni perlu kita observe dengan hati-hati. Lagi pun, hulurkan apa yang ada, tak luak pun sebab kita masih lagi hidup pada esok harinya kalau diizinkan tuhan.
Teruskan berusaha dan beramal. Tapi jangan lupa berilmu juga.
No comments:
Post a Comment