Monday, September 06, 2004

Bara Kerana Bodek?

Makin lama aku fikirkan hal ni, makin terasa takut untuk terus menulis. Maksud aku menulis kerana mahu lihat perubahan. Kalau tak perubahan besar pun, dapat merubah sendikit mentaliti orang ramai pun jadilah. Menulis kerana mahu jadi agen informasi seperti mana pesanan yang dititipkan oleh pensyarah aku di PPP, ITM dulu. Kerana manusia akan terus menilai dan dasar bias manusia kadang-kadang tidak bertepi. Apatah lagi dalam dunia yang serba kemungkinan sekarang ni?

Merenung kembali tulisan Hishamuddin Rais dalam MalaysiaKini.com tentang bagaimana wujudnya kembali kelompok kaki bodek dan kaki ampu di kalangan gerak kerja Reformasi ternyata buatkan aku rimas. Risau. Risau kerana aku takut aku ini dilabelkan kaki ampu atau pun mempunyai agenda personal. Nah...apakah selama ini aku menulis untuk dapatkan harta, kekayaan mahu pun mengurat anak dara Pak Anwar? Sepanjang aku kenal dengan dia, tak pernah pulak aku dijanjikan apa-apa. Apakah aku hanya membicarakan isu-isu ini selepas dia bebas di jalanan? Bahkan kerana aktiviti aku dengan mem'bising'kan isu keadilan, mempertahankan hak sivil rakyat, dan menghadiri program agama yang konon-kononnya dianjurkan oleh parti pembangkang, aku telah diberi 'cuti percuma' daripada penajaan aku dengan PETRONAS selama 3 bulan dan hampir-hampir saja ditarik balik peluang pengajian di luar negara.

Kemudian, email aku yang berkisarkan tentang politik Malaysia di mailing list satu pertubuhan bukan kerajaan telah pun sampai ke meja Duta di Washington DC dan Jabatan Perdana Menteri, padahal baru satu malam aku hantarkannya (rakyat Malaysia sentiasa diintip oleh anggota Cawangan Khas, unit perisikan M'sia). Tepat jam 9 pagi keesokan paginya aku terima panggilan daripada Washington DC untuk aku persiapkan surat tunjuk sebab mengapa aku mengirimkan email sebegitu kepada mailing list awam. In fact, pada awal tahun ini aku sekali lagi mendapat panggilan telefon daripada Kedutaan kita di Washington DC kerana aku dituduh sekali lagi oleh pihak Kedutaan di London kerana keterlibatan aku dalam aktiviti pembangkang di Cardiff. Kata mereka lagi, aku jadi kepala besar dalam menganjurkan program pro pembangkang di Cardiff sana dalam bulan 12 tahun lepas. Nah, mana mungkin aku berada di Cardiff kalau aku tak pernah keluar dari bumi Amerika ini semenjak aku pulang ke sini bulan 9 tahun lepas.

Masa depan sendiri dipertaruhkan, batang leher sendiri sedia untuk dikerat oleh birokrasi pengampu dalam kerajaan tapi ternyata bukan untuk Anwar Ibrahim. Dia mungkin tokoh yang aku hormati, yang aku lihat sebagai seorang ayah dan jauh di sudut hati, sebagai seorang pemimpin rakyat. Seperti mana yang aku pernah sebut, seribu Anwar mungkin datang dan pergi tapi yang penting ialah untuk kita membutuhkan semangatnya, bukan orangnya.

Adakah aku gentar? Adakah aku berbuat begitu untuk memastikan aku mendapat habuan daripada perjuangan islah tajaan beliau?

Bukan aku tak pernah terfikir semua ni. Banyak kali sebenarnya. Tapi aku tak dapat tahan rasa hiba/sayu/sedih everytime aku dengar kisah orang melarat di tanahair sendiri. Dengar cerita orang miskin ditindas kerana ingin memberi jalan kepada korporat elit Malaysia untuk menambahkan lagi laba keuntungan mereka. Dengar kisah anak-anak kecil yang mati kerana tidak cukup pembiayaan untuk membayar wang pembedahan hati dan jantung di negara sendiri. Kadang dalam diam aku baca berita-berita macam tu, air mata aku mengalir dengan sendirinya. Tak perlu dipaksa-paksa, tak payah nak provoke-provoke..mesti mengalir. Sedih sebab benda-benda malang macam ni dapat dihindar kalau kerajaan kita benar-benar prihatin dengan nasib rakyat. Bukan prihatin dengan nasib orang-orang kaya yang tidak cukup keuntungan.

Baru-baru ini dengar khabarnya Parlimen bising mendebatkan isu pengurangan belanjawan untuk hospital kerajaan tapi ingin menambahkan pula lesen kepada private hospital. For God's sake, macam mana dengan nasib orang-orang dari kelas pertengahan atau pun kelas rendah yang mahukan perkhidmatan perubatan dari kerajaan? Mana mungkin mahu membayar kos RM 1000 semalam di Ampang Putri Hospital? Apatah lagi mahu dapatkan khidmat Gleaneagles Medical Center?

Aku cakap begini sebab aku dari kelas pertengahan. Papa aku hanya bergaji tak sampai RM 2000 sebulan. Dan kami hidup di Kuala Lumpur. Bil elektrik, bil air, bil Indah Water, belanja dapur, ansuran kereta, ansuran rumah mesti dilangsaikan. Apalah sangat gaji seorang anggota polis cabuk. Mummy pulak tak bekerja. Kebetulan Mummy sakit darah tinggi dan diabetes. Saban bulan ke HUKM untuk dapatkan perkhidmatan. Andai ditutup hospital sebegitu, mana mampu nak membayar kos perubatan di private hospital?

Aku tak mahu nanti bila orang mula mengata kata aku bising kerana orang itu sudah keluar dari rumah bertembok tinggi dan berjeriji besi. Aku tak mahu orang kata aku cakap berdegar-degar tentang isu-isu sebegini kerana aku punya personal agenda atau pun hidden agenda.

Tapi rasanya memang betul, aku ada personal agenda.

Personal agenda aku - aku tak mahu lagi dengar berita-berita sayu di ruang akhbar, ada orang mati melarat, ada orang kita mati tak cukup zat atau pun kurang pembiayaan kos perubatan, ada orang kita mencuri kerana tidak cukup wang untuk hidup, ada orang kita jadi gila kerana anak daranya dirogol orang kerana polis tidak mahu bertindak cepat, ada orang kita kehilangan peluang untuk belajar kerana Sekolah Agama Rakyat di tempatnya ditutup dan bermacam-macam lagi. Itu personal agenda aku. Itu hidden agenda aku. Nah, segalanya dah aku katakan.

Jangan kita berbara di hati hanya disebabkan kita mahukan ganjaran untuk personal gain. Aku teringat pesanan bermakna dari Spock kepada Captain Kirk dalam film Star Trek, "The needs for one is so much less than the needs of others". Dan untuk harapkan aku membodek untuk something, orang kampung aku kata, "Kirim salam sajalah..!!".

No comments: