Soalan Maut
Ada seorang member kat myspace.com tanye aku satu soalan - apa menda yang aku pernah sesalkan sepanjang hidup aku? Aku serius shit tergamam...bukanlah tergamam tapi more like cam stunned la. Sebab aku tak tahu nak jawap camner. Dari kelmarin lagi aku dapat message dari dia kat myspace tapi sampai ke hari ni aku tak ada idea nak tulis apa. Selalu ada ajer nak bersembang-sembang ni.
Apa yang aku pernah sesalkan dalam hidup aku? Nak mula dari mana? Kehidupan aku sebagai seorang pelajar ke? Kehidupan aku sebagai anak jantan Encik Mohd Nor dan Puan Rohani ke? Kehidupan aku sebagai adik pada Mohd Faizal, Mohd Fazrul dan abang kepada Farah Hanani? Kehidupan aku sebagai rakyat malaysia ke? Aku serius shit tak tahu nak mula dari mana...
Yang pokoknya, memang ada banyak juga yang aku sesalkan. Yang aku simpan jauh-jauh dalam hati, and sampai tak tercapai oleh sesiapa.
Sesalan aku yang paling besar lah yang aku rasa ialah aku tak dapat kekalkan peribadi aku seperti mana aku yang dulu. Aku rasa, aku banyak berubah dari baik kepada yang tak baik. Aku perlukan lagi satu turning point, sebagaimana turning point dalam hidup aku yang aku lalui kat PPP, ITM dulu. Ada kawan macam Razi, macam Azam, atau pun macam Uzi, Shahrani and ramai lagi dalam Persatuan Mahasiswa Islam PPP....yang sama-sama pengaruhi corak pemikiran aku, bentuk peribadi aku, sahsiah aku...Shahrani everytime tahu aku balik Msia, mesti dia cari aku..saja nak tanya khabar. Saja nak sembang soal semasa. Tapi aku pulak banyak elak dia..maybe sebab aku malu kot. Malu aku dah tak macam dulu, tak istiqamah macam dulu. Hmm...inilah orang kata, sekali air bah melanda, sekali pantai berubah...betul lah kata orang tua-tua.
Kemudian..aku sesalkan sebab aku tak pergunakan masa aku di airport 5 tahun dulu untuk bagi tau pada Asiah yang aku serius shit suka sangat kat dia. Tak kisah la waktu tu dia ada boipren ke idak. Gi mampos la kan..yang penting, aku punya beban terlerai jugak. Mungkin akan ada orang cakap aku ambil kesempatan sebab waktu tu, waktu Asiah paling fragile tapi siapa suruh dia datang ke airport untuk hantar aku? Aku tak suruh..although pernahlah aku buat request untuk dia hantar aku ke airport dengan kain tudung yang aku belikan untuk dia jadi hadiah. Nah sekarang, amik kauuu..padan muka aku. Padan muka aku sebab aku tak mampu lagi beri cinta pada orang lain sebagaimana yang aku simpan untuk Asiah. Betul kata Kak Dina... orang perempuan memang malang sebab terpaksa berkongsi dengan suami dia dengan first love laki dia....dan yang lebih malang lagi pada lelaki yang bangang tak gheti nak move on...or at least, lupakan ajer apa yang pernah jadi.
Apa lagi yang aku sesalkan? Right now..aku rasa tu ajer..yang kecik-kecik tu ada la jugak. Macam aku menyesal aku tak bawak mummy keluar pergi naik KL Tower, naik monorel, bawak mummy berjalan ke KL dengan LRT sebab aku keluar dengan member aku hari tu. Walau pun tu jadi tahun lepas, sesalnya aku terasa sampai hari ni. Memang bunyik cam cheesy ajer, naik LRT, naik monorel, pi KL Tower...tapi mak aku mana pernah sampai ke KL Tower tu..mana pernah naik monorel. Bunyik cam orang kampung, tapi itulah mak aku..gaya-gaya dia macam orang kampung sikit. Tapi aku sikit pun tak malu dengan dia. Kalau tak ada dia, tak ada aku.
Menyesalkah aku belajar di Amerika? Instead of pergi ke UTM buat Chemical Engineering...atau pun amik offer Renong buat A-level di KMYS and possibly ke UK buat degree? Hari ni..waktu ni..saat ni..aku rasa tak menyesal langsung. Aku belajar banyak benda kat tanah orang. Aku belajar kenal hati budi orang...belajar kenal hati budi sendiri...belajar hargai mak bapak aku..sayangi adik beradik aku walau pun aku tak pernah tunjuk pada diorang. Orang nak kata aku habis lewat compare dengan orang lain pun, aku tak kisah and aku tak menyesal buat apa-apa menda yang aku dah buat sampai jadual belajar aku terlewat banding ngan kawan-kawan aku. Aku seronok dapat lalui pengalaman susah payah, untung celaka, gelak ketawa dengan kawan-kawan baru yang aku jumpa di sini.
Walaupun banyak episod dalam hidup aku ni menda-menda yang macam cheesy ajer nak dikatakan, tapi bermakna dalam hidup aku. Hatta peristiwa aku dipanggil balik ke M'sia pun sangat bermakna bagi aku, bukan sebab rasa malu pada mak ayah, tapi atas rasa semangat berani aku untuk berpegang pada prinsip aku. Pedih telinga kena leter ngan ayah aku (lame gak tak pernah kena leter ngan ayah aku, sekali kena ingat sampai bila-bila), rasa takut sebab rasa macam kena follow ajer sepanjang masa, rasa risau ajer sebab masa depan aku tak menentu dengan PETRONAS...semua tu hilang bila aku kenang-kenang kembali hikmah dari peristiwa tu. Alhamdulillah..aku berjaya go through semua menda alah tu.
Betul kata Prof. Nedwick kat kitorang dalam kelas senior design CH E 464, "If it doesn't kill you, it only makes you stronger!".
No comments:
Post a Comment