Tuesday, August 03, 2004

Sebuah Intermeso

Pinjam sekejap frasa ayat dari buku Konserto Terakhir, karya Abdullah Hussin. Intermeso atau pun intermission dalam English bermaksud rehat yang sebentar di antara waktu persembahan. Tadi aku sibuk perah otak untuk proses menulis sambungan cerita pendek tadi.

Tapi aku rasa kena time out dulu kot. Idea tengah subur dalam kepala tapi mata berat mahu didodoi di atas bantal. Agaknya perut kenyang sangat kot lepas tibai mee kari - aku masak di rumah kawan. Malas nak masak kat rumah sendiri, boring makan sorang and tension tengok keadaan dapur sendiri. Buat serabut perut aku lagi ada la.

Mulai hari ni aku kena latih diri tidur awal. Sebabnya mulai hari Rabu aku kena kerja di awal pagi. Shift breakfast masuk jam 6.12 am. Giler babeng awal. Demmit! Lepas subuh kalau aku tidur gak, gerenti terbabas baikkkkkk punya!

By the way, aku tak pasti kalau aku boleh habiskan cerita yang aku tulis ni. Bak kata Encik Ahmad Patria Abdullah (anak SN Abdullah Hussin), pengarang novel Permata Aurora dan yang sebaris dengannya, menulis memerlukan ketabahan. Ketabahan untuk menghabiskan hasil tulisannya. Dia mungkin tabah kot sebab dia berjaya menulis sebuah lagi novel sambungan daripada novel-novelnya yang terdahulu. Itu pun mengambil masa lebih 10 tahun. Barangkali dia sibuk study di universiti dan juga sibuk atau 'fanat' dengan latihan Silat Cekak (hehehehe...aku tahu fact ni sebab aku pernah 'kamceng' dengan adik dia).

Jadi untuk lihat sambungan cerpen tu...pembaca pun kena tabah ler jugak tunggu sambungannya.

By the way, pada ketua penaja UBM Penn State, selamba gulingkan aku! Nak sangat, amiklah..tak heran der aku...hahahaha. Kalau aku kahwin ke nanti, ko nak ke jadi best man aku? And kalau kau seorang lelaki yang adil, kau boleh jadi saksi aku. Amacam Zaid? Ada berani ka?

No comments: