Secara umumnya semua budak Alam Shah dah tahu dah, akan ada satu hari dalam tempoh 5 tahun diorang mengaji kat sekolah ni yang diorang akan berpakaian smart habis. Kalau tak rupa tu pongak, tapi hari tu dia mesti jadi hensem. Kalau siapa tak pandai guna minyak rambut selama 5 tahun dia dok sikat rambut kat SAS, maka hari tu la jugak dia berjinak-jinak nak tonyoh minyak rambut kat kepala tu. Kalau selama-lama tu tak pernah kiwi kasut hitam sampai berkilat nampak lubang hidung, silap haribulan boleh nampak tahi hidung sekali, maka hari tu jugaklah diorang sibuk panggil budak F1 untuk kiwi kasut diorang sampai berkilat macam kepala botak bekas pengetua Alam Shah, Tuan Haji Mohd Zon Ramli tu.
Haaa..hari tu la satu-satunya hari yang paling best untuk bebudak Alam Shah berjamuan. Sebabnya, diorang ada farewell dinner kat banquet hotel.
So, masa tahun aku F5 kat Alam Shah, farewell dinner tahun tu ditaja oleh bapak si Haizal, Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib. Haizal ni waktu kat sekolah, kami panggil dia Halil ajer..selambalah waktu kat sekolah. Mana pernah panggil nama sendiri..main nama bapak ajer. Farewell dinner dibuat di Hotel Quality Inn yang berhadapan dengan Medan Mara di Jalan Raja Laut.
Waktu nak pergi ke sana tu, memang serabutlah tak ingat. Bas sekolah pulak tak mahu drive masuk dalam area KL sebab jalan time tu jam nak mampus. Nak tak nak, terpaksalah kitorang naik LRT dari Stesen LRT Maluri kot and turun kat Stesen LRT Sogo. Memang lawak tak ingat laaa..malu siall..Memasing dah sibuk pakai blazer memasing, sapa yang tak ada blazer pakailah baju lengan panjang dengan tie yang paling lawa yang diorang ada. Aku masa tu memang sempoi ajer - pakai kemeja putih lengan panjang, pakai seluar kaler kelabu and blazer kaler hitam. Simple. Seingat aku, kiranya hampir 50% bebudak malam tu pakai suit la..kita ni anak orang tak berada, pakai ala kadar ajer lah. Tapi pergi tempat dinner tu naik LRT. Orang lain dok stare-stare ajer dalam LRT tu. Memasing kontrol gila babeng la kan..
Sampai ajer kat Hotel Quality Inn, memasing dah pandai carik surau nak solat Maghrib. Ada yang solat maghrib kat parking lot bawah SOGO tu..siap kena sound lagi sebab menyempitkan surau diorang. Ada jugak yang solat kat surau hotel. But anyway, habis solat semua pandai sendiri bawak diri masuk dalam ruang bankuet and duduk kat seat memasing.
Nak citer pasal seat ni...haa..2 3 minggu sebelum dinner, diorang dah bergaduh bertekak bergasak nak chup seat memasing. Ada yang nak duduk dekat dengan cikgu yang cun laa..ada yang nak duduk satu meja dengan tetamu kehormat la..ada yang sibuk nak mintak seat satu meja dengan jambu cikgu masing-masinglah. Memang haru biru. Cikgu Delina yang in charge pasal seating ni. Dia pun pening kepala. Kesian orang tua tu! Lepas tu Zamin 'Kipin', Ketua Pelajar batch kitorang kiranya macam nak tolong Cikgu Delina la, tapi tak mampu gak sebab kata dia asyik orang bangkang ajer. Last-last dia give up. Belakang tak silap aku, Cikgu Anisah jugak yang tolong settlekan.
So..aku memang melepaslah tak dapat duduk satu meja dengan mama aku. Yusni Khusaini aka Stone, KP II kitorang dapat duduk semeja dengan jambu dia, Cikgu Faizah Ali Jahn, K Double atau nama sebenarnya Kamarul Wasli dapat duduk dengan jambu dia, Cikgu Sabariah, and ada la lagi a few others yang dapat duduk dengan cikgu favourite masing-masing. Tak silap aku cikgu-cikgu favourite masa tu Cikgu Faniza, Cikgu Masariah, Cikgu Siti and ntah sapa-sapa ntah lagi. Aku pulak duduk ajerlah dengan Ayam aka Nizam Nadzimuddin. Ayam malam tu memang smartlah, dengan suit and shirt kaler biru dia tu. Memang ada nampak tokoh keparat..eh silap, tokoh korporat la dia malam tu. Tapi kitorang stok gersang jekk, tengok orang lain dok dengan cikgu peberet memasing.
So protokol macam biasa..ada ucapan gedebuk gedebak oleh so and so. Lepas tu ada makan-makan. Lepas habis makan-makan lah yang paling seronok sebab ada persembahan daripada student.
Persembahan yang aku paling tak lupa masa Alfian Md Nor aka Fonchoe & Arif Fateh aka Mama buat stand up comedy. Memang kelakar nak mampus la lawak diorang. Cikgu-cikgu semua gelak sampai nak tersembur keluar isi perut diorang. Kitorang dah gelak tepuk-tepuk meja dah. Hilang hensem belaka. Komedi diorang berkisarkan pertemuan semula dua orang bekas pelajar dari batch kitorang lah kat golf course somewhere in Malaysia. Waktu masing-masing dah besar, dah jadi somebody dalam masyarakat and of course, dah kahwin dah. Fonchoe dok bercerita yang dia dah ada bini 2 and sibuk nak tambah lagi sorang. Mama pulak kata dia sekarang busy dengan bisnes, tambah-tambah dia baru ajer beli golf course yang diorang tengah guna masa tu. Lepas tu slowly bukak balik cerita time zaman budak-budak hingusan. Gossip pasal cikgu sana sini..kutuk kutuk warden..biasa lah tu. Tapi cara diorang sampaikan kisah-kisah zaman dulu plus updates terbaru pasal kawan-kawan yang lain tu, memang serius lawak gila. Berair-air mata aku gelak dengar lawak diorang.
Lepas tu ada nyanyian beramai-ramai lagu Belaian Jiwa unplugged version. Tak ingat siapa main singer dia tapi yang aku tahu, Gosh salah seorang daripada penyanyi latar. Again, ramai giler yang gelak sebab tengok aksi Gosh buat muka kelakar dia kat atas stage. Lepas tu ada duet nyanyian Fonchoe dengan Cikgu Rosni. Ni pun permintaan khas sebab first time kami tengok Cikgu Rosni menyanyi lagu Teringin, Shima, tu masa kitorang Form 1. Jadi before kami nak tinggalkan sekolah tu, nak lah tengok Cikgu Rosni mengeluarkan suara emas dia. Memang tepukan gemuruh lah..suara dua-dua sedap macam P Ramlee dengan Saloma la kiranya.
Bila dah habis persembahan semua..so boleh bersurailah. Memasing sibuk nak amik gambar dengan cikgu-cikgu. Most of the time, kami ignore ajer warden-warden. Hahahaha..gila zalim tapi padan muka. Sapa suruh buat sial dengan student throughout the year, kan? So kitorang kebanyakannya amik gambar dengan cikgu perempuan and also cikgu lelaki yang bukan warden. Ada some warden yang aku respect macam sape ek...ermm..sape warden yang aku respect pun? Takde kot. Aku tak dapat amik gambar dengan mama. Sedih jekkk...tapi selamba.
Balik ke sekolah dah lepas tengah malam. Riuh gila memasing masa sampai kat asrama. Aku ingat lagi, aku dengan FizZah melenggeng bertowel ajer melepak kat tepi kaki lima tingkat 3 blok B. Layan tengok basketball court sambil sembang-sembang apa menda yang tak puas hatinya time dinner tadi. Tapi best la..dua dua sama kepala pulak tu. Layanlah sembang. Penat sembang...aku pi mandi before solat isyak and tidur.
Pendek kata malam tu..supposed to be the best night la for all Fifth Formers and indeed..walau pun ada certain part yang tak puas hati, over all aku enjoy sangat malam tu. The food was so so but the entertainment was so great! Good times...good times!
No comments:
Post a Comment