Thursday, July 15, 2004

"Nanti Nuha Dapat Adik Baru..."



Sebelum tidur malam tadi aku dapat email dari Mak Long. Mak Long bagitau dia dah tukar nombor cellphone dia. Mak Long pun bagitau kat aku yang dia akan deliver baby pada bulan 9 nanti. Huwaaaaa..dah la aku tak pernah juga Nuha lagi, now Nuha dah nak dapat adik baru pulak..iskk iskk..

Hmm..lama gak aku tak bersembang dengan mak long di telefon. Dulu-dulu aku suka mainkan mak long aku kat telefon. Masa tu dia belum kawen lagi. Bila aku telefon, mesti aku cakap, "Hello, boleh saya bercakap dengan Cik Ati Kesuma? Saya buat panggilan dari Kedai Ubat Ah Seng". And then as usual, aku tak tahan gelak and pecah ketawa kat situ jugak. Mak Long pun dah biasa sangat dah dengan kelentong aku. But bila Mak Long dah kawen, kena start address dia as Puan la pulak..takkan Cik lagi. Tapi obviously, dia dah kenal sangat suara anak sedara nakal dia kat telefon ni.



Pernah dulu aku telefon Mak Long, lama dahhhhh. Waktu tu Mak Long baru balik dari UK untuk summer break. Masa tu aku nak cakap dengan Mak Ngah Suria, adik pada Mak Long. Mak Ngah Suria ni kira cam member bagi aku, member bergossip pasal sedara mara, member nak citer-citer bengong sesama. Tapi hari tu Mak Ngah takde, so Mak Long lak tetiba yang angkat. So dia tanya, "ni siapa?". "Ni anak sedara Mak Ngah Suria..tak kenal ke?". "Anak sedara? Saya ada sorang ajer anak sedara yang saya ingat selalu". "Sapa anak sedara Mak Long tu?". "Farid nama dia..". Perghhhh..bangga giler aku sebab dia ingat aku. Padahal masa tu aku jarang giler bercakap dengan dia kat telefon sebab aku selalu utus surat ajer dengan Mak Long di UK. To some people, perhaps it's the lamest thing to brag about but to me, it means a whole lot! Jarang ada orang cakap camtu kat aku..especially sedara mara.

Anyway..cerita pasal Mak Long ni..aku teringat kisah dia waktu dia study di Loughborough dulu sama-sama dengan Along. Aku selalu usha kat Mak Long, saja tanye kot-kot Along ada makwe ke time kat universiti dulu. Mak Long kata takde tapi Along ada ramai member perempuan katanya. Iskk..cenggitu ya? Mak Long kata lagi, Along pandai masak especially bab-bab bake kek ke..or bake cookies ke. Woooo..baru aku tahu lagik..

Mak Long citer gak time dia kat universiti dulu ramai orang nak masuk line dia. Aku tak heran pun, awek cun, sape tak ndak kan? Termasuklah abang pada sorang junior aku kat sekolah dulu. Mamat tu sekarang dah kawen pun dengan awek UTP nama Lolyta.

Mak Long has always been my source of inspiration. Dulu waktu Form 5 kat Alam Shah, aku lekatkan kertas kat loker aku di asrama. Elok ajer sebelah cermin muka kat loker tu. Aku tulis result SPM semua orang yang aku kenal..baik yang aku sayang and orang yang aku tak sayang. And of course la, nama Mak Long yang teratas sekali together with her result. Gambar Mak Long pun ada terlekat kat dalam loker aku. Gambar Mak Long di Teneriffe, Spain. Surat-surat yang Mak Long tulis pada aku, semuanya aku simpan elok-elok. Kalau aku rasa cam lemah semangat nak study untuk SPM, aku baca balik surat-surat dia sebab dia selalu tulis kata-kata nasihat dalam tu. Tu yang seronok baca tu!

Lepas SPM selalu aku dating ngan Mak Long kat KLCC. Maklum ler..bawah office dia ajer. Takpe..dia bayor! MUahahahaha..itu yang pentingnya. Pernah dia ajak aku lunch sesama kenkawan dia, executives of PETRONAS. Tapi aku segan ler..tak biasa ler makan reramai ngan strangers. Makan ngan sedara takpe, buruk lantak pun sedara jugak yang tahu. Kalau ada orang luar ni, paling kurang 40 kali kena kunyah, baru leh telan!

And now, aku pun dah almost nak ikut jejak langkah Mak Long. Mak Long study kat oversea, aku pun study kat oversea; in fact kami sama scholars lagi! Mak Long score big time in her study..aku pulak? Hehehehe..no comment...I'm just an average Joe..lalalala..kah kah kah! Mak Long kerja kat KLCC, aku takmo kerja kat KLCC..nak kerja kat pelantar! Wohohoho..best ape...makan sedap..hand's on experience pun dapat. Hmm..tak sabar la nak balik M'sia, tinggal lagi baper bulan ajer lagi. Nak ajak Mak Long dating kat KLCC. This time, aku belanja!

No comments: