Sunday, August 01, 2004

Mentor Kehidupan



Masa Form 1 dulu, aku diperkenalkan dengan sistem mentor-mentee. Mentor biasanya dilantik daripada kalangan cikgu-cikgu dalam kediaman masing-masing. Mentor aku masa Form 1 dulu ialah Puan Roselina. Dia mengajar kami subjek Sains untuk menengah rendah. Lawa cikgu Roselina. Baik pulak tu. Kami masa tu form 1, tak tahu apa apa lagi, jadi tak nampak sangat fungsi mentor.

Lepas tu mentor aku dari form 2 hingga form 4 ialah Ustaz Abd Rahim atau nama glamornya Rambo. Dia Penolong Ketua Guru Rumah dan juga seorang warden yang seperti biasa tidak pernah mahu memanjai students. Rambo punya suara sangat hebat. Bila dia buka mulut ajer, semua orang mengantuk. Dia pulak jenis tak suka jalan-jalan. Bila dia masuk kelas untuk sesi mentor-mentee, dia hanya akan duduk di kerusi cikgu. Dia suka sangat kerusi tu mungkin. Atau pun, dia dah lenguh kaki akibat mengejar bebudak nakal yang fly malam sebelum tu. Wallahu'alam.

Tapi masa aku Form 5 pulak, aku bertukar mentor mentee. Sistem mentor mentee pun diubah. Kalau dulu, sistem ini digunapakai secara satu guru satu batch. Sekarang ni, campur-campur batch tapi satu guru. Ambil contoh, dalam kumpulan mentor mentee ni, ada 5 orang pelajar Form 5, 5 orang pelajar Form 4 and so forth and so on. Jadilah ianya keluarga berangkai.

So mentor aku waktu Form 5 dulu ialah Cikgu Rafi Omar, cikgu Kemahiran Hidup. Dia pernah mengantoikan aku masa perhimpunan hari Isnin waktu aku Form 4 dulu sebab aku berambut panjang.

Cikgu Rafi waktu jadi mentor aku, kira not so bad la dia ni. Bapak angkat ler katakan walau pun dia muda lagi. Ada bini lawa. Hahahahaha...

Paling aku seronok time mentor mentee sebab dia jarang bercakap. Instead, dia paksa kitorang yang Form 5 la bercakap. Dia dengar. Bagus jugak. Kalau tak, aku gerenti tidur punya masa mentor dan mentee session macam zaman mentor-mentee dengan Rambo. Selain daripada aku, Khairul Ariffin aka Nawa, Hijjaz, Kamaruzzaman Kamaruddin aka Kamp dan sape ntah sorang lagi, jadi mentee Cikgu Rafi. Nawa seperti biasa buat kelakar yang teramat sangat. Aku macam biasa, serius manjang tapi gelak mengilai-ngilai bila Nawa lawak. Selambe ajer kutuk Rafi time mentor mentee. Tapi, dia sporting. Maksud aku, mentor aku lah.

Kamp seperti biasa pelawak tambahan. Aku memang tabik dengan Kamp sebab dia berjaya mengekalkan watak komedi dia dari Form 1 sampai Form 5 without fear or favor. Hijaz pulak stok-stok macam aku. Serius. Aku mungkin serius sebab aku pegang jawatan Pengawas masa tu. Seperti biasa, kalau Rafi suruh aku bercakap, aku mesti bercakap pasal, "Adik-adik kena patuhi peraturan sekolah. Toksah la nak hisap rokok ke, fly ke ape ke...". Itu aku waktu siang and depan mentor aku. Bila malam menjelma dan waktu prep malam habis, aku lah suara yang paling kuat teriak, "Woiiii..sapa nak fly malam ni? Aku nak kirim nasi pataya ni woiii!!". Hidup kena pandai berlakon.

Kemudian masa interview kerja PETRONAS di Delaware dalam bulan 4 yang lepas, aku sekali lagi menjadi manusia poyo. Ni sebab ikut nasihat Leman dan Ayam. Leman kata, "ko buat ajer macam ko nak kerja dengan PETRONAS sungguh-sungguh". Ayam kata pulak, "Ko jawap ajer soalan dia. Macam aku ari tu, diorang soal aku sampai habis angin aku nak menjawap". Adliza yang kerja dengan Human Resource PETRONAS pulak kata, ...ermm..dia kata banyak. So takleh tulis kat sini.

Temuduga PETRONAS (Aku, VP PETRONAS of HRM, GM Ammonia Plant PETRONAS)

Cik Ainun, Vice President PETRONAS of HRM : Is there anything you would like to say Farid?
Aku : Yes, in fact yes, I have something to say.
Encik Adnan, GM Ammonia Plant PETRONAS : Okay, let's hear it.
Aku : Well sir, ma'am. I wish to have a mentor like En Rahim.
Cik Ainun : You mean, Encik Rahim, the VP of Gas Business Division? How do you know him?
Aku : Yes ma'am. Well ma'am, he was the VP of HRM and he came to visit us for the past 3 years. Throughout my observation and my conversation with him as well as my peers, I found out that En Rahim can bring out the best from a person. That's why I want him to be my mentor if I am hired by PETRONAS.
Cik Ainun : I probably don't think he will be able to be your mentor since he holds a very busy position in PETRONAS. But I think he can still be your source of aspiration to succeed.
Aku : That's what exactly I have in mind ma'am. I completely understand the fact that En Rahim is very busy man. As you told us during the dinner session last night, you, En Rahim and a few others started from zero when you start to work with PETRONAS back in 1974. And now look at you. Look at En Rahim. You are on top of your career and that's where I want to be. En Rahim aspired me to be creme de la creame.

Phewww..tu dia aku keluarkan semua skill mengampu peringkat ke 7. Habis semua aku kipas dalam interview room tu.

Tapi betul, kali ni memang betul. Aku nak orang-orang yang berjaya untuk jadi mentor aku. Sebabnya diorang banyak makan garam. Diorang tahu selok belok untuk berjaya. We learn from other mistakes, that's so much economical rather than having to do all the dirty works first.

But I guess, the best mentor in my life is my own dad. Unfortunately, he has the lousiest mentee ever, who happens to be his own son; me.

No comments: