Spam E-mail
I nak share pengalaman gak biarpun ada yg boring :p.. Hmm.. yang ni berlaku masa I ikut pre-marriage course masa kat U dulu after bbrp siri ceramah.. adalah satu slot dimana kitorg kena ikut group yang dipanggil usrah untuk berbincang psl marriage ni ngan 1 speaker for each group so macam biasa.. kitorg pun ikutlah usrah ni.. dapat sorg speaker lelaki (member semua pompuan).. kategori hensemler juga hehe but of course dah kawin(waaa).
So dia ni ceritakan pengalaman dia membina rumahtangga bahagia ngan wife dia. He said.. apa yg buatkan dia saaaaaaaaaaaaaaaaaayang sangat ngan isteri dia ni dan respect her sebab wife dia ni pandai amik hati dirinya dan mentua (mak bapak suami).. sampaikan parents dia lagi mcm sygkan wife dia ni compared to him.. wife dia ni sorg doctor mmg slalu bz.. sampaikan ada night call.. but isteri dia sentiasa pastikan kebajikan suami dia terjaga..makan minum suami, wife yg sediakan.. manakala pembantu umah sediakan untuk anak-anak keperluan lainnya.. pakaian.. isteri gak yg cuba sediakan (iron and prepare for example).. pendek kata.. tugas as wife.. dia cuba mainkan even si isteri ni sibuk manjangggg Pastu kekdg wife kuar awal g keje.. Hubby dia bangun jer, wife dah takde.. tp pastu.. mesti wife dia tinggalkan notes yg melekat tu (lupa pla namanya notes tu hehe ).. kekdg hari ni lekat kat cermin so hubby jumpa masa nak shave.. takpun hari lain.. kat dlm kasut hubby yg wife dia dah sediakan.. atau dlm lipatan baju yg dah disterika..and notes ni mcm biasa berisi.. perkataan sayang dan semua words cintan2 belaka.. tu yg meruntun hati suami tu.. and bertambah sayangnya tu.. kitorg ahli usrah yg mendengar mmg ternganga jeles rasanya terhadap wife dia yang amat disayangi tu.. Mmg tinggi menggunung our speaker puji wife dia..bestnyer!
Beberapa hari after that.. course pun mmg dah habis pun baruler kitorg ahli2 usrah tahu.. sebenarnya.. wife kpd our speaker tu dah meninggal dunia 3 tahun lalu sebab accident bersama sorg lagi anak diorg. Sedihnyaaaaaaaaa! Tapi nampak our speaker redha dgn pemergiaan siisteri dan susah nak cari pengganti sampaikan masa usrah takde seorg pun boley mengagak org yang dia ceritakan ni dah meninggal. Sbb mukanya berseri2 masa bercerita pasal wifenya seolah terserlah seluruh kasihnya terhadap isterinya... Hmmmm bestnye menjadi isteri yg pemergiannya diredhai suami dan sentiasa pula diingat sampai bila2. Pasti syurga menunggu, insyaAllah.. Sesungguhnya perkahwinan itu antara satu jalan menuju ke syurga, jika dikemudi mengikut landasan sebenar. ALLAHUAKBAR!!!
Wallahua'lam..
Okay..ni aku dapat dari spam e-mail. Ishh..suka benarlah bebudak perempuan ni hantar email-email yang macam ni, tak pun yang karut marut pasal yang tu haram yang ni haram tapi takde basis. Bukannya aku tak suka, cuma banyak menda yang common sense and banyak juga yang out of sense. Buat serabut inbox aku ajer. Anyway..nak cerita sikitlah pasal citer family ni.
Aku percaya ler semua family ada kisah masing-masing. Semua family ada ragam masing-masing. Semua family ada nilai pengajarannya tersendiri.
Dalam menguruskan hal rumah ni, aku banyak tengok pada cara mak ayah uruskan rumahtangga. Aku sebagai anak hanya jadi observer, kadang-kadang active participant and kadang-kadang jadi passive participant. Sepanjang dah dekat nak 24 tahun ni, aku tengok cara papa layan mummy lainlah dari tipikal orang melayu lain. Maksud tipikal kat sini ialah cara tradisi melayu, perempuan buat kerja dia, orang laki takleh masuk campur and orang lelaki buat kerja dia and perempuan jangan masuk campur.
Papa banyak bantu mummy dari segi kerja rumah. Aku ingat lagi papa sendiri yang tolong mummy masak nasi dagang kat belakang rumah. Papa jugaklah yang masak-masak kat rumah kalau mummy tak sihat. Waktu hujung minggu, papa sinsing lengan tolong mummy basuh baju. Kalau tak basuh baju pun, papa yang bilas kain baju and sidaikan kat ampaian. Aku tak pernah dengar papa complaint kalau mummy tak buat breakfast pagi-pagi sampaikan kami satu keluarga dah terbiasa tak breakfast kat rumah. Only bila Angah dah kerja and aku dah start dapat duit sendiri, kami lah yang keluar pepagi rumah untuk beli breakfast.
Bila waktu raya dah dekat, papa sendiri yang tanya mummy nak beli kuih raya ke atau pun nak buat saja (tapi biasanya Along yang beli kuih raya - part nih Along memang terrer, takleh lawan dia). Papa yang anyam sarung ketupat nasi tu..kami adik beradik kalau tak silap aku dah dekat nak masuk 10 tahun belajar cara nak anyam ketupat dari papa, tak lulus-lulus lagi! Papa jugaklah yang jerangkan ketupat nasi tu. Langsir rumah kalau tak silap aku, ada antaranya papa yang jahitkan. Dia yang amik ukuran langsir, dia jugaklah yang jahitkan kat bilik menjahit.
Mummy lenguh badan, mummy sakit badan, mummy kena gi HUKM untuk medical check up - papa jugaklah yang bersusah payah urut mummy and amik cuti nak hantar ke HUKM. Aku pernah offer kat mummy, nak hantar mummy ke HUKM tapi mummy tak nak. Nak jugak pergi dengan papa.
Tapi aku tak pernahlah dengar papa cakap I love you ke, saya sayang awak ke, aku cinta padamu ke, kat mummy. Aku nampak papa buat ni through action dia. Aku tengok cara papa bergurau dengan mummy. Cara papa bantu mummy. Tak pernah aku tengok papa tinggikan suara dia pada mummy. Waktu papa tengah angin pun, kalau dia toleh kat mummy, suara dia still maintain. Papa berkahwin dengan mummy sejak tahun 1975. Papa pecahkan tradisi keluarga belah papa sebab kahwin dengan orang luar dari Selangor sebab adik beradik papa yang lain semuanya kahwin either dengan orang kampung sebelah atau orang dari pekan sebelah. Papa kahwin dengan orang Johor yang membesar di Kelantan.
Itu contoh teladan bagi aku. Although aku belum kahwin and belum ada family, tapi sekurang-kurang a living example sudah ada depan mata aku. Papa pernah pesan kat aku pada satu malam last year, "Kita berpasangan ni, biarlah sampai akhir hayat". Pelan ajer suara papa masa tu. Aku tersentuh juga hati bila dengar dia cakap macam tu biar pun masa tu mata aku terlekat kat computer sebab check email punya pasal.
Aku tak pernah pulak tanya kat papa kenapa papa pilih mummy..kenapa tak pilih orang lain? Sebab mak angkat aku, mama, kat SAS dulu pernah bagitau aku bila aku tanya kenapa mama pilih baba. Mama kata, "When I first saw him, I know that he would become my husband". Bila ditanya kenapa baba pilih mama, mama cuma kata, "Baba said, when he looks into my eyes, he can see love". Jadi kesimpulan yang aku dapat dari satu contoh tu, cinta atau pun rasa kasih sayang tu hadir tanpa reason yang solid. Kadang-kadang tuhan datangkan kasih sayang dan rasa kecintaan kita tanpa perlu ada sebab. Dan kemudian tuhan gerakkan hati untuk diikat kasih setia melalui ikatan akad pernikahan. Mungkin satu hari nanti bila aku dah berani nak tanya soalan-soalan personal ni, aku nak tanyalah kat papa, macam manalah papa boleh sangkut kat mummy (ermm..mummy waktu muda dulu boleh tahanlah sweet - aku tengok gambar hitam putih dulu!).
Hmm..tu lah citer pasal ayah aku. Aku nak ikut contoh papa. Tapi aku teringin camner dia layan Kak Rafidah tu, tunang Angah and teringin pulak nak tanye kat Kak Rafidah, apa pandangan dia pasal papa. Hehehe..mane tau, pandangan orang berbeda-beda. Hmm..cukuplah takat ni..nanti aku rindu pulak kat papa.
No comments:
Post a Comment