Jalan Sepi 4 : Nerd For Life
Naik Form 3 in 1995, aku start menggelabah study untuk PMR. Tuan Haji Mohd Zon, Pengetua SAS masa tu asyik bagi warning kat bebudak F3, kalau nak stay kat Alam Shah, semua orang wajib dapat 8A. Aku lagiklah makin menggelabah. Hari-hari lepas solat maghrib and on the way nak ke kelas dari surau, mesti aku berhenti duduk kejap di kerusi panjang di tepi basketball court. Kerja aku, pandang langit and tengok bintang-bintang. Hati risau gila time tu. Dalam kerisauan tu aku mula berutus surat dengan Mak Long Kesuma di UK untuk luahkan rasa gelisah aku pasal PMR. Kebetulan batch kami batch pertama eksperimen PMR paper Matematik subjektif ni. Hari-hari kena latih tubi...aku pun jadi letih tubi. Last-last lepas penat berusaha mencanak-canak, akhirnya aku berjaya gak mengutip A dalam semua subjek. Alhamdulillah, aku terus buat solat sujud syukur kat surau sekolah.
Imagine hari-hari kena pressure ngan Tuan Haji Mohd Zon, pengetua sekolah aku waktu tu lepas perhimpunan, "Kamu semua kalau tak dapat 8A, jangan harap nak stay kat sekolah tahun depan!". Bila orang tua tu cakap camtu, straight aku imagine muka mak ayah aku. Memang malu la kan..masa tu la jugak aku menyumpah-nyumpah, kenapalah aku masuk sekolah ni dari Form 1, instead patut masuk masa Form 3. Kurang lah sikit pressure, kononnya!
But taking PMR wasn't a bad thing though. Seronok pun ada...kelakar pun ada..haru pun ada. Part yang seronok and kelakar tu, aku takleh nak citer kat sini in detail aa kan pasal melibatkan status sekolah aku and its pride! Sapa-sapa yang dah tahu, diam-diam udahlah.
But one thing yang aku ingat jelas ialah masa si Chypp mintak jawapan dari aku masa paper Pendidikan Islam. Kalau tak silap aku masa tu soalan ada tanya pasal Saidina Umar Al Khattab kot. Sibuk dia cuit kerusi aku. Aku tak ingatlah pulak kalau aku bagi dia jawapan ke idak. But seingat aku, aku bagi dia tiru aku untuk a few paper la kan dalam PMR tu.
Masa PMR ajer aku bagi kat orang jawapan. Masa SPM aku tak bagi sapa-sapa lagi tiru aku.
Masa Form 3 jugak ada masa-masa yang tak baper best. Masa F3 ni jugaklah batch aku bergaduh sesama sendiri. Puncanya ramai tak puas hati dengan para pengawas yang dilantik di kalangan kami. Memang hubungan sangat teganglah waktu tu. Akhir persengketaan berlaku di padang hoki MPIK selepas kelas prep malam. Kami ramai-ramai budak F3 berkumpul di padang tu untuk tengok Yusni Khusaini aka Stone dengan Azlan Sariman aka Lan Bomba bergaduh. Stone dah bawak kayu hoki, Lan pulak asyik mengacah-acah nak pukul. Aku pulak buat dek..korang nak bergaduh, gaduh lah. Aku tak heran sebab bukan aku yang sakit, korang jugak yang sakit. Aku suka amik sikap berkecuali dalam hal gaduh-gaduh ni. Last-last Ucop suruh bawak berbincang. Alhamdulillah malam tu tak ada sapa yang kena pukul or yang memukul. Settle atas padang hoki, atas padang rumput dengan semua bersila dengar each other cakap apa menda yang tak puas hati.
Masa ni juga masa aku bereksperimen dengan kebebasan diri. Aku cuba-cuba untuk tengok wayang lepas aku dengar pengalaman kenkawan pi tengok wayang. Yelah, mak ayah aku tak ajar gi gi wayang ni. Kebetulan pulak aku ada baca dalam majalah yang Al Arqam selalu tulis tu, Al Ain, katanya sapa yang gi tengok wayang ni macam menempah tiket ke neraka. Lagi ler aku takut.
Cerita kat wayang yang tengah top masa tu citer Stargate. MaWayang yang paling dekat dengan SAS pulak kat Jalan Bukit Bintang (now dah tutup dah cinema tu). Kagumlah jugak, almaklum sajalah, aku ni macam rusa baru masuk kampung dalam bab-bab ni. Tak habis aku puji sound system dalam wayang tu..tapi hari ni kalau kita compare sound system wayang kat situ ngan yang kat KLCC nyer cinema atau pun yang kat Midvalley, memang sah-sah sayur ler. Sejak daripada tu ler bermula career aku as moviegoers.
Sebetulnya, aku memang malas sangat nak keluar dari sekolah melainkan untuk balik rumah or untuk makan kat luar waktu keluar bandar. Hari sabtu aku banyak dihabiskan either study, buat homework, tidur or tunggu papa ngan mummy datang visit aku. Hmm...mak ayah aku start rajin datang visit aku kat SAS masa aku Form 3 ler. Agaknya risau tengok anak jantan dia malas nak belajar kot. Takpe, diorang datang mesti bawak nasik dari rumah. Sedap juga la melantak nasi rumah kalau compare dengan nasi kawah dewan makan tu (iskkk..aku rindu nasi kawahhhhhh!!).
Basically hidup masa Form 3 adalah rutin. Pagi pergi ke kelas, and petang ada
No comments:
Post a Comment