Sunday, May 30, 2004

Subuh Hari di State College

Alhamdulillah terjaga awal aku hari ni. Maybe sebab aku dapat tidur lena - konon nak kata jogging malam tadi berkesanlah kiranya...ada impact pada sistem rehat badan aku ni. Anyhow, aku terjaga elok ajer dalam awal waktu subuh. Tak bertangguh (tipu ajer nih) aku bangkit untuk kerjakan solat subuh.

Sekarang ni dah jadi satu tabiat untuk aku laungkan azan dalam bilik sendiri untuk mulakan solat. Amik effort sendiri untuk tunaikan sunat rawatib lepas tu and sekali lagi iqamah untuk tunaikan solat subuh. Selesai solat subuh, cuba-cuba tenangkan hati dengan baca Quran. Baca Quran ni, memang ada kuasa ajaib la kiranya bagi aku. Everytime hati resah, everytime hati rasa kurang tenteram, memang nak ajer cari Quran baca. Yang ni memang biasa dibuat waktu kat Alam Shah dulu. Ye lah, dulu tak tenteram sebab asyik risau pasal PMR and SPM. And now tak tenteram pasal nak menghabiskan degree ni. Lagi satu faedahnya baca Quran ni, kalau tak silap aku lah..ni kata Ustaz Nordin time aku kat sekolah dulu. Dia kata, kalau kita sedekahkan ayat-ayat Quran pada orang-orang yang kita rindukan tu, insya Allah rindu kita tu akan rasa berkurangan and terkawal sikit. Aku rindu kat orang? Hehehehe...syyyy..aku rindu kat semua kenkawan aku!

Selesai berdoa..aku baca doa..sepotong doa yang aku lama belajar dulu dari buku panduan solat sunat. "Ya Allah, sekiranya dia itu baik bagi urusanku, baik bagi urusan keluargaku dan juga baik bagi urusan agamaku, maka dekatkanlah hatinya bagiku dan dekatkanlah hatiku baginya. Sekiranya dia tidak membawa apa-apa manfaat bagi urusanku, urusan keluargaku dan juga urusan agamaku, maka Kau palingkanlah hatinya dari ku dan Kau palingkanlah hatiku daripadanya. Jauhkanlah hati aku daripadanya dan jauhkanlah hatinya daripadaku."

Berita Gembira, Tahniah Diucapkan



Kawan aku, Abdullah Sallehudin Abdullah Salim, waktu di Alam Shah dulu insya Allah akan melangsungkan majlis pertunangann dengan kekasih hatinya, Sunarni Maulan dalam minggu depan rasanya. Penantian selama 14 tahun akhirnya akan tamat juga. Majlis pertunangan ni hanya selangkah saja dari majlis walimah.

Seronok raikan berita kawan, berita sendiri tak pasti. Keh keh keh...

Aku pasti Dolah akan jadi tunang yang baik. Aku kenal Dolah sejak dari zaman sekolah. Dia ni memang amat-amat hormatkan perempuan. And dia juga amat-amatlah suka kat Arni sejak dari sekolah rendah. Tambah-tambah lagi mak Dolah pun memang berkenan sangat dengan Arni. Haa elok sangatlah tu..jaga-jagalah diri masing-masing waktu bertunang..apa-apa hal pun diselesaikan bersama. Aku doakan kawan aku ni bahagianya sampai kahwin and sampai akhir hayatlah berdua..:).

No comments: