Saturday, May 15, 2004

Pengalaman Baru

Hehehehe..setelah beberapa tahun aku dah tak menggunting rambut...petang tadi aku dah try gunting rambut sorang junior aku kat sini. Hahahahha..bukan ape, last sekali aku gunting rambut pun masa aku F2 kot. Masa tu aku tala rambut si Hijjaz tu. Siannnn Hijjaz, tapi rambut dia okay apa nak gunting. Tak susah sangat. Tapi rambut junior aku yang seorang ni, ya Allah tebal satu hal, lepas tu aku tak gunting rambut dia dari mula. Dia mintak aku betulkan...so kita buatlah sekadar yang termampu. At least, tak nampak la tobek sangat kan..hahahaha..tu yang penting tuh!

Cakap pasal gunting rambut, aku time kat sekolah dulu selalu mintak aku punya junior gunting rambut aku. Upahnya seringgit ajer. Tak mahal. Tak pun, upah ajer dengan sebiji burger Pak Abu. Settle. Biasa ler, waktu dulu kat sekolah, menda-menda yang tak boleh lah yang kita nak buat. Nak rambut panjang la, nak hisap rokok la, nak fly aaa..

Waktu kecik-kecik papa selalu hantar kami tiga beradik ni pergi gunting rambut kat keling gunting rambut. Selalunyer almost semua botak la kan. Dulu dulu mana gheti fashion-fashion ni. Apa orang kata, kojek style? Togel jekk kepala memasing bila balik dari kedar barber. Gi sekolah pun pakai songkok, sebab botak punya pasal. Hahhahaha..itu dulu-dulu waktu kat sekolah rendahlah kan.

Aku time kat sekolah dulu simpan gak la rambut. Tipikal laa kan. Rambut belakang potong pendek tapi rambut kat depan simpan panjang. Kalau tarik jambul tu, ade ler sampai ke bawah lubang hidung aku ni pergi nyer. Mula-mula warden tak kantoi, sampailah aku nak naik f5. Masa tu aku terkantoi dek Cikgu Rafi Omar. Adehhh..habis sialll dia potong rambut aku kat perhimpunan. Malu aahhh aku dengan mama. Mama nampak! Tapi still aku tak serik.

Bila aku naik f5 and jadi pengawas..aku tak pernah pun nak check rambut budak. Biar ler, aku pun simpan rambut, bakpe aku nak sibuk-sibukkan rambut orang lain. hehehehe..

Now bila dah besar ni, dah takde kawalan rambut ni..aku lagi selesa rambut pendek. Pernahlah juga aku simpan rambut panjang tapi aku cepat rimas. Ndak-ndak time summer panas membahang nih. Along pulak dulu waktu balik dari UK, rambut dia panjang mengurai macam pompuan. Aku kat pintu rumah terkejut tengok rambut dia. Aku selambe jekk tanya kat mummy depan along, "Eh, sejak bila kita ada kakak ni mummy?". Angah suka style botak. Aku rasa, rambut Angah ler dulu yang paling lawa antara kami bertiga sebab rambut Angah lurus macam rambut orang cina. Rambut Along kerinting sket, rambut aku agak wavy pulak. Mujur tak nampak cam orang asli!

Aku ada dua tempat barber shop favourite kat State College ni. Satu di S Pugh Street, kedai gunting Uncle Phil. Murah ajer bayarannya, dalam 9 dollar gitu. Uncle Phil orang lama kat area sini. So sambil gunting rambut, sambil sembang. Lagi satu salon kat East Calder Way. Aku suka gunting rambut dengan auntie ni sebab dia siap shampoo sekali rambut aku. Sambil shampoo, sambil dia urut kepala. Perghhhhh..itu yang masyuk tu. Part kepala kena urut. Tapi bayar mahal ler kan, 20 dollar. All in all, tak kisahlah asalkan rambut aku pendek.

So, sapa lagi mahu kepala dia kena tarah ngan aku? Meh sini meh sini..free of charge!! Pro bono ajer...

No comments: