Hari ni aku sempat bangun awal..tunaikan solat subuh and teruskan dengan bacaan Quran. Masih lagi merangkak nak hafazkan surah Al Mulk..hehhe..nampak sangat hati tu tak bersih, ye dak? Dari 30 ayat tu, aku dapat hafaz 10 ayat ajer...struggle..struggle!!
Kemudian lepas tu aku saja saja ajelah surfing net, tengok blog-blog orang. Sekali terkantoi satu blog budak Hizbi..well bukan Hizbi lagi dah, tapi ex-Hizbi sebab dia dah kembali ke M'sia. Aku kenal dia pun waktu aku pergi program Winter Gathering Hizbi di Scotland dalam tahun 2002 dulu, program yang mengisytiharkan aku sebagai anti kerajaan. Kemudian aku visit lagi rumah dia waktu aku di London sekejap sebabnya bebudak rumah dia semuanya sahabat-sahabat jemaah Hizbi. He he he...citer pasal ni, habis semua sahabat kat London sana tau dahhh..diorang pun dah sedia maklum dengan nasib aku. Alhamdulillah, sokongan moral yang korang bagi..memang sangatlah best! Bestnyer hidup berjemaah ni (aisey..tune poyo dah aku).
"..Satu lagi yg best utk yg baru bergelar suami ni, rasa perlunya kita utk bertanggungjawab tu makin menebal dalam hati..so kita start plan finance, perancangan masa depan, rumah, makanan, nafqah dan sebagainya. Ia menjadikan kita lebih matang utk menghadapi masa hadapan, which in turn helps us dalam kehidupan kita kat dunia ni..dan menggalakkan kita menentukan hala tuju hidup bukan setakat hidup kita sendiri malahan hidup isteri kita, anak2 kita dan keluarga kita berlandaskan syari'at ALlah. Produktiviti kerja pun insyaALlah semakin meningkat dan teratur. Ish..nak citer satu2 fadilat perkahwinan ni sampai nak honeymoon pun tak abis lagi . Yg paling penting sekali, ingat balik apa niat kita berkahwin tu. Andainya niat kita utk mendekatkan diri kepada ALlah, insyaALlah itu lah yg kita akan dapat disamping pelbagai nikmat lagi dari ALlah...mana tak syok..ye tak.."
Anyway, rupa-rupanya dia ni dah pun diijabkabulkan dengan muslimah pilihan dia. Bila baca catatan kat blog dia...mak aih..bunyi macam bahagia sangat beb. Dia kata kat situ, tak pernah dating, tak pernah jumpa, cuma kenal melalui perantaraan. Dalam erti kata yang lain, melalui Unit Baitul Muslim. Ni mesti jemaah Hizbi yang bantu ni, mesti punya lah. And sekali lagi buat aku teringat kat Aini sebab dia kahwin dengan Abang Yusuf dia tu, tak ada tangguh-tangguh and tak ada dating-dating ni.
Bila dia sebutkan pasal perancangan tu..aku teringat balik bila aku join program MISNA waktu aku sophomore dulu di Purdue. Pesan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Dr. Syukri dari UKM bicara tentang Baitul Muslim - keluarga Islam. Diorang kata, yang paling penting selepas diakadnikahkan ialah perancangan selepas perkahwinan. Bukannya yang dibicarakan itu tentang honeymoon, lokasi honeymoon atau pun berapa hari mahu honeymoon, tapi pada perancangan yang lebih menyeluruh. Make sure semua pihak clear dengan peranan masing-masing dan tanggungjawab masing-masing. Make sure perancangan ekonomi dirancang supaya tak timbul soal selisih di kemudian hari. Aku masa tu boleh angguk-angguk ajer la sebabnya kita ni tak ada isteri, apatah lagi family. So tak boleh nak mengiyakan atau pun menafikan. Kena tunggu bila aku dah bina baitul muslim aku sendiri..baru boleh cakap. Orang muda untuk bicara soal perkahwinan dan soal membina keluarga takkan sama dengan orang yang sudah ada rumahtangga dan faham sepak terajangnya dalam berkeluarga ni.
Apa-apa pun..hati rasa tersentuh lah bila tengok mamat ni dah dirikan rumahtangga. Bukannya timbul rasa nak kahwin macam dia juga (ade gak tuh..cuma tak ndak ngaku ajer..hahahaha), cuma rasa rendah diri dengan niat dia bila dirikan rumahtangga and juga kaedah dia menuju alam rumahtangga. Itulah, bila hubungan tu kita pelihara dari perkara-perkara yang mungkar, memang hati rasa sejuk dan bahagia sebab Allah campakkan rasa mawaddah wa rahmah tu.
ayat 21 surah Arrum (QS. 30:21) yang berbunyi (terjemahannya), Dan diantara tanda-tanda kekuasanNya ialah Dia (Allah) telah menciptakan untukmu "isteri-isteri" dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Aisey..ni kena tanam azam ni tinggi-tinggi..mahu jadi macam mamat ni. Soalan untuk ketua UBM RPI, Abg Zaid bila nak kahwin ni? Hahahahahaha...
P/S: Zaid, aku dah paham dah maksud thiqah yang ko selalu sebut tu..hehehehe..baca ni, "Syeikh al-Kailani meringkaskan sifat-sifat pendakwah dan syarat-syarat untuk mendapat perakuan thiqah di dalam satu sifat yang padat; iaitu sifat tajarrud yang sempurna dan melibatkan diri secara total ke dalam dakwah. Dengan demikian, da'i itu akan lupakan kepentingan dirinya. Tumpuannya hanyalah kepada orang yang diserunya dan hanya menuturkan perkataan yang memberi kebaikan kepada mad’u. Dunia da'i pula adalah luas tanpa had, tanpa perniagaan, tiada hawa nafsu dan tiada mengejar pangkat. Semua itu tiada dalam dunianya. Yang ada di dalam dunia da'i hanyalah para mad'u yang didakwahnya. Itulah perniagaannya, keenakannya dan pangkat kebesarannya."
No comments:
Post a Comment