Kawan-kawan,
Rasanya terlalu banyak aku berangan-angan di sini. Terlalu banyak omong-omong yang aku suarakan di sini hinggakan aku takut kalau-kalau omongan aku membuatkan aku rasa khayal dengan diri sendiri. Bila terlalu banyak berangan, maka hati aku jadi lemah. Dan bila mana waktu tu tiba, aku takut kalau aku tersungkur and tak ada sapa nak bantu aku bangkit semula.
Angan angan yang aku simpan; mahu jadi anak terbaik, mahu jadi hamba tuhan yang terbaik, mahu jadi bapa/suami yang terbaik dan mahu jadi teman yang terbaik bagi semua kawan aku...apakah terlaksana? Entahlah, aku belum buat check list lagi...terlalu banyak benda yang nak dikejarkan dalam hidup. Umur dah hampir 24, sedikit lagi akan jadi 25 - suku abad hidup di sini. 5 tahun di bumi Amerika. Apa yang aku dapat?
Soalan yang paling penting, apa yang aku dah sumbangkan..samada untuk diri sendiri, untuk ibu dan ayah di rumah, untuk adik beradik...lebih jauh lagi, untuk komuniti sekeliling dan untuk jemaah aku. Soal sumbangan untuk negara, aku tolak ke tepi sebab aku tolak barisan pemimpin yang ada sekarang. At this moment aku memang serius shit rasa usaha yang aku buat ni, jauh sebenarnya dari bernada serius. Semuanya banyak main. Banyak main-main. Leka di sana sini. Banyak cakap tapi action takde. Habis kuat berdegar-degar di ruangan dapur apartment, tak pun bersembang dengan kawan-kawan di Dunkit Donut yang tutup pukul 12 tengah malam, tak pun habiskan masa borak di messenger.
Malas perkataan utama dalam kamus kehidupan aku. Hari-hari aku berperang dengan rasa malas. Hari hari aku kena berjihad lawan hawa nafsu malas ni. Sampai lelah, last-last ikut jugalah rasa malas tu. Nafsu kebendaan toksah kata la, nak tu nak ni, nak beli tu nak beli ni. Usha awek sana usha awek sini, ..cuci mata sini cuci mata sana. Sebelum tidur datang pulak rasa takut, rasa cuak..kalau kalau mati tak sempat mintak ampun kat tuhan. Kalau mati tak sempat bayar balik hutang aku pada PETRONAS...kalau mati tak sempat nak mengundi atau pun jadi apa yang aku cita-citakan.
Akhirnya, perkataan terbaik sekali yang nak dicakapkan - ENTAHLAH....
Sudah cukupkah aku jadi manusia pada hari ini?
No comments:
Post a Comment