Wednesday, May 12, 2004

Jom Menyanyi...

Heheheh..aku suke laa sesangat menyanyi although aku tahu suara aku ni, sedap sket jekk dari suara cengkerik tuh. But aku tak kisah, aku tahu aku puas dapat menyanyi. Tapi bukan menyanyi depan orang laa..nyanyi sorang-sorang layan blues kat bilik ke..masa tengah mandi ke (hahahahahah...)..masa tengah jalan sorang-sorang ke nak gi library/Fenske Lab/ campus...masa tengah memasak ke..time masak tu buruk sket laa..sebab siap nari-nari depan kuali panas..silap ari bulan ade budak mati tersimbah minyak panas karang..

Anyway..sapa pernah dengar lagu ni?

"Tiada lagi..seruling senja mendayu,
Tiada lagi gelak ketawa bersama...
Bila sepi mengusik hati, semuanya kini dalam kenangan.
Tiba di persimpangan jalan terpisah jauh,
Teman dan sahabat taulan dalam ingatan."


Haa..tu lagu farewell masa aku darjah 6 kat Sekolah Rendah Taman Tasik. Aku ingat lagik cikgu muzik aku yang best, Miss Caroline Woods, dia main gitar and iring lagu ni. Best lagu ni cumanya aku tak ingat lirik lagunyer pepenuh..yang tu pun ingat-ingat lupa jekk.

Haa..ade sape sape layan lagu KRU tak?

"Dulu kita terpaksa
Akur dan mengalah kepada situasi
Segalanya suratan pedihnya ditelan

Dipisahkan lautan
Hilanglah khabar daku mengubah haluan
Walaupun daku sedar dan tahu
Tiada wanita di dunia setanding mu.." - Dua, KRU


Hehehe..tu lagu Dua. Rajin siot aku layan feelong dengan lagu ni. Kalau tak silap, lagu ni femes masa aku form 3 gitu kot. Bebudak batch aku tengah sakan syiok layan lagu KRU. Masa tu lagu femes KRU were Apa Saja, Dua, Mengerti..ape ntah lagi! Ada sekali tu balik dari kursus motivasi pejadah ntah kat ITM Shah Alam, waktu on Federal Highway, bebudak memekak nyanyi lagu KRU time dalam bas SAS. Lepas tu nyanyi over over lak gayanyer kat tepi tingkap..sambil usha akak-akak lawa yang trap dalam traffic jam. Hahahaha..bodoh betul nyer perangai kitorang time sekolah dulu!!

"Untukmu kasih, Ku cuba meraih
Bintang di angkasa, Walau tak terdaya kan ku ikhtiar
Untukmu kasih, Gembira bersedih
Selagi ku bernyawa
Untukmu kasih, ku korban apa saja.."- Apa Saja, KRU


Well..aku layan jugak lagu oldies macam lagu mendiang Broery Marantika..lagu dia memang evergreen. First time aku dengar lagu dia masa aku form 1, waktu tu cikgu Selamon Kosren, cikgu Kemahiran Hidup kat sekolah aku, nyanyi lagu Widuri dengan diiringi piano played by form 5 waktu Malam Penutup Orientasi Form 1. Perghhh..masyuk sehh dengar suara cikgu Selamon. Best betul!

"Berhembus angin malam, Mencengkam menghempas
Membelai wajah aku, Itulah kenangan yang terakhir darimu

Kudekati dirimu kau diam, Tersungging senyuman di bibirmu
Itulah senyuman yang terakhir darimu..." - Angin Malam, Broery Marantika


Hmmm...ape lagik ek. Oh, sapa pernah dengar nama kumpulan Medicine? Hehehe..ni tahun early 90s ni punya rock band. Aku tahu Angah suka group ni. Aku pun suka gak although time tu aku kecik lagik..biasa ler, terikut-ikut ngan abang (tapi aku takde la terikut giler Angah kat Siti Nurhaliza tuhhh).

"Sayangku, kau pergi...tinggal ku terus menanti,
Di rimba cintaku, kasihmu terus abadi,
Ku pasti.." - Rimba Cinta, Medicine


Memanglah betul mostly orang melayu suka nyanyi pasal cinta jekk..takde menda lain. Yang pelik sket maybe dengan Zainal Headwind, M Nasir, Pak Pandir, SM Salim...diorang nyanyi lagu itu ada pelik sket la. Tak mostly revolve around putus cinta lah, baru nak bercinta laa..cinta tak bertali gantung atau mati kat tali gantung la..Even nasyid sekarang ni pun banyak pasal cinta..memang la boring amat sehh..tapi kalau dah melodi sedap, aku layan ajer.

Ada banyak menda sebenarnya yang buatkan aku teringat pasal lagu-lagu ni. Mainly sebab aku suka associate lagu ni dengan situasi semasa time tu. Amik contoh lagu-lagu KRU..femes time aku F3, ada PMR. Kemudian lagu Broery Marantika sebab cikgu Selamon nyanyi. Oh...lagu P Ramle pun ada gak aku ingat sebab teringat waktu Foncho (Alfian Md Nor) duet dengan cikgu Rosni waktu Malam Perpisahan F5 kat banquet hotel (arghhh..siot laa..apsal SAS takde prom nite? He he he he...).

Tapi apa apa pun...aku nak tujukan lagu ni khas untuk mak aku. Special untuk dia..although Mom's Day dah lepas kan..

Jangan dititiskan air matamu
Tak usah keliru, tiada menentu
Ada sinar di wajahmu...
Ada syurga di hujung jarimu...
Damai sungguh hati
Kau penawar di kala sunyi
Ratu hati ibu!


Hentikan renungan jauh ke sayup
Hilang tanpamu...bukan kau tak tahu.
Nak kucium kan kupeluk lari kepadamu
Sayang sungguh ibu!


Tak mungkin jemu, tak bisa luntur
semenjak lahir lagi.
Jika tak pernah kunyatakan
Ibu, dengar ini lagu....

Lupakan segala sengketa lalu,
Maafkan diriku....
Memang ku tak tahu....
Ibu mummy, mama ummi..hingga akhir nanti
Pintaku jangan bersedih
usah gusar lagi
Kasihmu abadi untuk di dalam hati
Doaku jangan kau pergi dulu.

Ibu.....- Ratu Hati, Innuendo

No comments: