Thursday, May 27, 2004

As Requested For A Friend



Aku Yang Degil

Quite recently, ada a few moments dalam hidup aku ni aku rasakan macam dejavu. Dejavu sebab aku berdepan dengan situasi yang hampir sama. Sekali lagi kata-kata dari Caza dulu menerjah masuk dalam otak aku, "Lang, ko dah tahu akibat perbuatan ko, tapi ko amik jugak jalan tu. Ko degil Lang!". Kak Lisa pun cakap macam tu..ermm.dia tak cakap aku degil lah..dia kata yes or no ajer..and I respect her answer (orang kerja professional councillor ni kena tabik skettt). Hmm..actually dia bagitau aku in the softest tone yang aku pernah terima dari orang. And of course aku teringat balik email dari Aini dulu.

Agaknya aku ni jenis memang tak makan saman. Aku tak pernah serik and aku takkan mengalah selagi aku belum cuba. Aku telah mulakan dengan cara yang baik dan insya Allah aku akan akhiri dengan cara yang paling baik. Tak kiralah penghujungnya akan menyebelahi aku atau pun tak..yang penting aku akan tamatkan. Only time will tell.

Tergoda aku untuk berfikir
Dia yang tercinta..
Mengapa lama telah lama tak nampak
Dirimu di sini,
Jangankan ingin kutersenyum..
Tiada ghairah
Kuingin selalu bersamamu..
Kini kuresah, diriku lemah tanpamu.
Gapai semua jemariku, rangkul aku dalam bahagiamu
Kuingin bersama berdua, selamanya!

Jika ku buka mata ini
Kuingin selalu ada dirimu..dalam kelemahan hati ini
bersamamu.
Aku tegar.


Aku semalam tak dapat nak berfikir dengan betul sebenarnya. Berdebar-debar. Orang kata, tak keruan. Circuit EE 305 yang aku dok belek dari tengah malam tadi nampak macam cacing-cacing yang mati kering. Now aku paham apa yang Kamek rasa masa dia blah tinggalkan Troy time nak attend pre-interview kat Washington DC dulu. Kesian Kamek..Kamek rindu kat Nadiah ek? Hehehe..leks bro..gua paham camner lu rasa..sebab gua pun tengah rindukan orang. Gua tak mahu cakap sapa..yang pastinya gua tak rindukan Siti Nurhaliza atau pun Misha Omar, atau pun Natalie Portman sekali pun.

Sesekali angan-angan nakal aku datang. Nakal bukan sebab apa..nakal sebab 'debar' nak menggatal datang. Menggatal cari 'teman yang abadi'. Mencari teman yang aku bakal peluk cium sebelum tidur dan peluk cium selepas bangun pagi (atau pun peluk cium semasa tidur). Terbayang segala macam angan-angan aku; mahu berikan good nite kiss sebelum tidur, morning kiss waktu baru bangkit dari tidur, mahu buat kerja rumah sama-sama, mahu tengok movie di TV sama-sama, mahu bermesra di dapur waktu memasak. Ah, pendek kata segalanya mahu bersama. Penat lelah bekerja hilang bila balik ke rumah bersama dia, hati yang tak tenang jadi tenang bila bersama dia, resah dia aku mahu kongsi, resah aku mahu diceritakan padanya, kesenangan aku jadi milik kami bersama, kesenangan dia aku akan raikan sebaik mungkin. Pergh..kalau nak citer, memang sampai expired PC ni, gerenti tak habis punya!

Dalam Quran kata, sebaik-baik lelaki ialah lelaki yang melembutkan suaranya pada isteri dan anak-anaknya. Itulah panduan aku. Suara tak perlu tinggi pada ahli keluarga. Papa pun kadang-kadang marah juga pada mummy kalau mummy tengking kami anak beranak. Macam tu lah aku mahu jadi. Selembut suara, semesra hati untuk komunikasi dengan ahli keluarga aku sendiri. Tegas perlu ada tempatnya..had untuk menjadi serius perlu juga diletakkan sebaik mungkin. Hati isteri yang degil mesti diatasi dengan rasa kasih sayang, bukannya kita lawan dengan suara keras ibarat kaldai. Mesti lagi tambah muncungnya. Nanti bukan datang rasa hormat lagi, datang rasa menyampah ade ler. Dan tentu yang terasa hati balik, kitalah..siapa lagi?

Yang kita cuma mampu lakukan sekarang, jangan berputus asa doa pada Dia untuk dikurniakan 'teman' yang sanggup bersama kita di kala susah dan senang, yang menarik kita lagi dekat pada Dia dan yang menjaga kehormatan diri kita dan keluarga kita.

Tak apa, tiap peristiwa dalam hidup kita tu, tuhan dah bentukkan jalannya ke arah pencarian teman itu. Cuma bersabar, pupuk rasa sabar dan didik rasa sabar tu. So, sabarlah ya Alang? Sabarlah dalam mencari 'dia yang di sana'.

Bonda Azya, Mummy & Mama

Aku suka sangat baca blog mak Azya. Aku bahasakan mak azya as auntie saja. Auntie IT? Barangkali ya..mungkin disebabkan gesaan anak-anak yang mahu mudah berkomunikasi dengan mak. Seeloknya aku bahasakan dia sebagai makcik, rasanya bagi aku lebih mesra sebab aku agak kekampungan bila berbasa-basi dengan orang-orang tua. Kalau nak beruncle auntie ni..aku rasa janggal, seakan terlekat tulang ikan kat tekak ni. Sedangkan Datin Seri Wan Azizah pun aku bahasakan dia Makcik Wan, inikan pulak bonda Azya. Tapi tak bermakna kurang pulak rasa hormat aku padanya.

Baru-baru ni mak Azya tuliskan satu entry berkenaan kisah dia dan suaminya. Ahh..sangat romantis sekali! Terasa sangat lembut sekali hati budi mak Azya. Aku rasa Azya sure bersyukur sangat-sangat dapat mak yang macam tu..tak dinafikan aku pun kadang-kadang rasa jealous juga bila tengok mak Azya tulis macam-macam di blognya. Bukan apa, aku teringin sangat nak tahu apa yang ada lama fikiran Puan Rohani Hj Hassan (mummy aku). Apa yang dia fikirkan pasal aku? Apa yang dia selalu fikirkan pasal papa? Atau, apa yang dia fikirkan pasal masa depan aku?

Anak makkah aku kalau aku selalu nak tahu apa yang ada dalam fikiran mak aku? Anak makkah aku kalau aku ni selalu menangkan mak aku, walau pun kehendak aku sendiri terpaksa aku korbankan? Mungkin juga, kot. Period. Hati aku mudah tersentuh kalau bicara soal mummy. Lagi-lagi bila telinga aku dijadikan kaunter pengaduan oleh mummy. Aku tertanya-tanya, apakah mummy selalu mengadu hal yang serupa ini dengan Angah? Atau pun Angah tak pernah ambil pusing untuk bertanya pada mummy, Along apatah lagi! Hanya aku yang gatal mulut selalu tanya perihal adik beradik pada mummy.

Diherdik, dirembat, dilibas, ditengking, dileter. Itulah yang aku selalu dapat dari mummy waktu kecik-kecik. Itulah yang aku ingat sampai ke hari ini. Setiap kata-kata dari mulut mummy lekat kuat di ingatan aku. Tapi aku tak salahkan mummy. Bila usia kita makin meningkat, makin kita fahami tekanan hidup orang-orang tua. Cumanya aku kesal, aku tak mampu buat apa-apa untuk bantu mak aku. Makin kita meniti usia ni kan, makin menebal pulak sayang aku pada mummy dan papa. Aku kena tunjukkan ke sayang aku? Entah..macam aku pernah tulis dalam blog ni..aku tak pernah sekali pun cakap sayang pada mummy, sebab aku malu, sebab aku tak pernah diasuh begitu. Teringat pada Acap, yang tak segan cakap, "Saya sayang mak!", depan aku kat rumah dia sendiri waktu bersantai dengan keluarganya.

Berbeda dengan Puan Norashikin Zainuddin (mama aku). Mama mudah sekali bercakap dengan aku tentang apa yang dia fikirkan. Kalau nak dikira, mama bukanlah mak sedarah sedaging. Setakat mak angkat waktu di sekolah dulu. Tapi dia ringan mulut untuk ceritakan apa yang terbuku dalam hati dia. Lagi-lagi kalau hanya aku berdua saja. Aku pun tak pernah segan nak mengadu pada mama tentang macam-macam. Tentang soal hati...soal pelajaran...soal kehidupan sosial aku. Mungkin mama tak berfikiran macam mummy. Mama berpelajaran tinggi, punya Masters dari Amerika. Dia memang diasuh untuk berfikiran begitu. Mummy pulak lebih reserve, lebih mendiamkan diri dan cuma sekali sekala ajer suarakan pendapat dia. Kebanyakan pendapatnya disuarakan pada papa saja..pada kami, lebih banyak bergurau atau berseloroh ajer (itu pun lepas kami tiga beradik lelaki dah lepas umur 20an).

Alangkah seronoknya kalau aku mampu baca fikiran mummy aku..kalau aku dapat baca fikiran mama aku. Umur aku hanya semakin menaik...usia diorang hanya akan mendekati mati. Bila aku dapat balas jasa kedua-dua mereka? Allah jua yang Maha Mengetahui.

Ayed sayang mummy...ayed sayang mama juga.

No comments: