Thursday, May 13, 2004

Apa kita mengikut mazhab secara membabi buta?

Rasanya memang betullah kita menurut mazhab secara membabi-buta. Dah la membabi buta, lepas tu fanatik pulak tu. Tolak mazhab lain atau pun memandang mazhab lain secara jelek. Sedangkan kita sendiri tak tahu benar mazhab kita, atau pun validity of our madhaab.

Secara umumnya ada 4 mazhab yang dikatakan tergolong dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Keempat-empat mazhab ini ialah dari penjelasan fiqh Imam Malik, Imam Ahmad Hanbal, Imam Abu Hanifah dan Imam Syafi'e. Yang hanya berbeda dalam keempat-empat mazhab ini ialah penjelasan fiqh yang khilaf, sebagai contohnya cara-cara mengerjakan solat, cara-cara berwudhuk dan hal-hal yang bersifat fizikal dalam ibadah. Selain daripada itu, kesemuanya punya akidah yang sama, La Ilahaillah Muhammadurrasulullah.

Memetik kata-kata Imam Hj. Mihad dalam novel "Imam" karya Abdullah Hussain berkenaan isu mazhab, "Mazhab sudah menjadi satu kenyataan di kalangan umat Islam seluruh dunia bahkan dalam hubungannya dengan ahli SUnnah Wal Jamaah bermazhab merupakan salah satu ciri pokoknya di samping memahami AL Quran dan hadis. Tak satu pun negara Islam yang kaum Musliminnya terlepas daripada mazhab bahkan Ibn Taymiyyah yang menjadi pemimpin kaum reformasi pun mengikuti mazhab Hambali. Masalah mazhab adalah masalah klasik, bukan barang baru. Sejak zaman Nabu Muhammad s.a.w baginda telah mengisyaratkan bolehnya umat Islam bermazhab. Ini dapat diambil misalnya daripada dialog baginda dengan Mu'az bin Jabal ketika akan dilantik menjadi utusan ke Yaman. Mu'az ialah orang yang diberi sebutan oleh Nabi orang yang paling mengerti tentang soal halal dan haram. Dalam dialog dengan Mu'az itu Nabi sangat gembira kerana mendengar ucapan Mu'az untuk berijtihad dan apabila ijtihad itu diikuti orang bererti telah terjadilah mazhab, mazhab Mu'az. Begitu juga dengan contoh daripada Abdullah bin Zubair yang ditunjuk oleh Nabi menjadi mufti Iraq. Nabi memberi wewenang kepada Abdullah untuk berijtihad. Cuma pada zaman Nabi itu belum muncul mazhab."

Kalau tak silap aku, Imam Syafi'e pernah berkata lebih kurang begini maksudnya - Ambil apa saja daripadanya, tapi kalau ada nas yang sahih dari Al Quran dan sunnah dan hadith rasulullah, maka tinggalkan ajarannya. Tapi kita sekarang ni dah jadi complacent, malas nak check lagi dah, so terus membabi buta bertaklid pada apa yang diajarkan di kelas-kelas agama tanpa mahu check seterusnya sumbernya. Kita sekarang ni seolah-olah meletakkan syariat itu pada keempat-empat imam tersebut, dan menjadikan imam-imam tersebut sebagai penentu syariat berbanding pada asal hukum Islam diambil iaitu Al Quran dan Sunnah dan Hadith baginda Rasulullah.

Aku di sini sendiri terdedah kepada multitude of madhaab disebabkan percampuran umat Islam dari sedunia. Ada datangnya dari Pakistan, ada pula datangnya dari India, kemudian Arab Saudi, dan seperti biasa dari Malaysia. Pada mulanya nampak agak pelik, tapi lama kelamaan menimbulkan rasa ingin tahu dan nak belajar lagi tentang perbezaan mazhab. Bukan untuk dijadikan dasar untuk 'holier than thou', tapi untuk menambahkan ilmu.

Jadi bagaimana kita?

p/s: Abdullah bin Zubair terkenal dengan 3 gelaran yang aku tak ingat. Satu cerita yang masyhur tentang Abdullah bin Zubair ialah tempoh sujudnya yang sangat lama sehinggakan burung-burung hinggap di belakangnya kerana menganggap dia itu seketul batu. By the way, Abdullah bin Zubair ini ialah anak kepada Zubair Ibn Awwam, seorang mujahid Islam yang sangat famous.

No comments: