Thursday, April 01, 2004

Two Nights of Movies & One night of Command & Conquer

Aku memang giler betul...dua malam berturut-turut aku tibai tengok movie. Malam kelmarin aku layan movie ape ntah..tak ingat aku. Semalam pulak layan movie Aladdin (walt disney cartoon) and Conspiracy Theory. Malam kelmarin layan game Command & Conquer..demm..aku rasa aku almost teraddicted la dengan game tu..giler best guna otak untuk atur strategy nak conquer orang..hehehe..aku cakap kat bebudak, "Haa..ni lah latihan jihad beb..kita kena master game ni bebetul untuk berjihad lawan musuh!!". Poyo giler aa..aku main game Ghost Recon pun, aku claim tu latihan jihad gak..sebab atur strategi perang..cam siol ajer..selambe beb..Teringat pulak kata-kata Syawal kat aku..dia punyer latihan jihad dengan bersenam atas mesin basikal tuh..dok kayuh basikal dia..nak kasik fit la katakan. Aku nyer latihan jihad depan computer..layan game..baekkkkk punyer!!

Anyway, talking about jihad..the first thing yang akan datang ke fikiran kita ialah pasal isu Palestin. Itulah yang paling sinonim dari dulu sampai sekarang. Yang pasal Maluku, Bosnia, Chechnya..tak berapa sangat. Maybe Palestin ni tanah suci bagi tiga agama; Islam, Kristian dan Yahudi. Waktu perbincangan usrah yang lepas, ada dibicarakan soal Palestin ni..apa tindakan kita as student untuk bantu our brothers and sisters di Palestin sana. Well, as usual aku berlawak ler, "Senang ajer, once ko habis study, ko tempah tiket balik..tapi bukan balik ke M'sia, balik ke Palestin untuk jadi suicide bomber. Terus syahid beb!!". Saje ajer aku berlawak..nak tengok response orang pasal suicide bomber. Anyway, of course la aku jadi serius balik and cakap..there's nothing much we can do for them in reality. Seriously! Cuba tanya diri korang masing-masing, apa yang korang dah buat untuk bantu saudara seagama kita di Palestin sana? Untuk bantu perjuangan diorang bebaskan tanahair Palestin? The most korang dan aku buat pun, just bincang..bincang...bincang...cakap..cakap..and cakap..pasal isu ni. Blame sana sini...blame Israel, Amerika, PBB. Habis kuat pun..semua negara Arab berkumpul untuk condemn orang sana-sini. Hasilnya..hampeh belako!

Aku bertanya pada ahli usrah yang lain..and pada naqib usrah jugak, pernah terpikir dak kenapa umat Islam sejak penubuhan negara haram Israel tahun 1948 sampai sekarang ni tak pernah dapat kalahkan Israel? Aku pun story la pasal umat Islam yang berperang dengan satu kerajaan yang hebat di Eropah Timur ketika itu..selama beberapa hari umat Islam berperang tapi tak menang-menang. Nak jadi cerita, khalifah waktu tu pun tahu pasal hal ni..dia pun pelik bin musykil. So khalifah sendiri berkuda dari Madinah ke tempat peperangan tu. Dia taklah pun sembur panglima perang umat Islam masa tu sebab dia tahu, dia kena lek-lek dengan diorang ni sebab diorang ni sure pancit berperang tapi tak menang-menang. Kuat sangat kota kerajaan kuffar masa tu. Sehari-semalam khalifah ni bersama-sama angkatan tentera Islam. Pada keesokan harinya dia berjumpa dengan panglima perang angkatan tentera Islam. Dia kata antara reason kenapa Allah tak berikan kemenangan pada umat Islam adalah kerana anggota-anggota tentera Islam meninggalkan amalan bersugi (siwak) dan juga meninggalkan solat malam. Jadi apa yang panglima tu buat, dia keluarkan galakan pada angkatan tenterangnya untuk sempurnakan amalan bersugi dan qiyamullail. Alhamdulillah tak lama kemudian, umat Islam dengan mudah mengalahkan umat kuffar di situ dengan berkat keizinan Allah Taala.

So kesimpulan dia...apakah kita ini sudah memenuhi pre-requisite untuk berjihad di jalan Nya? Padanlah kita susah nak menang lawan Israel sebab pasak iman dalam diri kita pun belum kuat. Sekali diserang dengan media eksploitasi awek-awek cun..bergoncang iman kat dada ni ahhh..lagi bergoncang bergegar iman kalau diselak-selak kain awek-awek dalam media. Dalam pada tu, kita perlu berstrategi. Aku pernah dengan satu kata-kata ni, kebatilan yang terancang akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak terancang. Memang betul. Kita tengok Israel dengan segala kekuatan angkatan tenteranya..macam mana kita nak kalahkan diorang? Mana perginya negara-negara Arab yang kaya raya hasil daripada minyak kurnian Allah? Semuanya kecut telo kena picit dengan Amerika. Elok ler tu, sebelah telo kena picit dengan Amerika..sebelah lagi kena picit dengan Israel. Jegil mata sket, dah terkucil kat situ. Itu pasal bumi Palestin terus-terusan diinjak-injak oleh orang Israel.

Perlu kita ingat, ada pra syarat-pra syarat yang perlu dipenuhi sebelum kita layak bergelar Hizbullah, pemuda-pemuda Allah. Tapi bila kita dapat penuhi semua pra syarat tu..maybe satu hari nanti dengan berkat keizinan Allah Rabbul Alamin, kita akan menang di sana dan kembali menakluki Palestin sebagaimana Panglima Salahuddin Al Ayyubi buat dulu. Inilah jihad yang kita perlu buat dulu, jihad mengembalikan ruh Islam dalam diri sendiri. Memang susah woo..serius shit aku cakap..memang susah tapi itulah maksud jihad, struggle to attain such perfection in ibadah khusus dan ibadah umum.

Haa..camner nak lawan musuh islam ni kalau asyik layan movie ngan main game jek..ye dak? Isk isk isk...

No comments: