Semalam Yang Tak Boleh Tidur
Arghhh..tertekan sehhh..aku takleh tidur sebab muscles betis aku menarik-narik sakitnyer. Aku blur-blur kat atas katil, padahal dah ready nak tidur. Ada ler dalam kol 2 lebey gitu..still tak boleh nak kong. Last-last aku amik keputusan untuk call rumah aku kat M'sia. Tetiba Angah yang angkat phonecall tu. Aikkk, apehal pulak kan? Bukan ke mamat ni patutnyer kerja time cenggini?
Rupa-rupanya Angah amik cuti hari ni sebab mummy patutnyer undergo an optical surgery di HUKM. Unfortunately doc cancelkan surgery tu sebab darah kencing mummy overshoot. Hmmpp...lepas tu doc kate dia akan postponekan surgery tu sampai April 21st nih. Okay-okay, this time aku kena letak dalam planner aku, April 21st is an important day. Patut ler, Along dan Angah amik cuti hari ni...papa pun amik cuti sekali sebab mummy nak undergo operation. Angah cakap kat aku yang papa dengan mummy balik Kelantan. Aikkk..lagi sekali aku pelik, apehal tetiba balik Kelantan? Ada kematian ke? Ada kenduri kahwen ke? Selalunyer balik Kelantan kalau ada important things ajer..
Rupa-rupanya Angah nak bertunang.....fuiyooo!!!! Aku cam terbangak kejap! Errr...Angah nak tunang? Ngan Kak Rafidah? Perghhh.."Kau nak tunang ni, ko dah cakap ke kat Along?", aku tanya. Angah kate udah. Hmm..ok. Aku wonder, bila lah Along nak kahwin ni. Umur dah 28 tapi still tak kahwin lagi. Kerja dah steady, senior engineer lagik tuh. Apa nak tunggu sampai jadi GM or CEO ke baru nak kahwin? Entah-entah Along gay kot? Hahahaha..aku memang tak sebulu ngan Along aku..asyik nak hentam dia ajer. Slamber wehh!
So Angah akan tunang bulan Mei nanti. Sebab tulah papa dan mummy balik ke Kelantan untuk maklumkan pada Bak (atuk aku) dan Tok Su (nenek tiri aku). Hmm..bertunang dengan high school sweetheart dia since Form 3. Haa..aku pun tak tahu dia ada high school sweetheart sampai last year aku balik M'sia. Itu pun masa aku dengan dia tengah melepak kat warung mamak kat Taman Teratai sana. Alih-alih dia bukak cerita, dia ada awek dah. Awek dari waktu sekolah sama-sama dulu. Rupa-rupanya awek dia tu, jiran si Izwan. Rumahnya sebaris dengan rumah si Mat and Izwan, member aku satu sekolah rendah. Aku citer kat Izwan, dia pun terkejut sebab family jiran sebelah dia tu set-set alim gak ahh. Angah aku stok sempoi jekk..well dah jodoh agaknyer.
Tahun ni Angah bertunang, tahun depan Angah akan berkahwin. Aku lak rasa excited sebab aku akan ada kakak ipar..wohohoho..tapi kan aku rasa cam pelik sikit lah. Aku pernah apa naik satu kereta dengan awek Angah time Angah nak hantar aku pi LRT station. Entah..orang baru dalam family..tak tahu camner nak react. Hmm..kalau dah kahwin nanti, dekat ajer ler rumah besannyer aihh. Rumah family awek dia Fasa 2, rumah aku kat Fasa 3. Elok sangat ler tuh..aku bukannya apa, tak baper gemar sangat kalau rumah mertua dekat-dekat. Entah..rasa cam tak kena ajer.
Lepas aku sembang dengan Angah, aku terus call handset papa. Rupa-rupanya papa dan mummy terus berlepas ke Kota Bharu dari Kuala Krai (kampung aku), aihh..dating dua orang nampak orang tua aku nih! Sempat ler aku tanye, kenapa tetiba balik Kelantan ni? Aku dah tahu reasonnyer, saje mengade buat-buat tak tahu. Puas cakap dengan papa, aku cakap dengan mummy pulak. Aku tanya khabar mummy, sihat ke idak..macam mana dengan kencing manis dia..darah tinggi dia..lama jugak aku sembang dengan mak aku sampai mak aku kata dah tak lenguh tangan nak pegang handset tu. Lerrr..orang lama tak cakap dengan mummy ni, iskk nak kata rindu..segan la pulak. Nanti mak aku kata aku ni buang tebiat ke ape..tetiba cakap rindu. Hahahaha..apa nak buat, ada ler dekat nak sebulan aku tak bercakap dengan mak aku ngan ayah aku. Mak aku siap buat lawak lagi pasal Angah yang nak bertunang..adeyyy..
Bila ek giliran aku? Hmm..aku tak nak kahwin awal-awal lah..itulah hajat aku. Aku nak puas hidup membujang tak ada kawalan sebenarnya..hajat nak get serious in relationship bila aku dah ada kerja steady, ada kereta, ada rumah..aku punya ilmu bab munakahat agak dah cukup lengkap sket..ilmu agama ni kasik stok kaw kaw nyer dalam dada..mungkin baru nak kahwin kot (by that time, sure aku dah dekat nak umur 30 kot?). Wallahu'alam.
Hmmm..kenkawan aku ramai dah yang dah kahwin. Member member sekolah rendah, si Onny and Ayu dah pun kahwin. Onny kahwin dengan awek Kota Bharu, awek yang dia usha time belajar kat ITM Segamat dulu, Ayu pulak kahwin dengan abang angkat dia sendiri time kat UTM dulu. Aini dan Aida dah kahwin gak..Aida kahwin ngan abang angkat dia kat MMU..keh keh keh..Aini jumpa jodoh dia dengan kawan dari web Bicaramuslim.com. Aida dah ada baby seorang, Firzanah Amni, and Aini bakal timbang baby soon in June. Bebudak SAS pulak; Acap dah lama kahwin since tahun kedua kat UMICH dengan Adliza, Aslah baru kahwin bulan 12 yang lepas, Arai baru tunang..insya Allah tahun depan kahwin dengan Gina nanti, Dolah akan tunang dengan Arni nanti.
Wah..baru rasa semalam keluar dari sekolah menengah..rasa baru semalam jadi budak-budak main-main dengan diorang ni. Alih-alih semua dah nak jadi mak ayah orang dah. Time flies man...time flies..
Gambar yang aku posted kat bawah tu, semua satu geng time sekolah rendah dulu. Memasing dah kerja dah except aku, Nadiah and Juliana. Aku kamceng dengan diorang sejak dari sekolah rendah. Faizal kutuk aku, kate aku dah sama size dengan dia..ciss..kureng kureng! Seperti biasa, mata kitorang terbelalak tengok Elina..mak aihh..lawanya dia nih! Sayangnya dia dah jadi bini orang sekarang..engineer PETRONAS beb..nama Farid gak..iskkk. Melepas Alim..kesian aku dengar cerita Alim ni. Juliana yang cakap kat aku, si Alim ni berkenan sangat dengan Elina masa jumpa balik waktu kenduri kahwin Ayu. Sekali bila Elina kahwin, Alim frust giler. Apa nak buat Lim...itu dah jadi hak orang..ko hensem, macho, stok alim, keluarga warak, gerenti mudah nak dapat calon bini. Masa majlis akad nikah Ayu kat masjid, aku dan Ahmad Shariza aka Amat pergi tengok. Aduiii..lawanyer member aku sorang ni time akad nikah. Aku ngan Amat nak balik awal sebab Amat kena pergi kursus BTN kat UIA. Tapi mak ayah Ayu tahan tak bagi balik lagi. Dia suruh kitorang makan dulu. Okaylah, makan lah dulu kan. Sambil makan, mata melilau...saja cuci mata. Kekekeke..aku dengan Amat setuju buat conclusion, kalau nak cari awek..time ni laa aihh sebab semua stok dressing cun tak ingatnya. Usha-usha gak member-member Ayu satu universiti..kekekeke..saje jek. Alah..kitorang ni cakap jekk lebey..mau usha la ape lah..belakang bila dah jumpa..kecut telo gak. Lagik-lagik Amat..masuk ni dah 3 kali dia reject permintaan junior-junior dia kat UIA nak mintak jadi girlfriend dia. Siapalah yang tak suka kat Amat ni? Hensem, tinggi tinggi gitu, sopan santun, tak banyak cakap tapi tak kurang pulak cakapnya, gigih belajar, ilmu agama penuh kat dada..uihh..aku bangga seh jadik member Amat ni sejak dari sekolah rendah lagi. Setiap kali aku balik dari US, mesti aku singgah rumah Amat and melepak kat situ. Tak pun kami lepak sama-sama atas bukit Taman Saga sambil borak and tengok pemandangan KL dari atas bukit before waktu Maghrib. Teringat pulak SMS dari Amat, "Oit perantau, bila mau pulang?". Heheheh..insya Allah beb, aku akan balik punya and kita akan lepak-lepak lagi macam biasa..macam dulu-dulu.
Juliana pernah kata kat aku yang dia segan jumpa dengan Amat. Lerr..segan amendanya. Member satu sekolah rendah sama-sama dulu. Agaknya sebab Amat stok bebaik kot..well..tak kisahlah, kita sama-sama kawan kan. Juliana antara kawan baik aku yang aku selalu keep in touch dari dulu sampai sekarang. Ayah dia dengan ayah aku satu kampung except that ayah dia tua lagi ler dari ayah aku. Mak si Ayu pernah pesan kat aku, dia suruh aku kahwin dengan Juliana. Aihh aihh..dia pulak yang memandai matchmaking kan aku ngan Julie. Takdenyer la..aku dengan kawan-kawan ni memang tak ada perasaan lah. Platonic relationship..kalau nak ikutkan rapat..memang semua aku rapat baik dari Alim sampai ler ke Juliana. Semuanya sama rata. Tapi Julie ler yang tahu lebih sket dari orang lain pasal aku. Sebab aku banyak gak share rahsia konspirasi aku ke..apa ke..dia pun sama gak share banyak menda ngan aku. Ada sekali tu, aku agak frust sket la sampai menangis tersedu-sedu kat dalam telefon cakap dengan si Juliana pasal apa ntah. Julie gak yang blur..tak tahu camner nak react...hahahaha. Aku masa tu dah tak tahu nak cakap kat sapa lagik dah. Giler babeng lama aku gayut ngan Julie, stok citer habis..dari sedey sedey jadik sampai gelak-gelak..masa tu ler aku tahu Alim berkenan kat Elina, Julie dah break up ngan Ronggeng, Yus dah jadik lawyer..bla bla bla..hmmm..seronoklah jumpa dengan member-member lama ni.
Orang lain dah pun nak masuk ke fasa seterusnya dalam kehidupan diorang. Aku bila lagi? Cita-cita aku jauh lagi..impian aku still tak dapat capai lagi. Kalau boleh nak gak cari orang yang boleh share my life goals. Tapi entah..bila dah jumpa dengan orangnya...orangnya dah pun berpunya..bila dah jumpa orang yang kita berkenan..tapi dia tak ndak pulak. Bila orang ajukan, kita pulak yang tak berkenan. Memacam ler. Well, just go with the flow ajer lah.
Now target aku satu ajer..aku nak tamatkan degree aku ni. Balik M'sia, nak kerja..nak cari duit untuk simpanan sendiri and untuk hantar mak ayah aku gi haji, nak kumpul sket harta dunia. Nak berkhidmat dengan masyarakat...nak aktif dalam usrah..nak cari balik kawan-kawan usrah (Syawal, Fazrul, Faiz, Ridwan, Acap, Lokman) time kat PPP dulu. Masih banyak tanggungjawab aku yang tak tertunai..masih banyak lagi cita-cita yang belum diraih. As Syahid Imam Hassan Al Banna pernah cakap, kita punya banyak perkara yang perlu dilakukan dalam masa yang sangat sedikit. Betul tu..terlalu banyak yang kita impikan dan citakan, terlalu sedikit masa yang ada before mati menjemput kita. Cita untuk berjasa pada mak ayah, cita-cita untuk berjasa pada diri sendiri...cita-cita untuk bina keluarga Islam..cita-cita untuk berkhidmat pada komuniti sekeliling kita...hmm..hanya masa akan mampu beritahu apakah cita-cita akan tercapai. And of course, usaha ikhlas kita.
No comments:
Post a Comment