member-member..aku, kau dan kita semua
Waktu tengah lunch tadi aku terfikir pasal hubungan aku dengan kawan-kawan. Well, orang kata ini hablumminannas, hubungan sesama manusia. Dalam erti hidup seorang muslim, kita ada 3 jenis hubungan; manusia-Tuhan, manusia-manusia dan manusia-alam. Soal hubungan manusia dengan Tuhan, itu isu akidah yang rasanya semua sekali faham. Kalau tak faham pun, buat buat faham. Tapi ramai juga yang faham tapi lupa, amik contoh aku sendiri ler. Well, tolak ke tepi kejap.
Hubungan kita manusia sesama manusia. Bila aku renung sejenak, dari aku lahir sampai aku berada kat bumi Amerika ni, aku perasan yang aku ni ada ramai kawan perempuan compare to kawan lelaki. Aku ni pimp big time ke? Tak de la plak aku rasa..but seriously aku ada ramai kawan perempuan. Kawan-kawan lelaki aku sedikit, boleh dibilang dengan jari tangan dan jari kaki ni.
Bila aku buat perbandingan, antara laki-laki dan perempuan, aku lagi selesa berkawan dengan perempuan. Haaa..kenapalah agaknya? Kawan-kawan laki-laki aku just member dari sekolah rendah yang tinggal baper kerat tuh, kawan-kawan lelaki di Alam Shah, kemudian dua tiga kerat di PPP dan seterusnya di US. Kalau aku tak bergiat dalam aktiviti jemaah di sini, lagik ler aku susah nak berkawan dengan lelaki. Mujur ada saje program-program Winter Gathering ke, STC ke, or tamrin/ISR/IFR untuk aku bercampur gaul dengan lelaki.
Member ngan lelaki memang best, ndak-ndak kalau sekepala kan. Tambah-tambah lagi lelaki sesama lelaki jarang makan ati. Kalau tak puas ati, memang straight forward ajer. Kalau rasa nak settle thru penumbuk pun, set ajer..but now dah besar, so lebih gentle settle thru diplomacy ajer. Aku dulu, waktu kat sekolah dulu, asal tak puas hati jer...mulut celupar aku memang cepat giler maki orang. Tapi aku jarang aa singsing lengan dah. Seingat aku sekali ajer aku ajak nak bertumbuk, itu pun masa aku lower form. Entah apa angin masuk dalam hati ni...mujur si Ijane tak react pulak. Kalau idak, mahu bergasak jugak dalam kelas time tuh. Agaknyer sebab tu ler kot ade a few quarters bebudak batch aku yang panggil aku Otai/gengster Bus Stand Klang...tang Bus Stand Klang tu, serious shit aku tak tahu dari mana diorang rembat ayat tuh.
Now aku dah jadi makin penyabar...makin lambat nak marah...makin tenang hati nak deal dengan menda-menda trivial.
Well..lagi satu berkawan dengan member lelaki, orang lelaki sangatlah jarang berkira. Jarang sangat berkira nak belanja ke, guna barang-barang ke..pinjam duit, pinjam sabun, pinjam ubat gigi, pinjam spender..ehh..spender idak la pinjam. Sendiri-sendiri punya! Tapi memang aku perasan laa..jarang giler berkira. Hari ni pinjam esok lusa lupa lah tu. Sama ler aku, member aku pinjam apa-apa dari aku...seminggu dua lepas tu sure aku dah lupa and tak tuntut langsung. Kira halal lah. Malah nok caro!! (cakap orang kelate).
When it comes to problem...haa..part ni memang selective giler la kalau nak cakap. Ko takleh cakap semua masalah kat member lelaki..either diorang tunjuk mercy kat ko, or diorang bantai gelakkan ko tak ingat dunia nyer! Stok-stok masalah bercinta, diorang ni pun ada yang ok and ada yang tak okay. Yang tak faham, memang seriously blur sampai ke tua la. Yang terrer bab ni pulak, bagi idea tapi semua idea dia yang tak boleh pakai. Tapi yang kelakarnya bagi aku, kita ada problem dengan golongan Hawa, tapi citer kat puak Adam, apa hal? Mana masuk beb..tak dapat..tak dapat!!
Tapi berkawan dengan perempuan pulak, ada pros and cons jugak. Aku enjoy berkawan dengan perempuan sebab diorang jarang sekali aa nak enforcekan diorang nyer value pada kita, unlike guys. Bukanlah nak kata perempuan ni jenis lembik takde influential force tapi cara diorang lebih subtle. Amik contohlah aku dengan member aku ni, namanya A. Aku ni stok pemalas giler nak makan sayur. Makan sayur ni buatkan aku teringat pada Cik Bu dan Cik Bing (lembu dan kambing la ngok!) kat kandang Tok Su. Haa..yang tu memang suka makan sayur, tapi aku bukan sekufu dengan diorang. Hehehehe..Tapi A lak takde paksa-paksa aku makan sayur sebab dia tahu aku tak makan sayur. Tapi dia selalu citer pasal sayur. Last-last aku pun tergerak hati nak makan sayur. Walau pun tak lah seaktif Cik Bu & Cik Bing makan sayur hijau tu..still aku makan sayur..jarang-jarang sket la. Kadang malu gak pi rumah orang, bila makan nasi ada lauk sayur tu..aku tolak sayur tepi-tepi pinggan. Mujurlah anak dara diorang tak nampak kan..kalau idak, malu gue!!
Haa..opposite to perangai orang laki-laki, orang perempuan ni dia punya berkira, mak aihhhh..humanghai..giler babeng la. Jarang-jarang sangat yang aku jumpa member yang tak berkira. Tapi nasib baik jugak la some of member perempuan aku yang aku kenal dan sangat rapat, diorang jenis bangsa kurang sket lah berkira. Ada sekali tu, aku borak dengan minah ni, member pinjam phonecard pun dia kira sampai sen-sen sekali masuk. Damn it! Giler berkira hatta ke sen pun masuk! Wahhhh..kagumnya aku!
Lepas tu kalau kita ada problem kan..memang senang giler nak citer kat perempuan. Tak kira lah ada problem dengan awek ke..ada problem takde awek ke...ada problem dengan studies ke..or ada problem dengan makcik jual nasi lemak kat simpang tiga tu ke...semuanya diorang layan. Penuh simpati lak tuh. Haaa..tu yang tak tahan tuh! Kalu citer kat jantan, memang sah-sah kena gelak ahh..makan asap ajer la ko kan! Kalau citer kat perempuan, diorang akan menangguk and berkerut-kerut dahi tu macam tengah pikir masalah PBB, demi keamanan dan kesejahteraan manusia sejagat. Padahal problem tu cheesy jek. Itu yang aku terfikir, alahai sweetnya diorang ni.
Tapi bila dah fikir lame-lame (buang masa jek pikir hal ni sebenarnyer..), at the end of the day, sebenarnya kawan ngan laki ke..kawan ngan perempuan ke..same ajer. Kalau member ngan laki, at least ade member ko nak ajak pi lepak minum teh tarik jauh malam buta. Kalau dengan perempuan, errmm..maybe minum teh tarik tu boleh gak aa.tapi belah petang laa kan..malam tak elok pulak!
Hmmm..tapi kalau ade member stok yang cun cun..tak kira la member laki ke member perempuan ke (okaylah..member perempuan la nih)...memang serius buat ko bangga nyer ler. Aku ada member yang agak kamceng la jugak time kat PPP dulu, si Ida. Mek T'ganu ni memang stok lawa tak ingatnya la bagi aku (tapi cam singa kalau bersilat kat gelanggang). Bagi aku, Ida ni perfect woman aaaa...kalau dia lalu depan laki-laki tu, memang toleh 3 4 kali aa..sampai sakit tengkuk nak jeling dah. Tapi aku member jek ngan dia. Everytime kalau jalan sesama dengan dia, memang aku takleh lari aa dari perasaan bangga tu...c'mon la..aku manusia biasa ok? Sape tak bangga siot..jalan ngan awek mariiii punya!! Same gak ngan aku gi Midwest last year..buat kawan dengan sorang dak perempuan ni. Boleh tahanlah lawa dia ni, bak kata Zaid kan. Ishh..rasa cam 'hinnss' la plak duduk sebelah minah tu. Pastu ada ler dua tiga kerat yang tanya aku, 'Eh bai, ko duduk ngan awek mane tu? Cun woooo!!!". Cuba kalau duduk ngan lelaki hensem..aku berani kerat jari takde sape nak tanye, "Eh bai, jambu siall mamat yg duduk sebelah ko! Apa nama dia aa?". Maybe member perempuan aku akan tanya lah kan, "Eh wak, mamat yang duduk sebelah awak tu cute/hensem/macho dsb nyer ler". Tapi tu potong stim la kan..kita ndak dengar member kita tu puji kita, belakang dia puji mamat sebelah kita. Padahal mamat kat sebelah lebih kurang same jek ngan kita, except jambul dia ada lebey sket la kan.
Haaa..coming back pasal hubungan sesame manusia ie. kawan-kawan ni. Aku perasan la..jarang giler sehh member couple dengan member. Biasanyer couple dengan orang-orang yang agak distant dengan kita. Macam aku sendiri, once aku dah label dia as member..susah aku nak break the barrier tu. Unless aku dah tangkap cintan stok tak ingatnya...itu jam la aku mengaku. No point nak selindung-selindung..cam aku berkawan dengan minah UK tu aahhh..memula member ajer..lame lame aku suka lebih dari kawan pulak. Start ler cakap dalam telepon sambil sengih-sengih, berselubung dalam sleeping bag aku..masyukk jek dengar suara dia..tersasul-sasul sebut nama minah tu bila borak ngan junior aku..asal masuk kol 7 pm jek aku cam tunggu phone call (waktu dia biasa call, sebab dah nak tengah malam kat UK tuh). Hahahahaha..bodoh giler laa weh aku rasa time tu. Padahal masa tu we were just friends jekkkk..tapi sebab aku yang ada simpan perasaan. Last-last tak menjadik sebab ada halangan la kan, from her side. Plus ada perang agak besar sket la..kurang sket dari WW2 tu. Itu ajer la sekali aku pernah break the barrier dari member yang agak rapat pada orang yang aku suka giler babeng. Tapi memang chop suwey!
Ada jugak member aku yang couple sesama sendiri and end up kawen. Itu rezeki dia la kan..dah bercinta sampai takleh berenggang berpisah, might as well kawen ajer. Lepas tu, nak tunggang nak terbalik ke..lantak ahh. Kita sama kawan-kawan pun takde ler nak berbulu sangat tengok diorang asyik nak berkepit ajer..or takde lah nak jaki sangat tengok orang lain bercinta bagai nak rak, kita pun nak terikut-ikut.
Aku pun dah tak tahu ape menda yang aku merepek ni. Apa-apa pun, aku enjoy la kawan-kawan dengan either lelaki or perempuan. Memasing ada kelebihannya la kan. Memasing pun ada kekurangannya jugak. Tapi yang aku tahu, member-member lelaki yang aku rapat sekarang ni..baik di US mahu pun di M'sia, diorang tu aku anggap cam adik beradik dah. Jentik hujung kaki, lubang idong yang kat atas pun terasa gak sakitnya. Time si Wady sakit terbakar badan dia kat Texas sane, aku rasa helpless giler tak tahu camner nak tolong. Rasa helpless tahap bancau punya laa..nak study pun takleh sebab asyik teringat ex housemate aku badan dia terbakar. Time ayah Kamek meninggal, aku pun risau, eh Kamek ni orait ke idak kat sane. Time Mat Norfadzily, member SAS aku, masuk spital time F5 dulu sebab ada barah limfa, uihhh..tak tenteram hati aku nak jawap soalan trial SPM. Bergegar-gegar aih hati ni risau punya pasal.
Apa-apa pun..aku just nak cakap kat semua member aku, baik lelaki mahu pun perempuan. Aku memang respek korang semua aaaa..memang aku rindu nak jumpa korang semua..nak sembang nak ape semua kan..tapi sekarang ni takleh la lagi. Ada banyak halangannya. Insya Allah bila aku habis belajar nanti, kalau korang kat S'wak sekali pun, aku naik belon untuk visit korang nanti! Lawan naga ke..redah sungai ke..aku sanggup buat untuk jumpa member-member.
So..moral nyer..hmm..ntah..korang pikir sendiri laa. ok?
No comments:
Post a Comment