Tuesday, April 13, 2004

Jalan Sepi 3: Alam Shah, Dunia Testosterone

Tingkatan 1, tahun azab
7 Disember 1992, aku dihantar ke sekolah elit yang jauhnya tak sampai 50 km dari rumah aku - Sekolah Alam Shah. Waktu itu Sekolah Alam Shah masih lagi di Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak, dan bukannya di Putrajaya seperti mana ianya sekarang berada. Masih lagi aku ingat waktu pertama kali aku melihat kawasan luar sekolah ini kelihatan sangat nyaman dengan pokok-pokok hijau merimbun di sepanjang Jalan Tenteram. Benar-benar suasananya sangat bertepatan dengan nama jalannya.

Budak batch aku yang first sekali jumpa was Nor Azwadi aka Toyon. Both of us parked the car right inf front of lower form academic block. Lepas tu kami ke Dewan Besar untuk registration. Aku ditempatkan di bilik 2B2 kediaman Aminudin Baki dan bergelar Amiekids and Toyon masuk kediaman Zaaba. Ketua bilik Azarul Fazrin, Penolong Ketua Bilik 1, Mohd Amin Bakri dan Penolong Ketua Bilik 2, Azmin Khairi; kesemuanya pengawas Tingkatan 4. Perasaan aku agak bercampur-campur jugaklah sebabnya itulah pertama kali aku masuk ke asrama. Aku kadang cuak jugak bila tengok senior-senior lain yang badannya besar-besar ajer. Rasanya kalau diorang pijak aku time tu, itu jam gak aku leh jadi arwah. Seingat aku, di sebelah kanan katil aku ialah Ezly Amer aka Eak dari Jitra dan di sebelah kiri aku ialah Ahmad Sobri aka Moie dari Pasir Mas, Kelantan. Bagi aku, Eak ialah seorang manusia yang paling cool dalam bilik tu. Selalu maintain cool ajer, maybe sebab dia amalkan Hikmat Ketenangan Abadi peringkat ke 7 kot. Moie lak is the other extreme, paling gelabah and paling cuak. Kejadian dia berlari tengah buta ke katil Abang Amin just because terdengar Charles berdengkur memang mengesahkan yang Moie ni memang cepat cuak.

Tahun 1993 berlalu dengan cepat sekali. Yang aku tahu, kami ni tak lebih dari hamba abdi untuk senior-senior yang lain, terutamat senior Form 5. Ada dua tiga kerat senior yang aku hormat sampai sekarang, in fact kalau aku jumpa diorang kat luar pun, aku akan panggil diorang abang. Sebagai contohnya, Abang Husyairi (or should I address him as Dr. Husyairi?) dan Abang Ungku Azlan. But the rest, I just dont give a damn. Mentor bagi kami budak-budak F1 kediaman Aminudin Baki ketika tu ialah Puan Roselina Azizan, seorang cikgu manis mengajar matapelajaran Sains Gunaan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga 3. Masa ni jugak kami kena pilih aktiviti ko kurikulum. Asalnya aku pilih nak join Kadet Bersatu (PKBM), tapi lepas sehari aku join Kadet, aku rasa bosan and terus aku quit. Memang tengah hari tu jugak aku kena maki dengan senior PKBM. Aku join pulak Kadet Pancaragam and aku stick dengan Kadet Band sampai aku keluar sekolah.

Once a Band's man, Always a Band's man
Sama-sama budak Amiekids yang turut join band waktu tu selain dari aku were Hijjaz (main trumpet) and Chypp (percussion). Ingatkan senang jek join band ni, rupanya lagi payah sebab asyik kena training sampai toncit! Hijjaz quit band by the end of F1 tak silap aku. Aku and Chypp still persevere.

Dalam Kadet Pancaragam, aku pilih untuk main tenor saxophone, although tenor sax masa tu lagi besor dari aku. Hehehehe..aku time Form 1 dulu pendek jekk...tak tinggi mana. Walaupun aku senak nak belajar rekorder time kat sekolah rendah dulu, ntah macam mana ntah aku dapat pulak master main tenor sax nih dengan penuh jayanya. Ala-ala Kenny G tu takde la kan, Kassim Selamat pun jauh sekali, tapi aku still dapat masuk dapat line untuk Battle of the Band kat VI wakili Alam Shah. Masa tu ler jugak aku terjumpa balik Mawar Suria aka Warie, kawan lama dari sekolah rendah dulu, masa tu dia dalam Pancaragam Sekolah Seri Puteri. Aku ingat nak tegur Warie, tapi segan takut kena kutuk gila-gila ngan senior sebab nak try usha budak Seri Puteri.

Drum Major yang aku paling respect masa tu ialah Zaharuddin Zakaria aka Abg Jaha. Dia baling mace drum major sampai lepas atas Stadium Bolasepak KL tu waktu Hari Sukan SAS 1993. Memang habis respek la walaupun cara dia bawak band agak palancau sket kan. 2nd Drum Major masa tu si Thohirin Mahbud, memang takde leadership langsung. Harap macho jek lebih but dia okay la dari segi personal relationship dengan anak-anak buah kat bawah dia.

Masa aku tengok band SSP beraksi di VI masa tu, aku terasa band SAS sangatlah sayur. Sayur sampai tahap kena pijak dek apek sayur Pasar Borong Selayang. That's was one of the reasons aku malu nak tegur Warie time tu, sebab band aku sayur sangat beb. So, aku tanam azam untuk majukan band diam-diam. Aku nak tengok band sekolah aku satu hari nanti sehebat band VI, band St. John, Viviekananda and Assunta PJ.

Ragging Culture
Pengalaman diragging dah jadi betah bagi kami budak-budak bilik 2B2. Setakat dilempang dan diterajang, dah jadi resam bagi aku kot. Kuli cuci baju pun pernah dah jadi biasa. Macam aku cakap tadi lah, kami ni setakat kuli hamba abdi ajer. Kalau di dewan makan pulak, kami selalunya berada di barisan belakang sekali sebab senior-senior F3 dan F2 ambil kesempatan untuk potong line. Apa nak buat, mengalah ajer lah. Kang cakap banyak kang, ada pulak kena hempuk dengan senior lain. Aku dah ler kecik, kena hempuk kang, terus jadik bantut pulak. Naya saja kat aku!

Tingkatan 2, hidup aman damai
Naik Form 2, aku, Kamp, Yus, Amirul, Parjoe dan Hijjaz diletakkan di bilik 2B3 bawah pimpinan Abg Zakhwan, pengawas Tingkatan 5 yang cool. Brader dari T'ganu ni memang banyaklah meninggalkan kesan pada sahsiah aku sebabnya cara dia treat kami ni macam kawan-kawan dan adik-adik dia, bukan macam senior-junior. Senior-senior bilik tu selain dari Abang Zakhwan (Abang Zek), Abang Hairul, Abang Syahnaz Ambar, Abang Faiz dan Abang Wan Zaidi. Abang Wan Zaidi ni asalnya dari Kelantan, slang Kelantan dia pun masih pekat sebab dia baru saja masuk ke SAS semasa dalam Tingkatan 4. Aku paling enjoy lepak dengan dia ni sebab dia suka share makanan dia dengan kitorang bebudak F2 (kebetulan bebudak F2 punya katil sebelah katil bebudak F5). Melantak sakan lah merasa kuih-muih dari Kelantan yang dia bawa. Abang Syahnaz pulak jadi tok guru Silat aku sebab dia pemegang bengkung Pelangi Merah dalam Silat Gayong. Selalu juga aku berlatih silat dengan dia waktu dalam bilik, kalau ada free time. Abang Hairul Ramli, brader paling genius dalam kelas tu. Aku ingat lagi dia masa tu dapat masuk kelas 5 Pure Science Cita, kelas paling hebatlah dalam 4 kelas, Cita, Usaha, Jaya dan Maju.

Malam Aku Kena Pukul
Pernah sekali aku ajak Abang Syahnaz ber free sparring dengan aku waktu tengah malam. Aku ingat, aku bolehlah 'makan' dia sebabnya kalau nak kira, aku sama size ajer dengan Abang Syahnaz waktu tu. Mula-mula sebelum kami start sparring tu, dia ada tanya gak kalau-kalau aku nak pakai chess pad untuk protection. Well, aku okay ajer. Abang Syahnaz lak tak pakai chess pad. Lagik sempoi mamat tuh. Bila sparring start ajer, aku pun ape lagik...macam kerbau kena lepas dalam kandang lak. Asyik nak tala ajer tapi Abang Syahnaz maintain cool. Akhirnya aku pancit sendiri sebab aku under stress dalam berlawan. Senang-senang ajer Abang Syahnaz belasah aku lepas tu without bagi aku peluang langsung untuk sentuh badan dia.

Tapi Abang Syahnaz sporting habislah..Habis kitorang sparring, dia tolong tanggalkan chess pad aku and kitorang sembang bawah kipas dengan bebudak bilik lain. Dia picit-picit and urut-urut sket badan aku. Aku respek dia sebab bagi dia, berlatih silat is berlatih silat. No hard feeling lah kalau kena pukul (aku selalu attack bawah lutut dia..walau pun sebenarnya ikut peraturan sparring tak buleh).

Abang Zek Angin
"Hoi...sapa curik stokin aku? Haa..spender aku sekali! Giler ke ape, spender orang pun nak curi ke?".
"Err..Abang Zek dah tengok kat bawah ke..mane tau kot-kot terjatuh ke", kami tanya.
Ada orang lain tanya lak," Spender Abg Zek kaler ape?".
"Kaler putih aaa..tengahari tadik aku nampak tergantung lagik kat ampaian tu!".
"Dah tengok dah..memang takde..Memang lancau aa sapa yang curik spender aku".

Aku memang serius nak gelak time tu sebab cara Abang Zek marah, tak nampak cam orang marah. Cam orang berlawak jek. Giler betul, spender pun orang nak curi ke? Bodoh giler! Abang Zek memang susah nak marah and kalau dia marah pun, dia akan cepat cool down. Aku suka tengok dia sebab dia selalu senyum and gelak-gelak. In one sense, dia banyak ajar kitorang dari segi nak handle orang-orang yang kita tak baper suka..and cara handle situation yang tak baper in our favor.

Pernah waktu kena kumpul bilik sebab brader-brader F5 2B3 tak puas hati dengan junior (F2 & F3) bilik 2B3. Masa tu Abang Zek tengah angin giler...bak kata Niza la, angin satu badan! Tapi dia tak pukul pun kitorang. Dia kawal giler diri dia dari pukul kitorang. Habis kuat pun dia tumbuk loker besi sampai berlekuk kena penumbuk Silat Cekak Ustaz Hanafi dia (imagine kalau penumbuk dia kena muka aku ni??!). Tengah-tengah Form 5 marah-marah, aku boleh pulak terkentut tak sengaja tu. Memang aku cuak giler aaa..Abang-abang F5 tak jadi nak marah..diorang gelak ada ler. Malu lagik aku!!

Pastu Abang Zek suruh aku gi toilet amik wudhu sebab muka aku merah giler kena gelak dengan F5 & F4 pasal terkentut punya pasal! Buduh...buduh!!

Bersambung ke Form 3...tungguuuuuu!!

No comments: