Friday, April 23, 2004

Interview Kerja dengan PETRONAS

Insya Allah weekend ni aku akan ada job interview dengan PETRONAS di Delaware. Hmm..ramai orang tak tahu kat mana Delaware tu. Well, Delaware is a small state next to Pennsylvania and it's located downsouth of New Jersey. It is so small untill people thought it were a county instead of a state. Anyway, aku pun have no idea kenapa PETRONAS pilih nak buat kat situ sebab biasanya PETRONAS selalu buat job interview and scholar gathering kat JW Marriot Hotel. Maybe takut jadi target suicide bomber macam kat Indonesia tu kot...hehehehe..

Aku dah email kenkawan di M'sia yang sedang bekerja dengan PETRONAS. Saja nak letak isi email diorang kat sini, nak share dengan semua orang.

Aku tulih nih,
Assalamualaikum semua,
Insya allah hujung minggu ni, April 23 & 24, kami, Faiz, Farid, Syawal & Che Wan akan ada job interview dengan VP PETRONAS di Delaware. Doakan kami dapat lulus cemerlang dalam job interview tu. Kalau ada apa-apa tips yang nak dihulurkan, sila-sila lah bagitau. Mana tahu kami dapat praktiskan waktu interview nanti. Sekian.



From Suzen, now kerja as Junior Executive tapi tak tahu department mane,
"good luck interview...... tak dpt petronas mintak la keje ngan iperintis!! hehehehe"

From Jirah, now Junior Executive in Trading Operation Department, PETRONAS,
"Good luck farid, kirim salam kat semua.... boss lama aku ckp, petronas skrg masa interview dia tgk whether kita ada potential ke idak... so, just do your best!".

From Leman, now works as Manager PETRONAS Office daerah di Sabah
first, thanks banyak2 again to farid kerana pinjamkan laptop kat gua waktu interviw last year.. sebab aku last2 minute baru terasa nak tayangkan movie final project aku kat interviewers.. adegan2 kreatif ni, aku rasa salah satu asbab yang membantu kejayaan interview.

kedua, dalam membaca ttg interview dan management, sebab aku pun kena interview staff kat sabah ni utk jadi pembantu am etc utk depoh2 aku, sebenarnya most inverviewers check for you attitude. trending, past history from your resumes, memang membantu. tapi most of all, dia tengok attitude you during interview.

as i said b4, one important Q you need to answer before going into the interview is, whether you want to work with petronas or not. kalau jawapan tu clear, insyaALlah. aku walaupun sebelum masuk interview masih agak kabur2, tapi aku commit utk do my best and present seolah2 aku memang nak sangat2 kerja dengan petronas. kalau tanak kerja dengan petronas... ada cara2 lain, selain dari fail interview. :-)

finally, kalau mereka tertidur penat etc, relax jer.. try to get their attention dengan bukak cerita2 informal. if you have the right atttitude,
you will find it easy to borak2 dengan interviewers about other things. aku rasa, aku spend masa dengan soalan diroang tu, 3-4 minutes jer, bila aku tengok diorang dah ngantuk semua, aku yang "interview" diorang balik. tanya macam2, sampai diorang dari ngantuk jadi sampai bincang pasai makwe pakwelah, my family plan lah, pas/umno/upko semua.. .etc, remember, it is all about your ATTITUDE. sampai aku rasa, aku terkeluar satu magic phrase yang bapak aku kata memang tepat laa kalau ko nak dapat kerja kat satu2 company ni.. aku cakap lebey kurang, :" i see my future with Petronas"


Aku sebenarnya baru habis buat report untuk senior design. Akhirnya a large sum of technical report Styrene Production Plant sudah pun berjaya disiapkan. Aku in charge of making sure the plant is operating safely (basically, I am the process control guy lah). Pening kepala aku untuk redesign process flow diagram untuk each distillation tower, reactor and storage tanks. Kadang-kadang blur jugak la sebab stream lintang pukang, tak tahu dari mana ke mana. Alhamdulillah dah pun selesai..aku dah pun siapkan write up untuk process control strategy. Now tinggal buat presentation ajer.

Seriously waktu buat senior design ni, aku terasalah macam mana jadi Chemical Engineer nih. Or mungkin bukan Chemical Engineer la, lebih kepada Process Engineer. Banyak perkara yang di luar dari subjek di kelas diperbincangkan untuk completekan tugas ni. And aku tak rasa aku berminat sebenarnya untuk teruskan buat menda-menda begini. Tapi aku nak kerja dengan PETRONAS so that aku tak yah bayar balik aku punya convertible loan nih. Of course kerja dengan PETRONAS akan buatkan aku terikat dengan diorang at least 10 tahun. By that time, surely aku dah ada paling kurang 2 anak dan 2 bini..eh silap..1 ajer bini. And most probably, within 10 years aku bayangkan aku akan jadi at least senior executive kalau tak pun Manager in the department. Itu pun kalau aku dapat kerja dengan PETRONAS kan.

Worst come to worst aku tak dapat kerja dengan PETRONAS, most probably aku akan join other companies. Masa ni la nak gunakan all those connections yang aku dah bina selama bertahun-tahun, either dalam Alumni Alam Shah atau pun through kawan-kawan yang dah kerja. Tapi sebenarnya kan, batch aku yang study Chemical Engineering ni boleh bilang dengan jari kaki ajer. Yang sekarang ni dah kerja, si Nabil Adzim, si Zamin, errmm.sape lagik ek? Tu jek la kot budak SAS batch aku yang kerja as Chemical Engineer. Tapi diorang bukan kerja as Chemical Engineer pun. For instance Nabil apply untuk Mill Engineer ngan Felda (aku tak tahu apa status interview dia sekarang ni), si Zamin kerja as Drilling Engineer dengan ExxonMobil. 3 bulan sekali gi ke laut (macam nelayan plak!) untuk korek tanah bawah laut tu.

Faiz pun ada tanya soalan kat aku, apa yang aku nak buat sebenarnya lepas graduation? Entah. Apa yang aku nak buat sebenarnya? Aku nak jumpa kawan-kawan aku dulu. Tu ajer. Lepas tu baru plan apa nak buat. Apa-apa hal pun tetaplah nak kerja, sebab tanpa kerja kita takde duit. Sampai bila nak mengharap duit orang tua. Dari kecik besar dua tapak tangan sampai tua ganyut nak mengharap ihsan mak ayah, buat malu keturunan jekk kan..

Kerja Part Time Lepas SPM
Suddenly aku teringat la pulak pasal part time job aku after SPM. Hmmm..memang aku teringin nak kerja masa tu. Sebab nak rasa duit sendirik. Aku suarakan hasrat aku ni pada Mak Long Kesuma and dia okay ajer. Dia paham sebab katanya orang lelaki ni memang cepat saje pasal duit, konon nak merasa duit hasil titik peluh sendirik la kiranya.

Okay, first kerja aku...aku kerja as cashier kat KFC Ampang Point. Ya Allah..kerja ni memang kerja paling penat dalam dunia. Aku dengan Ahmad Shariza, member aku dari sekolah rendah, sama-sama apply kerja kat situ. Si Amat kena keje kat bahagian dapur. First day ajer jari-jari dia dah berbalut plaster sebab kena air panas. Kesian ngan dia. Aku pun, first day dah kena tutuh dengan customer sebab slow. Memang ler..aku baru kerja..memang ler tak cekap lagi. Paling aku takleh lupa masa kena marah dengan sorang pakcik ni sebab dia nak sugar and sweetener untuk teh dia kot, tapi masa tu que tengah panjang and dia pakai serbu gitu ajer. Aku dah la tengah tension nak keep up with the que..nak layan angin orang tua ni pulak. Nak ajer aku pelangkung orang tua ni. Tapi dalam pada tension-tension tu, hilang sket tension bila tengok Zaleha, awek solid kaw kaw punya yang kerja kat KFC tu. Minah tu baru habis PMR dah kerja kat situ sementara nak tunggu naik Form 4. Keh keh keh...

Cukup 3 hari aku berhenti kerja kat KFC tu. Sebabnya aku tak tahan kerja tak ada rehat and tak ada masa untuk solat. Boss situ kata, selagi customer tak habis que, jangan stop buat kerja. Sembahyang boleh tolak tepi. Aku kata, mana buleh! 3 hari aku quit, tak amik pun duit gaji 3 hari (eleh..baper ler sangat gaji 3 hari tu). Terpaksa ler aku cari kerja lain. Dalam tempoh 3 hari tu, aku tengok macam-macam perangai manusia kat fast food restaurant. Kebetulan waktu tu waktu bulan puasa. Ada pekerja bangladeshi yang kerja kat KFC tu selalu tibai makan waktu bulan puasa kat tangga belakang. Ada pulak customer datang order kombo family size jam 3 petang, katanya nak simpan untuk berbuka puasa. Kepala angguk ko nak bukak puasa kol 3 petang. Family combo pulak tu, ni mentekedarah ke haper! Hahahaha..manusia..manusia.

Kemudian tak lama lepas tu Hammal, member aku kat Jalan Melur 33 tu ajak aku kerja sekali kat tempat dia kerja. So aku join ler dia. Kerja kami hari-hari tulis tiket parking kat area shop houses Taman Kosas. Kerja ni memang tak penat pun. Ko just jalan-jalan keliling area shop houses tu. Nampak kereta parking situ, terus tulis tiket parking and slipkan bawah wiper kereta. Aku pakat tulis tiket parking kat semua kereta, termasuklah van Telekom yang berhenti nak baiki kabel telefon kat ibusawat telekom situ. Hahaha..tak pasal-pasal kena maki dengan keling yang bawak van tu.

Oleh kerana kami kerja bawah panas waktu tu, memang aku jadi hitam legam laa..berpanas. Kalau nak sejuk, aku dengan Hammal masuk kejap kat kedai Foto Zoom layan sembang dengan akak-akak yang jaga kedai tu. Dapat ler merasa aircond sejuk kat situ. Plus akak-akak tu terlebih rajin la melayan kitorang. Satu kejadian yang aku takleh lupa sepanjang aku kerja kat situ ialah masa aku tulis tiket parking kat sebelah parking space doktor kat depan satu klinik nih. Waktu tu doktor perempuan tu baru keluar dari kereta dengan anak perempuan dia kot. Dia pandang aku sebelah mata ajer. Hmm..masa tu dalam hati aku terdetik juga, "Hina sangat ke kerja ni sampai orang mencebik bila pandang aku?". By the time aku nak fly ke US, aku teringat balik insiden ni. Mungkin bila aku dah graduate dari PSU, aku ingat nak gi visit klinik tu and cakap,"Doktor, saya lah yang doktor cebikkan 5 tahun dulu. Saya baru graduate dari Pennsylvania State University dengan degree Chemical Engineering". Errmm..riak sangat ke tuh? Hehehehe..Moralnya, jangan pandang orang sebelah mata walau pun dia kerja kutip sampah. Sekurang-kurangnya dia buat kerja halal, dari mencuri merompak.

Cukup 2 minggu berpanas, aku and Hammal stop kerja kat situ. Dapat la gaji dalam RM 200 gitu. Puas hati jugak la merasa duit sendiri. Aku belanje family aku makan kat luar dengan duit gaji aku tu. Lepas tu aku cari kerja kat tempat lain pulak. Hajat di hati nak kerja kat hotel and so aku apply kerja dengan Crown Princess Hotel, 5 star hotel kat Jalan Tun Razak sana. Sesi interview dengan boss aku waktu tu agak kelakar la jugak sebab dia speaking English and aku pun speaking English. Tapi position yang aku mintak tu just housekeeping attendant, maksudnya aku nak apply kerja bersihkan bilik guest. Boss aku, Miss Chia ke ape name dia, tanya kenapa aku mintak kerja macam tu. Aku cakap, saje ajer nak dapat duit. "If I ask you to mop the floor, would you do it?. "Of course I will do it if I work here. That's my job!". Suddenly dia suruh aku angkat telefon kat luar office dia. Rupa-rupanya dia nak test communication skill aku...so aku jawaplah panggilan telefon dia. Selambe jekk aku goreng bahasa omputih time tu. Then bila dia panggil masuk and cakap aku dah dapat kerja tu, tapi bukan jadik housekeping attendant, tapi jadik housekeeping coordinator. Aku dapat kerja dalam office. Kerja aku just angkat telefon and coordinate the room availability and jaga kunci untuk semua floor, dari VIP floor sampai regular floor. Aku lekat kerja kat situ dalam 3 bulan kot sampai result SPM keluar.

On the last day aku resign dari position aku, aku terhilangkan master key untuk VIP floor secara tak sengaja. So, supervisor yang bertugas malam tu mintak aku stay back..so aku dapat bilik kat hotel tu. Tidur lah kat situ untuk satu malam, free of charge..hahahaha..Sepanjang tempoh beberapa bulan kerja kat hotel tu, aku dapat merasa pengalaman bercampul gaul dengan orang Filipina dan orang Bangladesh. Diorang ni baik-baik belaka kecuali Bangladeshi la..sbb ada some of them yang gatal. But overall, semua bebaik. Kiranya itulah first time international interaction aku. English aku pun improve banyak sebab banyak sembang in English dengan boss aku, the Chinese lady. As always, aku ni memang kaki sembang, so banyaklah aku share dengan boss aku. Dan jugak disebabkan aku punya result SPM cemerlang plus aku hilangkan master key untuk VIP level, nama aku famous sampai ke GRO kat front office pun kenal aku. Perghhh..GRO kat front office semua stok cun-cun bergetah habis..hahahaha..tapi aku time tu baru lepas SPM, apa tahu! Budak sangat!

Banyak la jugak duit aku dapat dari kerja selama beberapa bulan kat Crown Princess Hotel tu. Duit tu aku simpan untuk travel. Alaaah..aku tak travel ke mane pun melainkan travel satu Kelantan. Aku quit dari kerja tu and lepak kat rumah FizZah kat Chica, Kota Bharu. Kitorang ronda Kelantan naik motor Kriss merah milik ayah FizZah. Dari Tumpat, turun ke Pasir Mas..lepas tu ke Sabak..kemudian ronda Kota Bharu. Puas hati aku dapat jumpa kawan-kawan SAS yang duduk kat Kelantan. Puas ronda jumpa kenkawan, aku duduk kat kampung aku di Kuala Krai untuk tempoh seminggu. Tengok lembu tengok kambing...temankan atuk aku meronda naik motor..usha-usha budak-budak Sekolah Teknik depan rumah atuk aku.

Tak lama lepas tu..aku pun dapat offer gi US. Okay, itu dah masuk citer lain pulak dah. Basically, itu ler pengalaman aku kerja part time. Aku pilih kerja part time buat kerja-kerja bawahan pun sebab aku nak merasa hidup susah orang kat bawah (elehhh..macam ler aku boleh dapat jekk kerja yang hebat-hebat time tuh..hahahaha). Aku percaya, satu hari nanti aku akan jadi somebody yang high up in the society. Insya Allah aku akan berusaha ke arah itu. And pengalaman kerja-kerja macam tu akan buatkan aku tak lupa dengan asal usul aku...asal usul family aku. Supaya aku jadi lebih bertimbang rasa pada orang lain. In fact setiap hari Isnin waktu di PPP dulu, aku selalu tengok pakcik-pakcik India kerja kutip sampah lepas pasar malam habis. Selalu senyum kat diorang, and they remind me about my experience kerja tulis tiket parking dulu. Aku tahu diorang buat kerja halal, and diorang lebih baik dari orang yang menyamun and merompak and merogol orang.

No comments: