Sunday, March 21, 2004

Seketika di tengah malam Sabtu

reading material:
1. Kertas Kerja Pengurusan Pembiayaan Awam by Prof. Madya Hj Sibly Maros & Dr. Ku Azam Tuan Lonik dari USM
2. Virtues of Basic Knowledge of Fiqh & Shariah published by Daar-ul Ehsaan USA.

Tadi masa aku di gym, sempat aku tengok berita di CNN channel. Aku sebenarnya tak berapa berminat sangat tapi disebabkan channel lain banyak tunjuk music video (aku tak berminat tengok video clips..banyak mengarut dari yang okay), so layan berita. Besides, dah jadi satu habit untuk aku baca berita tak kira di mana mana and dalam keadaan apa-apa sekali pun. Penting untuk aku keep up to date with what's going on dalam dunia sekeliling aku.

CNN kata kadar pengangguran di US sangat tinggi. So far, poll bulan Ogos lepas kata US hanya menawarkan 360,000 pekerjaan tapi dalam masa yang sama, sejak Mac 2001 yang lepas, sudah 2.3 juta orang hilang pekerjaan. Setahu aku, ini bukan steady-state pun, ini sebenarnya accumulation ni..kalau aku apply ilmu chemical engineering pasal steady-state reaction la kan..Well..orang bangang math pun tahu itu tak balance. Yang aku peliknya, ekonomi US sebenarnya tengah berkembang pesat ni although the country is experiencing huge deficit. So, macam mana still unemployment rate is skyrocketing.

The same phenomenon is happening to our country. Aku kurang pasti pasal defisit negara tapi yang aku tahu masalah unemployment agak meruncing la juga. Profesor KS Jomo, ahli ekonomi dari Universiti Malaya bagi warning kalau politik negara masih lagi mengamalkan kronisme dan tidak mengamalkan transparency dalam economy practice, soon or later Malaysia's economy will go down the drain. Imagine janji janji Barisan Nasional untuk terus memakmurkan negara nampaknya akan hanya omong-omong kosong pre-election saja lah sebab tak nampak pun strong political will untuk banteras unhealthy business practise and economy transparency di kalangan pimpinannya. Ambil contoh senarai nama calon-calonnya. Ada yang memang umum mengetahui mereka ini semuanya jenis parasit, kenapa mesti nak letakkan lagi untuk bertanding? Kata Pak Lah, mahu banteras korupsi dan mahu berkhidmat untuk rakyat. Kalau betul, kenapa buat menda yang rakyat tak mahu? Company anak Pak Lah, Scomi tu, nilai sahamnya naik 1000% sebaik sahaja Pak Lah jadi PM. Tambah lagi company tu asalnya buat kondom ajer, right now dah expand into multiple business field. Dapat pulak kontrak dari PETRONAS. Bukan nak kata jealous, tapi this only happens after Pak Lah jadi PM. What a coincidence?

Kalau rakyat masih lagi mahu bersama Barisan Nasional, aku pun tak tahu nak kata apa-apa lah. Kita hormati saja kehendak rakyat. Yang pentingnya, aku takkan lupa janji-janji manis BN dan aku akan tuntut janji-janji BN bila aku tamat tempoh scholarship dengan PETRONAS. Tak kiralah menerusi saluran apa-apa pun, tapi aku tahu aku mesti tuntut janji-janji diorang kalau diorang menang. Sama juga dengan BA, kalau diorang menang majoriti which is impossible, aku akan tetap tuntut.

Memori Duka - Sons of Adam
Secara tiba-tiba aku mengingatimu
Di kamar sepi malam syahdu
Inikah katanya rindu
Sengsara tiada terhingga
Setelah perpisahan pun berlalu


Terdengar lagu cinta membawa kesayuan
Membangkitkan hasrat yang terluka
Lalu aku terdiam pada lena yang panjang
Terurailah rahsia yang terpendam

Bertahun dalam derita
Tanpamu aku melara
Berbekalkan saat mimpiku di perjalanan ini
Pemergian dirimu putuslah cinta yang lama
Menghentam diriku dalam memori

Malam kian memaksa lagu menghanyut pilu
Wajah-wajah duka pun hilang
Jika tersua lagi mungkin aku menangis
Menahan getaran hati yang musnah


Sepanjang hari ini sebenarnya tak ada apa yang aku buat. Duduk meleser di bilik sambil-sambil tengok tv. Penyakit malas datang macam ombak ganas bila aku habis 2 midterm baru-baru ni. Achievement aku paling besar dalam weekend ni pun ialah dapat pergi ke gym and also download lagu Memori Duka tu. Aku memang suka lagu tu, aku suka humming or nyanyi nyanyi lagu tu kalau aku sorang-sorang. Cumanya aku tak pernah tahu lirik penuh. Entah apa kemaruknya aku suka lagu tu, aku pun tak tahu.

Malam ni aku di Fenske Lab untuk buat sizing distillation tower. Dalam pada tu, aku terfikir beberapa perkara. Mungkin ini satu hal yang redundant tapi aku tak mampu untuk keluarkan dari kepala otak aku. Ada beberapa perkara yang aku menyesal aku tak buat dalam hidup aku. Dan aku terfikir apa akan jadi kalau aku buat menda-menda tu. Apakah akan menukarkan keadaan aku sekarang atau pun ianya tetap sama saja?

1) Hari Anugerah Cemerlang Ko-kurikulum 1997.
Kenapa aku tak terfikir untuk amik mic sebelum aku conduct Alam Shah wind orchestra and sebut nama ayah aku in front of the public? Aku memang nak sangat ayah aku hadir pada hari tu sebabnya aku menang Anugerah Setiausaha Terbaik 1997, anugerah yang pertama sekali sekolah perkenalkan. Aku menang pun sebab aku terlibat secara aktif dalam Kadet Pancaragam sekolah. Band menang 5 anugerah pada hari tu, semua kelab makan asap ajer ari tu tengok Drum Major Band naik pentas. Tak putus-putus cikgu-cikgu datang jumpa aku and ucap tahniah. Entah, itu tak penting sangat bagi aku. Yang penting, aku nak tengok ayah aku datang and tengok aku beraksi atas pentas sebagai konduktor. Aku nak bagitau ayah aku yang band pada waktu tu sangat penting dalam hidup aku. And aku nak tujukan persembahan terakhir aku sebagai Pengarah Muzik Kadet Pancaragam SAS pada hari tu pada ayah aku. A bit terharu jugak sebab kawan-kawan Form 5 semua bagi standing ovation bila aku habis conduct dua lagu, satu lagu klasik and satu lagu medley melayu klasik.

2) 13 Ogos 1999, KLIA
Kenapa aku tak cakap kat Asiah yang aku suka dia waktu dia datang ke airport? Aku ambil kesempatankah kalau aku cakap aku suka dia waktu dia tengah menangis tersedu-sedu depan aku? Kenapa aku tak pernah bagitau kat dia yang aku pernah rindu pada dia sampai menitik air mata aku tahan rindu? Kenapalah aku tak pernah terus-terang dengan dia bila aku tahu dia accident dulu, aku menangis macam budak kecik sebab takut dia 'pergi' dulu sebelum aku. Sebab aku takut aku takkan dapat jumpa dia lagi. Maybe sebab tu kot aku asyik in and out when it comes to relationship sebab aku tak boleh nak buang dia dari fikiran aku. 5 tahun dah berlalu. Wallahu'alam, God knows the best.

Mungkin waktu ni aku terfikir pasal parallel world. Parallel world is actually an idea arises from the theories of quantum mechanic which the idea revolves around the possibility to have many world based in every possible decision taken in our life. Who knows, maybe ada menda-menda ni and maybe tak ada.

Tapi apa-apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang ada sekarang ni. Mungkin ada reason yang bukan bersifat immediate yang aku harus nampak instantaneously. Mak Long Kesuma selalu pesan pada aku, apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. Buat masa ni aku wajib bersabar dan redha dengan apa yang dah jadi. Hidup seperti biasa. No regret, as William Parrish had said in Meet Joe Black.

No comments: