Friday, March 19, 2004

Menjelang Pilihanraya

Tinggal beberapa hari lagi Malaysia akan berpesta undi. Tinggal beberapa hari lagi tempoh berkempen baik bagi Barisan Nasional dan juga Barisan Alternatif. Tinggal lagi beberapa hari lagi untuk rakyat memikirkan logiknya untuk mengundi siapa. Calon atau parti? Parti atau calon?
Ramai yang mengatakan pilihlah calon kerana calon yang membuat kerja nanti, bukan parti. Ada pulak kata undilah mengikut parti sebab parti punya prinsip dan dasar yang jelas. Calon cuma jadi kulikutif saja bagi pihak parti.

Kalau difikirkan logik dan pengalaman yang lepas-lepas, ada calon-calon dari Barisan Nasional yang baik-baik dan mahu bela nasib rakyat. Ambil contoh dua ahli Parlimen MCA di Pulau Pinang yang menentang PORR (tak ingat nama penuhnya, tapi tahulah pasal lebuhraya). Mereka sedar PORR hanya merugikan penduduk di kawasan Pulau Pinang dan justeru itu mereka bangkit menentang biar pun menyedari PORR ini adalah tajaan Barisan Nasional sendiri. Akhirnya, kedua-kedua ahli Parlimen ini digantung keahlian mereka dalam MCA dan diberikan hukuman kerana dikatakan melanggar disiplin parti. Sudahnya, tak dapat berfungsi juga ahli Parlimen ini. Betul tak?

Sama juga dengan dua calon pilihanraya untuk jemaah PAS. Kedua-duanya diminta untuk menarik diri dari bertanding di kawasan masing-masing kerana toleransi PAS dengan Keadilan bagi mengelakkan lawan tiga penjuru. Oleh kerana kedua-duanya degil sangat tak mahu ikut kata Presiden atau pun Ameer jemaah, habis kena tindakan disiplin. Sudah tentu pengikut-pengikutnya juga tak mahu lagi bersama mereka kerana lebih patuh dan akur pada perintah Ameer jemaah ie. Ustaz Abdul Hadi. Jadi peluang untuk menang jadi makin tipis kerana sokongan berkurangan.

Jadi macam mana? Boleh lagi ke pakai prinsip pilih calon bukan parti? Atau pun pilih parti bukan calon?

Orang kata lagi kalau di Johor sana, letaklah pintu dapur ke, anak beruang sarkas ke...mereka masih lagi memilih UMNO. Ajaib sungguh! Almaklum saja Johor ni adalah kubu kuat UMNO. Segala asal keturunan UMNO bermula di sana. Segala jenis tangkal dan pendinding telah pun dipasang bagi nak elakkan ditembusi oleh Keadilan, PAS atau pun DAP. Alhamdulillah satu lubang sudah pun bolos. Itu pun atas sebab kebebalan calon UMNO yang tak tahu orang yang mencalonkannya bukan pengundi berdaftar. Macam mana nak masuk berjuang kalau keris dua pacak kat logo UMNO tu lupa nak diasahkan? Eh, ini ke orang yang nak perjuangkan bangsa Melayu kita? Silap haribulan, baru turun tangga rumah dan kena tikam dengan musuh sebab lupa nak bawa keluar keris.

Sekarang ini ramai orang berteka teki tentang negeri Kedah. Ada orang kata begitu, ada orang kata begini. Dr. Mashitah Ibrahim lawan Ustaz Taib Azamuddin tapi abang Dr. Mashitah sendiri turun Kedah sebab mahu bantu Ustaz Taib Azamuddin. Tambah lagi dengar ceritanya banyak poster bergambar Dr. Mashitah tak dinaikkan pun sebab segan, imej Dr. Mashitah di poster nampak macam artis popular, bukan bakal wakil rakyat. Nama pun personaliti TV!

Lagi satu bila terbaca blog Pakdi, timbul satu pertanyaan. Betulkah rakyat kita ni makin pandai, atau pun makin bebal? Ada pulak orang di Malaya sana kata, kalau BA memerintah habislah orang yang bekerja dengan BN kena buang kerja! Alamak....macam mana nak jawab ni? Mungkin kita boleh sarankan diorang yang berfikiran macam ni untuk study balik buku teks sejarah waktu tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Di sana bertemu jawapannya. Nak layan sangat diorang ni, mungkin buat pening kepala saja. Tapi suka sangatkah rakyat Malaysia membaca? Mangga, URTV, Bacaria, bolehlah kot. Yang lain, bak kata Erhan lah..susah nak jumpa orang yang baca selain dari bahan bacaan macam tu.

Pilihanraya...pilihanraya. Harap-harap ramailah orang kita yang berubah. kalau tak pun, minta berani berubah, macam slogan Proton, "berani berubah".

Oh lupa pulak. Tuk guru kata peribahasa melayu ade sebut, "bulan jatuh ke riba" tanda keuntungan, bukannya "dacing jatuh ke riba". Pikir-pikir balik, ye tak ye jugak ek! Amiin, mudah-mudahan.

p/s: PAS bukan sebuah parti politik. PAS sebenarnya sebuah jemaah Islam. PAS masuk politik kerana itu saja cara yang halal yang dibenarkan melalui perlembagaan negara (see..PAS bukanlah bebal sangat pun dalam soal siasah ni).

No comments: