Friday, March 26, 2004

Apa sudah jadi dengan bebudak Amiekid bilik 2B2?

Kamaruzzaman Kamarudin (Kamp, Negeri Sembilan) - unknown
Yusriman Yusof (Yusse, Melaka) - unknown
Mohd Sobri Nawawi (Moie, Pasir Mas, K'tan) - medic student kat USM
Mohd Hijjaz (Hijjaz, err..tak ingat) - unknown
Nur Ezwan Tahir (Juwe, Selayang KL) - unknown
Fardy Hisham (Parjoe, Kuantan Pahang) - unknown
Al Amin Hassan (Amonque, Besut T'ganu) - System administrator kat private company KL
Khairul Ariffin Zainal (Nawa, Bandar Baru Bangi) - engineer TNB
Irwan Arif Md. Zin (Ude, Shah Alam) - student kat Drexel U
Mohd Hafiz (Chypp, Padang Besar Perlis) - technician KUBTEL
Mohd Shaharurrizal Wartini (Al, Batu Pahat, Johor) - assistant manager, TELEKOM
Syed Zulkarnain Syed Haidzir (Syed, Gombak) - assistant manager kat Peremba
Nizam Nadzimuddin (Ayam, Paka T'ganu) - menganggur baru balik Australia
Ahmad Safwan (Charles, Keramat KL) - buat Master kat Australia
Mohd Farid Mohd Nor (OT/Fred, Ampang KL) - student lagik
Ezly Amer Khalid (EAK, Jitra Kedah) - executive TELEKOM
Asyraf Abdul Rahman (Acap, TTDI KL) - engineer kerja ngan company bapak sendirik
Azrai'e Dosmy (Arai, Ipoh Perak) - executive TELEKOM
Zakaria Abdul Rahman (Zack, Miri S'wak) - unknown

7 Disember 1992 aku dipertemukan dengan diorang semua ni. Ketua bilik kami masa tu Azarul Fazril Asaari (Abg Azarul now kerja dengan PETRONAS in Business & Planning division), Mohd Amin Bakri (Abg Amin) as penolong ketua bilik 1 dan Azmi Khairi (Gmie) as penolong ketua bilik 2. Diorang ni bebudak F4 and kitorang ni budak-budak kecik form 1. Masa form 1 dulu selalu la jugak kitorang kena dengan ketua bilik and penolong-penolong ketua bilik. Tapi kalau nak kirakan, yang paling banyak dera kitorang time F1 dulu si Gmie la ni..see..aku tak panggil dia Abg Gmie sebab aku tak respect langsung kat dia...tapi dia jugak la yang ajar kitorang cara pakai kain sarung dengan betul (so that bila lari dengan kain sarung, kain tak tertanggal) and cara nak pasang kain cadar dengan tegang so that bila baling mangga kunci tu, kain cadar tak terserak.

Kami batch 9397 bebudak rumah Aminudin Baki aka Amiekids memang kamceng tak ingatnyalah sebab kena dera sama-sama time sekolah dulu. Paling aku takleh lupa masa kena enjut steng (posisi gaya duduk atas motorsikal, tapi motornya takde) bawah kipas ramai-ramai satu bilik. Kitorang kena buat enjut steng for 2 hours. In between tu, kitorang kena push up (mulut aku tak berenti maki hamun si Gmie time push up nih), kena lempang (aku & ayam laa kena pelempang ngan Gmie pundek), semua kena terajang dari belakang (dari Gmie pundek gakk). Oh, ade gak part kena komando merangkak masuk bawah katil, habis satu bilik kitorang tawafkan komando tu. Wahhh..giler pancit siot lepas tu. Habis jekk enjut steng 2 jam tu, kaki memasing menggeletar teramat sangat. Nak jalan ke katil memasing pun slow jekk..sebab kaki ketaq kuat sangat. Baju memasing dah memang lencun laa kan..sebab basah dengan air peluh yang mencurah-curah cam air paip. Itulah pengalaman yang aku takkan lupa sampai mati...kena ragging dengan Gmie...over lak mamat ni, padahal penolong ketua bilik jekk.

Masa form 1 jugak aku teringat jugak pasal bebudak batch aku kena baling dengan air kencing dari tingkat 3 blok B waktu kena kumpul ramai-ramai satu batch dengan bilik pengawas pasal F5 signature. Ahhh..memang sial lah time tu. Kiranyer form 1 kat Alam Shah tarafnya hina giler aa..stok stok kena ragging ajer manjang! Yang ragging pun ragging la juga..yang part berjambu tu, berjambu la jugak..hahaha..memang siallah bebudak F5 time tu.

Kemudian kitorang naik F5 in 1997. Most of the thing yang kitorang kena time F1 dulu, tak berulang pun. Kami tak buat pun kat F1, just belasah bebudak F2 and F4 ramai-ramai ajer (aku tak terlibat). Batch aku ni, asyik gaduh jek manjang dengan batch lain. Time F2, kami gaduh dengan bebudak F3. Time F5 gaduh dengan bebudak F4. Time F5 la jugak first time dapat permission dari warden untuk belasah bebudak F2. Yang aku ingat time tu, Syidee member aku dari rumah Dato Onn pi terajang mamat F2 ni sampai terlentang dia jatuh. Kepala mamat tu terhantuk kat dinding lepas tu melantun balik jatuh atas katil. Giler gak aa...

Banyak menda sebenarnya yang aku tak leh lupa waktu aku study kat SAS ni. Kejadian main kejar-kejar dengan warden dah selalu sangat dah aku kena. TIme aku jadi pengawas pun, still main kejar-kejar ngan warden. Ingat lagi time aku kena kejar dengan Ustaz Nordin, kelam kabut aku angkat kain sarung aku..cabut lari masuk belakang surau..pastu terus lari ke bilik aku, sembunyi bawah selimut - buat buat tidur. Another incident pulak, aku kena kejar dengan Cikgu Kamaruddin Add math time kena kantoi tengok TV time kelas prep..masa tu aku F4. Well..aku nakal sket time F4 dulu. Nasib baik la mama tak marah aku..or maybe dia tak tahu kenakalan aku time F4 tu.

Time F3 ramai bebudak buat setan yang kelakar. Waktu minum pagi kat dewan makan, bebudak sukalah sangat main-mainkan kuih lapis yang diorang serve untuk minum pagi. Siap dibaling-balingnya ke siling, tengok sapa dapat baling kuih lapis paling tinggi. Ada sekali tu, Ayie kot baling kuih lapis sampai terlekat kat siling dewan makan tak jatuh-jatuh. Habis bantai gelak semua orang. Everytime kalau dewan makan serve ayam goreng, ramai bebudak avoid makan bahagian kepak ayam. I heard the rumor said, kalau sape-sape makan kepak ayam selalu nanti dia nyer tak 'power'. Makcik pakcik dewan makan selalu pelik, kenapa line batch kami, kepak ayam selalu berlebih. Bodohnyer bebudak, camner la diorang tahu kalau makan kepak ayam buatkan sendirinya tak power? Belum cuba belum tahu...ishh..bangang!

Walau pun semangat batch kuat tapi aku still tak lupa part bebudak batch aku belasah Kamp ramai-ramai sebab dia pi report kat warden pasal bebudak fly. Aku dalam hati maki hamun semua kenkawan yang dok pukul Kamp tu...apalah bodohnya gi pukul kawan sendiri..aku nak tolong backing tapi tak ada kudrat.

Paling semangat waktu F5 laa..waktu kena handle kawad perbarisan untuk kediaman. Aku dan Ayam la yang selalu bawak bebudak junior berkawad untuk Hari Sukan SAS. Ayam semangat giler bawak kayu hoki masa training kawad. Sapa buat slack, siap aa kena hempuk ngan kayu hoki si Ayam tu. Giler lawan dengan bebudak rumah Halimi. Ardy, Halimi and a few other Halimi boys in our batch maintain gempak sebab pasukan kawad rumah diorang menang. Kalau tak silap aku, maskot rumah Aminudin Baki time tu, katak yang terjelir lidahnya. Ni Chypp nyer kerja la ni..pi buat maskot tuh..bengong!

Now dah almost 11 tahun berkawan sama-sama..masih lagi bersama. Acap dah pun kawin (yang pertama dalam batch SASsian 9397), Arai, Al, EAK, Ayam and Charles dah berawek. Tak tahulah sapa pulak yang menyusul Acap. Dengar cerita Arai nak bertunang dengan Gina tahun ni, or tahun depan maybe. Chypp dengan Alin maybe bertunang lambat lagi, memasing nak fokus kerja dulu. Yang lelain aku tak dapat nak keep up or catch up life diorang. Zack kena buang dari sekolah time F2...so dah lame dah lost contact. Mungkin udah naik belon pulang ke S'wak..hehehe..Ude keluar dari SAS time F4 sebab ayahnya sendiri suruh dia keluar (banyak sangat kes disiplin) but now aku jumpa dia balik kat US nih.

The last time I met a few them was in summer 2003. Memang seronoklah. Dapat ulang balik lawak-lawak time kat skolah, only us would understand them. Many people have changed..no doubt la kan. Sekali sekala nak merasa aura Alam Shah, aku akan lepak dengan bebudak SAS nyer rumah sewa kat Maluri, tempat most of the TELEKOM execs from SAS menyewa. Tapi sesekali teringin nak ajak kenkawan semua pergi dewan makan kat Sekolah Alam Shah yang lama kat Bandar Tun Razak, and lepak sambil borak dalam dewan makan. Only us. No others.

No comments: