Kelab UMNO Minnesota ???
Dengar cerita Minnesota sekarang dah ada kelab UMNO. Katanya nak satukan orang Melayu di sana. Terfikir jugak aku, UMNO stands for apa eh? United Malay National Organization atau dalam Bahasa Melayu nya dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.
Pandangan aku, cukuplah dengan adanya PERSISMA. Macam juga Malaysian Student Association atau pun MASA, ianya bertujuan untuk menyatupadukan orang-orang malaysia di luar negara khususnya di kalangan pelajar. Tak perlu ada Kelab UMNO, Kelab HIZBI, MISNA atau MISG. Bila ada pertubuhan yang sebegini, yang menggunakan nama parti politik 'mainstream', pasti akan timbul rasa tak puas hati di kalangan mahasiswa yang mendokong agenda perjuangan parti politik pembangkang.
Pengalaman berada di luar negara mendidik peri pentingnya kita bersatu sebagai satu bangsa Malaysia. Aku tak nafikan ada terselit rasa kurang selesa untuk kita bersama-sama dengan kaum lain, i.e Cina dan India, tapi itu semua indoktrinasi sosio-politik negara kita juga. Hubungan sesama kaum majmuk di Malaysia lebih bersifat "functional". Kelebihan Malaysia sebagai masyarakat majmuk akan dapat dijadikan satu manfaat sekiranya kita bersedia menerima antara satu sama lain tanpa prejudis dan prasangka. Sebaliknya kelebihan yang kita ada itu akan jadi bencana besar kalau kita terus-terusan manipulasi keadaan ini tanpa memikirkan buruk baiknya pada masa hadapan, terutama pada generasi anak muda akan datang.
Itulah pandangan aku. Aku nampak tindakan wujudkan Kelab UMNO ni banyak mengundang mudarat dari membawa kemaslahatan. Hari ini mungkin kata untuk bela nasib Melayu tapi esok lusa siapa yang tahu? Hantar wakil ke Persidangan Agong UMNO di KL? Apakah MASA di tempat masing-masing sudah tak mampu untuk menjaga kebajikan seluruh komuniti pelajar Malaysia? Kalau tak mampu, gugurkan saja barisan kepimpinan dan gantikan yang lebih proaktif. Guna undi tidak percaya. Habis cerita. Pimpinan perlu dengar kata orang bawahan, tapi orang bawahan juga perlu mendengar kata. Kalau tak dengar kata, macam mana organisasi nak berfungsi dengan efektif?
Sayang jika perpaduan dalam MASA sendiri tak dapat nak dijaga, bagaimana pula dengan menubuhkan pertubuhan lain? Apakah kita pasti dapat atasi masalah perpaduan dalam organisasi yang baru ini juga? Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment