Saturday, February 21, 2004

Hari Kedua..

Iskk..rasa kekok lak bila bangkit, tengok-tengok takde aku nyer powerbook kat atas meja. Nak baca suratkhabar ke, nak baca blog orang ke, nak check email ke, nak check myspace ke...dah tak buleh dah nak buat camtu kat bilik. Haiyooooo..manyak susah la tak ada my powerbook!! Hatiku resah dan gelisah bila tiada engkau di sisiku..oh powerbook...aku rindu padamu!!!!

Hmmm..so far dah baper banyak bini ntah aku ada. First sekali, mula dengan IBM Thinkpad 560 (133 MHz, 24 MB RAM). Aku dapat laptop tu masa aku bid kat Ubid.com masa aku first year dulu. Alaa...Pentium masa tu cikai lagi. Okay la kan. Tak lama kemudian, aku apply loan komputer PETRONAS bila dah dekat-dekat penghujung freshman year tu. So, dapatlah aku beli second bini aku, HP Omnibook 4150. Laptop tu Pentium II 400 MHz, ada DVD drive plus 256 MB RAM. Kirenye waktu tu second hebat la lepas Pentium III 450 MHz. Okay lah ape..bukannya aku ni nak jadi programmer ke...scientist yg nak run simulation ke..nuclear simulation ke ape..takat cipan-cipan ajer. Software yang paling heavy aku guna time tu pun was Photoshop. Yelah, untuk graphic rendering. Tak lebih dari tu.

Then tak lama kemudian selepas menyimpan angan-angan dan angau, aku pun mengidam untuk meminang Apple Powerbook G4. Dan di suatu summer yang indah, aku dengan penuh masyuknya masuk meminang laptop tu dari J&R.com. Perghhhh..pancaroba untuk memiliki sebiji laptop Apple dah pun dilalui, lepas berbulan-bulan aku mengintai Powerbook tu kat PSU Computerstore, hari-hari dok sentuh dia..hari-hari dok belek dia...hari-hari termimpi-mimpikan dia. Apa nak buat, duit nak masuk minang masa tu blom cukup lagi. But bila dah dapat, mak aihh..melompat aku weh!

Masa tu, powerbook aku laa yang nombor satunya, numero uno bak kata orang Itali, atau pun wahid kate pak arab. Seronok tak terkata..siap aku amik gambar dgn digital camera aku, detik-detik aku memecahkan dara powerbook tu. Slowly bukak dia nyer pakaian..jeng je jeng...selak slow-slow. Demmmmm..giler berdebar-debar seh! Senyum aku sorang-sorang dalam bilik masa tu. Nasib baik tak ada orang lain, takkan nak share ngan orang lain kan. Nikmatnya aku sorang ajer dapat! Sapa mau, aku sepak dulu!

Hehehehehe...itulah dia...powerbook aku. Penghibur hatiku yang setia. Di kala aku gersang atau pun tidak..di kala aku sunyi atau pun tidak..dialah teman yang bisu tapi setia. Aku maki hamun dia hari-hari pun dia tak kisah. Paling cibai dia buat pun, dia terus merajuk dengan 'mengeraskan' diri dia. Bila aku onkan dia balik, tiga perkataan ajer dia sebut..."tooot, toooot, tooooot". Tak cakap banyak. Bagus, lepas ni boleh aku hempaskan ke dinding, tak pun campak keluar tingkap.

So, lepas aku berkonflik dalam dengan dia selama beberapa bulan. Akhirnya aku rasa cukuplah setakat ni kau nusyuz dengan aku. Aku decide antar ke Willard untuk disoal siasat dan dinasihatkan oleh pakar-pakar kat sana. Dalam diam-diam aku dah simpan niat nak amik bini baru..muahahahaha...tapi itu tunggu bila aku kerja lah. Bila kerja, sudah ada duit, mau kumpul RM 10k, baru leh masuk minang bini yang sama tapi version baru. Lagi seksi, lagi menawan, lagi menghairahkan, menggiurkan gitu..muahahahahah! Masa tu nanti, aku ceraikan ajer bini aku sekarang nih. Cerai talak 4 terus! Better cerai daripada dia mintak fasakh dari aku. Masa tu surely aku yang terkuciwa..

Hai powerbook..powerbook..kaulah racun kaulah penawar..kaulah juga lahabau, kaulah jugak penyeri meja study aku. Mmuuuaahhhh...aku rindu padamu powerbook ku!

No comments: